Kisah Bilik Air Second Hand

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku rasa dah 3tahun lebih bilik air ni menggelupas cat dinding.
Zaman2 aku duk tukar tingkap bilik no 2 tu lagi..
Tapi malasnya nauzubillah wei kalau bab cat mengecat ni..
Sehinggalah sekarang baru rajin selepas disuntik mood rajin? Takla..
Selepas disuntik mood ugutan. Kalau laki malas nak cat, aku nak upah orang aje..
Hahaha..
Makanya siap la bercatnya.
Tapi macam biasa la..
STYLE kami. Cat separuh2.
Bilik air cat. Tandas kami tak cat. MALAS.
Tunggu la zaman PM baru bertukar, baru kami cat lagi.. Hahahaha...


Akibat dulu bumbung ada leaking & tempias hujan.
Menggelupas dan kami kikis sebelum bertahun terbiar macam ni. Hehehek..


Tanggalkan semua rak sabun & penyangkut tuala



Suami catkan warna hitam & nak tambah elok penyangkut/rak besi yang dah berkarat.



Elok la sikit.

Mana yang tak bape elok tu, lain zaman kami touch up sebab cat dah habisssss...
Boleh la nak menyedapkan mata sikit..


Ok. Bye
XoXO

Midea Water Dispenser untuk rumah kami..

Assalamualaikum... Hai Semua...


Finally.. Ada jugak water dispenser untuk rumah kami ni.
Aku takde masuk coway untuk rumah kami, tapi aku ada masukkan coway untuk rumah mak ayah aku di kampung sana nung..

Malas nk ada komitmen sampai 2 coway.

Oh ye. Sebelum ni, elok aje kami jerang air untuk dijadikan air masak. Tapi lately, semut selalu ada dalam jug air masak.
Makanya ambik je la mesin ni yang tak perlu bayar bulan-bulan. Hehehe.. 


Beli kat Shoppee.
Suami aku boleh la diharapkan untuk pasang benda alah ni.
Takde aku panggil orang pasangkan.
TAPIIIIIIIIIIIIIII..
Pastikan baca manual betul2. Laki aku buat palatoa aje masa pasang ni. 
Mujur mesin tak K.O Hahaha



Instead of pasang tepi sink. kami pasang sebelah kabinet.
3m jarak dari sink. Tapi wayar airnya muat aje



Berbakti la dengan baik ye. 
Kalau tak, ke dalam paya la kelak ko duduk..


Ok. Bye
XoXO

Projek Diy Encik suami dah siap

Assalamualaikum... Hai Semua...


DIY bulan 12 tahun lepas dah lama siap. Baru sekarang berkesempatan nak share sini wat kenangan. Ada 2benda yang di'DIY'kan :
1. Meja kopi 
2. Meja sink


Meja Kopi
Kami buat dari besi sedia ada kat rumah. Pastu beli kaki meja di Shoppe. Dan guna kayu terbuang. pastu cat la/syelek bagi lawa sikit. 

Meja Sink 
Sebenarnya ni rak kasut lama. Kami cat baru & jadikan sink. Sink tu pulak memang sedia ada kat rumah. Bertahun duk kat stor buat letak barang2 . So sekarang convert jadikan meja sink.


Sink Area untuk beranda

Meja kopi syok sendiri namanya. Hehek..

Boleh la buat buat seronok mengopi kat sini.
Lepas ni senang dah nak basuh tangan lepas berkebun.


Yang hijau tu rak sink sebelum kami ubah suai jadikan rak sink.
Alaaa cat baru je pun. pastu add on sink.

Jangan ditanya pasal kualiti. Jadi la wat2 syok sendiri buat keje pertukangan isi2 masa lapang. Hahaha

Ok. Bye
XoXO





Ok. Bye
XoXO

Kemas bilik MIL

Assalamualaikum... Hai Semua...


