Assalamualaikum... Hai Semua...
Lama tak update progress luka kencing manis MIL aku. Last share pada bulan Jan 2022 lepas.
Aku still update kat blog as progress untuk kami suami isteri refer semula & sebagai reference untuk orang lain jugak.
Oh ye. Aku still terima whatssap dari orang yang datang blog aku refer berkaitan luka kencing manis.
Berapa tahun dah luka kencing manis MIL aku?
Jawapan nya :4tahun 4bulan (Since Jun 2018)
Bulan July 2022
(Oh ye, start bulan 7 ingat nk bergilir jaga MIL sebulan sorang, sbb tu bln 7&8 MIL duduk dgn adik beradik lain, tapi tak semua take part and end up MIL ke rumah kami semula.. Hehe..)
Kakak kepada suami (kakak ipar) jaga sebulan. So, menjadi kelaziman sapa2 yang menjaga kena bawak ke klinik cuci kaki kalau taknak cuci kat rumah. Kalau ada inisiatif nak cuba di klinik pakar, di alu-alukan.
So, kak ipar bawak ke klinik perubatan yang dia pernah bawak bapa mentua dia dulu.
Di Perak, mak dibawak ke Klinik Nagoke di Tanjung Tualang, Perak.
Memang klinik legend la. Banyak orang kenal klinik ni, especially untuk sakit kulit & dressing luka kencing manis. Kat sini, doktor koyakkan balik luka tu (i means torehkan semula luka tu, untuk bagi berdarah dan generate semula kulit baru sebab katakan kulit lama mati dan taknak tumbuh baru.
Doktor sana cadangkan teruskan rawatan kat sana, tapi giliran kakak ipar jaga sebulan dah habis. So kembali ke Klinik Puchong semula.
Bulan Ogos 2022- kembali ke Klinik Walia semula
Abang ipar lain pulak jaga sebulan lagi di PJ (jaga bulan Ogos - ni kali pertama abang yang ni amik part jaga sebulan), so rawatan kembali semula ke Klinik Puchong seminggu sekali melainkan kalau ada nanah kena pergi 2hari sekali.
Bulan Sept & seterusnya :
Kami jaga semula MIL. So, Kami akan continue ke Klinik Walia Puchong semula.
Pasal luka ni, sekarang hanya follow the flow.
Ni dah sampai tahap lalui aje. Teruskan aje cuci janji tak melarat.
Sebab macam payah je nak tertutup.
Konsep setiap doktor berbeza.
Doktor di Tanjung Tualang percaya dengan konsep luka MIL aku ni kena toreh dan generate semula isi untuk isi tumbuh dengan aktif dan luka akan tertutup semula. So, masa bulan 7 bawak MIL ke sana, kaki MIL ditoreh dan dirawat semula (means luka kecik jadi besar semula)
Manakala doktor di Klinik Walia Puchong amik inisiatif cuci je luka sampai sembuh. Sebab tu, masa bulan 8 bawak ke Klinik ni semula, doktor a bit bising dan bertanya la kenapa luka besar semula?
Nasib baik kos mencuci masih tak berubah which is RM30. Sebab dulu masa luka besar kos RM50, hanya bila luka dah menjadi kecik di kenakan bayaran RM30. hehehe..
Sebelum potong
Sebelum July 2022
Yang kuning-kuning tu kulit mati. Dah lama progress cuma macam tu.
Sebelum potong
Selepas potong
Gambar pada bulan JULY 2022
Selepas potong
Selepas potong
Potong di klinik
Selepas potong
Dapat ubat dari Klinik Nagoke di Tanjung Tualang, Perak
1. Ubat semacam Iodin
2. Gel Metrogyl
3. Dapat Eusol (sejenis solution/air garam untuk dressing kaki)
Di Klinik Perak
Keadaan luka pada 19 oct 2022
Hijau2 tu sebab ubat.
Nampak mcam makin kecil, tapi still ada kulit2 mati tepi luka
Klinik Walia puchong rawatan susulan
1 Oct 2022
Ubat di Klinik Walia
Sekarang pergi klinik seminggu sekali aje (sabtu).
Sebab ada banyak faktor kami masih ke Klinik Walia Puchong dan luka masih tak bertutup :
1. Mak memang suka doktor di klinik walia aje. Katanya doktor tu melayan dia dengan baik.
2. Faktor masa, kami ke klinik walia seminggu sekali saja waktu weekend.melainkan kalau ada nanah, kami ke klinik 2hari sekali.
3. Faktor usia, memang lebih 70an agak lambat nak sembuh luka.
4. Faktor utama nya, kami biarkan mak tentukan kat mana yang dia selesa. Sebab banyak klinik lain yang kami bawak, tapi mak hanya nak ke Klinik Walia sahaja, sedangkan klinik tu jauh dari rumah kami (Kapar-Puchong).
Notes : Ada jumpa reader yang pernah baca blog ni, masa kat Klinik Walia. Mereka bawak maknya dressing kaki jugak. Harap sedikit sebanyak blog ni boleh membantu.
Ok. Bye
XoXO
moga ur MIL cepat sembuh..aamiin
ReplyDeletesemoga luka mak mentua Hani akan sembuh juga ya, laju-laju scroll sebab tak sanggup nak tengok luka tu. Teringat masa nak perut akak kene belah tu, takut tapi berani kna diri jugak tengok lukanya bila dah balik rumah sebab nak pantau dia kering betul ke tidak.
ReplyDeletePuan nak tanya pernah tak dalam fasa luka semakin kecil ada tiba tiba luka jadi keluar nanah yang cairan? Doktor tu buat apa la selain bagi antibiotik ya puan? Adakag doktor tu kikis luka yang bernanah itu sehingga keluar isi merah atau doktor sambung cuci sahaja?
ReplyDeleteBabulvy : Kalau ada nanah, doktor akan bg cuci, buang nanah, dan bg antibiotik. kalau kaki berdarah means penjalanan darah ok.
ReplyDelete