Masa kami balik Terengganu hari tu, MIL still duduk rumah kami beberapa hari, sebelum ada ipar lain yang bawak MIL ke rumah dorang 3,4hari sementara menanti kami yang masih di Tganu. 

Bila aku balik ke Selangor ni, teruslah ipar hantar MIL ke rumah kami keesokkannya. Tak sempat kami nak call tanya, eh dah otw nak hantar MIL ke sini semula. Cepat dan padu ye.. 
So, dalam kepenatan bersisa travel dari Tganu ke KL, sempat jugak aku mengemas bilik MIL sebelum MIL dihantar ke sini semula. 





Biasanya sampah2 macam plastik gula-gula kat lantai, pastu ada item yang mungkin jatuh bawah katil

Kerja mengemas lebih kepada vacuum bilik, mop lantai, organize barang. 



Tadaaa.. Kemas seadanya aje. 
Cadar aku tak tukar sebab masih baru. 

Aku tak sentuh/alih banyak barang sebab memudahkan MIL nak cari barang dia sendiri.
Aku just cuci balang serbuk koko, nestum, kemas sikit2 barang2 MIL.



Sekarang aku letak tambahan kerusi plastik kat bilik incase kalau ada tetamu nak duduk kalau taknak keluar bersembang di ruang tamu


Aturan ubat memang sedia ada aku tampal kat dinding. So senang sapa2 pun boleh refer kalau nak bagi MIL ubat.
Yang tak menjaga pun akan tahu aturcara MIL makan ubat.


Appointment biasanya aku lekat kat dinding. Senang nak refer. 
Encik suami asyik lupa kalau aku tak remindkan.
Yeayyy.. Setel dah bab check up MIL.
Boleh rehat dulu dari melawat KK. Hehehe.

Ok. Bye
XoXO

Cuti Krismas di Terengganu : Part 5 Last (Day 8, 9, 10)

Assalamualaikum... Hai Semua...



29 Disember 2023 JUMAAT (Hari kelapan)

Mencemar duli pergi ke Dobi. Sepanjang 10 hari, aku takde pergi dobi melainkan abang2 aku yang mendobi baju anak2 nya. Lepas semua balik, aku kemas rumah dan settlekan semua cucian. Nanti mok aku takde la kepenatan lagi urusan rumah lepas ramai berkumpul.



Pukul 7.30 pagi gigih awal bebenor g chop kan mesin.
Kalau petang sikit memang jem



Dak Azka dengan mak dia datang malam tadi. Baru 2 hari balik rumah dia datang lagi. Nak spend masa dengan aku selagi aku kat kampung. Petang tu kami jalan-jalan ke Pantai Batu Buruk. Sana meriah sebab banyak mainan keseronokan untuk mak dan keparahan dompet untuk mak pak. Hahaha.
Sebelum balik rumah singgah Pasar Malam.

Disebalik yang cool


Ada yang penakut kesahnya



Adhwa & Si Minah poyo


Zaman sekarang budak ni gilerkan Spiderman. Segala benda nak Spiderman




30 Disember 2023 SABTU (Hari kesembilan)

Kami g Pasar Malam dekat Giant KT. Wei aku tak tahu ada Pasar Malam sini. Laki aku duk menggoggle cari pasar malam kat sini. Penat rupanya bawak 2 anak jantan ke pasar malam eh. Hahaha.. 
Tengok baju spiderman . NAK
Tengok selipar spiderman. NAK
Tengok belon . NAK

Tengok la dompetnya...



Budak ni jugak diam. Bagus2... Mintak cium sikit Kat budak baju HIJAU tu


Lunch hari ni. Merasa jugak nak makan sayur jambu golok dengan sotong



Malamnya spend time g makan ice cream di Jiwa & Kopi. Jalan Kaki saje sebab dekat rumah kami aje. Berjalan-jalan area kampung. Ni makan last sebelum balik KL esok.






31 Disember 2023 AHAD (Hari kesepuluh) LAST DAY.. Sobsss. sobsss

Pagi yang sendu. Huhuhukkkk.. Sobsss Sobbbsss.. Betul2 penamat hujung tahun akh di Tganu. Pagi ni aku dan adik perempuan balik rumah masing-masing2. Mok Ayoh akan duduk berdua siang hari ni. Petang nanti abang aku sampai dari KL. So, servis bertukar tangan. Terima kasih abang dan kak ipar yang tinggal dgn mak ayah aku di kampung. Aku doakan korang masuk syurga asbab jasa kalian ni.






Esoknya ISNIN, Mak mentua terus dihantar ke rumah kami semula. Sambung semula tugas hakiki jaga MIL. 
So habis la kesah 10hari dikampung. Sangat puas hati dan jadi kenangan paling best setakat ni. Asbab IVF failed, aku dapat balik kampung kali ni dan Allah menjentikkan perasaan yang sangat indah aku rasakan balik kampung kali ni. Malah lebih indah dari cuti raya (Cuti raya masing2 busy ke sana sini kan)

Ok. Bye
XoXO

Cuti Krismas di Terengganu : Part 4 (Day 7 bawak mak check up)

Assalamualaikum... Hai Semua...


28 Disember 2023 KHAMIS (Hari ketujuh)

Aku pilih untuk stay hingga hujung tahun. Sebelum ni plan nak duduk Tganu dari 22 - 26 Dec. Tapi pilih untuk stay sebab 28 Dec mok aku ada check up. 
Kali ni kami suami isteri teman mak check up di HSNZ. Abang sulung & wife teman ayoh kat rumah. Lepas settle urusan hospital, baru family abang sulung akan balik KL.






Balik hospital, kami singgah beli kuih di Kedai Che Tar.
Best.. Sini ada banyak kuih dan murah2 semuanya.



 

Antara yang disukai.


Kami sempat ke kedai roti dapoo arang viral.
2x datang memang sold out selepas 1jam.
Kami book pastu g collect aje. Mudah.
Rotinya sedap jugak. Aku suka.
Cuma kalau sampai sold out atau beratur panjang, takde la gigih nak usaha beli lagi.
Tapi kalau mudah, aku akan repeat lagi.



Family abang sulung balik KL hari ni. So tinggalla kami suami isteri kat rumahi.
 

Petang tu aku kemas rumah dan sorting barang2 perubatan ayoh.




Malam hari, kami suami isteri jalan kaki ke kedai area rumah untuk tapau sup. Bila tak ramai orang dah kat rumah, aku pilih untuk tapau aje.

"Bawok payung, kang hujan kekgi susoh" Pesan mok aku.

Maka macam gegadis korea dengan jejaka korea la kami berpasangan jalan bawak payung.. Hahaha.


Next will be Final Episod dah kesah balik kampung. 


Ok. bye
XoXO

Cuti Krismas di Terengganu : Part 3( Day 4,5,6)

Assalamualaikum... Hai Semua...



25 Disember 2023  ISNIN (Hari Keempat)

Hujan masih berterusan dari 2 hari lepas. As usual, dobi penuh la. Jeng kreng orang. Rapatttt orang nunggu mesin. Anak sedara dengan pakciknya Pak Uda sakan mandi hujan. Mana port2 air hujan turun dari atap rumah yang pernah jadi port aku mandi hujan dulu, aku warisi kat anak2 sedara pulak. Hahaha




Hari ni ada 2 orang yang balik. Adik No 5 balik Dungun & adik no 6 balik JB naik bas. Rumah semakin berkurang la orang. Bye2 korang. Opssss.. Ada sorang tu kata nak balik Melaka, tapi tunda.. Berat hati nak balik la tu. Hahaha.. 
Malam-malam masih duduk melepak beramai-ramai di ruang tamu. Bersembang itu ini, bercerita itu ini. Time ni la, mak aku buka cite "ilmu pengasih la, ilmu kuat kerja la" Hahaha 😁






26 Disember 2023  SELASA (Hari Kelima)


Pagi-pagi dimulaikan cerita dengan adik beradik aku masing2 balik ke destinasi masing-masing. Abang Ngah balik Selangor, sorang lagi balik Melaka, sorang lagi balik Marang Tganu. Rumah makin sunyi.. 








27 Disember 2023  RABU (Hari Keenam)


Rumah makin sunyi. Anak sedara aku takde geng dah. Sepupu semua pakat balik rumah masing-masing. So ada la kami keluar rumah jalan-jalan sekitar bandar KT. Cari makan. Takde aktiviti lain selain melepak je kat rumah lepas tu.




Tinggal la family abang long dan kami suami isteri dengan parents aku. Abang aku yang kat kg (yang tinggal dengan orang tua aku) balik KL rumah family isteri dia. Mujur kami ada, mak ayah ada la teman sementara abang aku balik semula dari KL.

Aku ni berbolak balik... Nak balik hari ni ke, balik esok. ke nak stay sampai hujung tahun.. Stayyyyy tunee kalau nak tahu... Hihihikk


Ok. Bye
XoXO

Cuti Krismas di Terengganu : Part 2 ( Day 3 sambut besday ayoh)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Jom sambung.

AHAD 24 Disember 2023 (Hari Ketiga)

Awal pagi abang sulung sampai. Maka 8 beradik aku ada kat rumah. Kesian si bongsu sorang takde. Hari ni akan diadakan aktiviti makan - makan sempena ulang tahun ayoh aku 17haribulan Disember. 




Pagi dimulai dengan masak sarapan di dapur. Mak masak nasi goreng. Aku amik bahagian goreng keropok keping & kuih (Hehehe.. Tugas hakiki pembantu dapur). Dan macam biasa, walaupun mak dah masak, akan ada aktiviti membeli juadah luar untuk anak si polan yang tak makan pedas, anak si polan yang teringin karipap, teringin roti canai. Hehehe 

Rumah dah menggelegak dengan manusia sepenuh2 alam. Kat situ la nak makan, kat situ la nak bergusti, melalak berhingus-hingus bagai bila kalah bermain dengan sepupu.




Dan macam biasa Tokki orang yang paling bising mulut nya bila tengok cucu memanjat sana. berlari sini.
Parents as usual nikmati makan sambil flip2 tudung.
Hehehe


Petang hari buat persiapan untuk sambutan hari jadi ayoh. Mana yang keras perut, sakit jawline masing2 sebab tiup belon. 
Mana yang melalak nak pegang belon. Disamping tu ada susuk tubuh perempuan yang serun takut belon pecah ponggggg..



Gegadis mummayiz dan belum mummayiz semua suka kalau bab nak sambut aktiviti makan - makan.


Dimulai dengan solat magrib & di teruskan dengan solat hajat dan isyak.
Kat sini, dah tentu geng2 abang tua-tua main peranan jadi iman
Ketuai kami, insyaAllah kelak adik2 akan mengikut.

"Mung dulu, nanti aku buat"


Maka masing2 mengeluarkan suara menghadiahkan lagu hari jadi untuk 'Tokki'.
Si minah ni dah tentu menyanyi in bahasa korea saeng-il chughahamnida! 😀
Anok sedara tak rasa aunty dia poyo..
Maklumla aunty dia lahir di Kantin Sekolah Korea dulu.. 😁😁







Sekitar majlis makan-makan. Menu mee rebus je yang kami masak. 
Selain tu semua beli aje.


Entah pukul 40, pukul 700 ke dorang tidur malam tu. Bilik aku nung di hujung dunia kat belakang sana, ayoh mengeluh leloh pun kami tak dengar. Hahaha

Selamat UlangTahun ayoh. Semoga Allah mudahkan segala urusan ayoh. 
Untuk adik beradik, semoga ukhwah berkekalan hendaknya. 


Ok. Bye
XoXO