Rasionalnya pakaian raya sedondon.

Assalamualaikum...
Haii.. Sihat?


Kata orang raya sekali setahun.
Sebab tu ada yang sanggup berhabis untuk raya yang sekali setahun ni.
Korang pulak macamane???

Raya sebenarnya bertambah meriah sebab adanya kaum PEREMPUAN.
Mereka la yang :
- bertungkus lumus kemas rumah.
- bersengkang mata buat kuih.
- berporak peranda siapkan baju baru.
- berbebel-bebel mintak lelaki panjat pasangkan lampu lip lap.
- berhuru hara di dapur sediakan juadah raya.
- bergaduh bermerajuk pilih warna pilihan untuk sedondong.

Kalau lelaki?
- takpe, raya tengok tv je takpe.
- takpe, pakai baju tahun lepas takpe.
- takpe, tak masak banyak pun takpe, boleh makan kat rumah sedara.
- takpe, rumah sepah sikit takpe. biasa la tu.
- takpe, dah besar raya dah tak eksaited.

Yang menjadikan raya tu suatu perasaan eksaited adalah sebab persiapannya.
Planning untuk baju raya warna pe, nak beli di mana, nak masak pe, nak beli kuih apa, nak tambah baik keadaan rumah.

Kalau perempuan buat ala kadar atau buat tak kesah macam lelaki, ko rasa raya tu meriah dan eksaited tak????
Lelaki ni terdorong untuk memeriahkan lagi raya/persiapan raya bila tengok kaum perempuan yang eksaited raya.

Okey...

Dimana rasionalnya berpakaian sedondon pagi raya?.

Rasionalnya bila :
 - kau mampu (berduit),
 - kau mampu (mengarahkan kaum keluarga pakai sedondon)
 - kau mampu (carikan warna sedondon).

Bila berkeluarga besar especially, kau mungkin mampu sebab berduit untuk beli baju sedondon, tapi hasrat tu terhalang jika tak semua ahli keluarga korang nak pakai warna sedondon.

Sebagai contoh : Payah lelaki nak pakai pink. banyak sangat songehnya nanti.

Warna sedondon jugak kadang-kadang boleh menambah perbelanjaan kita.
Contohnya: semua decide nak beli baju kuning, sedangkan kita takde baju kuning, so terpaksa beli la semata-mata nak kejar sedondon di pagi raya.

Macam aku , aku jarang ada baju raya.
Biasanya pakai baju yang sedia ada (yang masih cantek).
Ataupun kadang-kadang aku DIY baju sedia ada tu untuk nampak lagi cantek.
Kos aku banyak dihabiskan untuk duit raya dan peralatan rumah untuk raya.

Macam keluarga aku, payah nak sedondon sebab semua dah besar.
Tambahan pulak kalau yang dah kahwen tu, pilihan warna mesti nak ikut isteri kan...
Mak aku pulak takde letak syarat nak warna ape tahun ni.
Pakai je la apa yang korang nak pakai..


So, sedondon ke tak sedondong ke di pagi raya semuanya terpulang kat diri masing-masing.
Asalkan tak membebankan..


Ok. Bye

Koleksi HK : Jam HK comel & Patung HK dari Mei Tan

Assalamualaikum...


Entry kenang-kenangan.

Jam ni dah lama beli, sebelum kawen kalau tak silap (sekitar tahun 2012).
Siap suruh teknisen kat opis aku tukarkan bateri untuk jam ni sebab aku takde screwdriver kecik nak bedah hello kitty ni masa nak tukarkan bateri.



Dulu masa 2013, ada sorang opismate aku, Mei Tan.
Dia department lain, Aku department lain.
Oleh kerana kami saling memerlukan (saling berkerjasama dalam urusan kerja), makanya kami jadi rapat.

Dia hadiahkan hello kitty ni.
Patung dari MCD.
Dia tak guna, so bagi kat aku.
Dia kata dia letak dalam kereta, buat semak jer.

Dia bagi jugak mini book (buku kata-kata motivasi) kat aku.
Sampai sekarang aku simpan.

Psst : Ntah mana dia sekarang. Lost contact.





Ok. bye
XoXO

Tapau Entry Seminggu Raya 2015.

Assalamualaikum...
Hey.. Selamat Hari Raya..


1 SYAWAL 

Raya kali ketiga di Perak di rumah mertua..
Masih mengamalkan Baraan.
Aku join baraan kali ni sekejap.. Pastu gerak g rumah kak ipar di Bagan Datok.



Ni je gambar hari raya pertama yang ada.
Tahun ni kat rumah mertua takde orang pagi raya,
Tinggal kami berdua dan orang tua suami. 
Lepas Baraan baru kak ipar balik..


2 SYAWAL

Pukul 9.30 pagi dah gerak dari Perak ke Terengganu. 
Lalu ikut KL-LPT dan masuk sempadan Terengganu. 
Hampir 11 jam baru sampai. Tak lalu LPT2 sebab nak singgah rumah kawan kat Marang dan Kemaman.


Jem kat Tol Gombak.
Sejam jugak kat sini





Raya kedua dihabiskan satu hari dalam kereta. Sempat beraya sebuah rumah je kat Kemaman.
Kawan kat Marang, tak jawab phone masa kami lalu area rumah dia. Gi beraya kot!

Anak saudara demam.


Beraya kat hospital masa raya ketiga sampai kelima


Kesiannya..
Demam dan ada kuman dalam darah.
Raya kelima dah keluar wad.


3 SYAWAL

Balik kampung mak
G rumah sepupu mak (majlis tunang anak perempuannya)

Baju hijau yang sepatutnya jadi baju raya tahun lepas.
Tapi oleh kerana ada kesah sendu, makanya tahun ni baru boleh pakai time raya.





Malamnya menjadi tugas suami untuk menyiang landak. Masak landak goreng kunyit dengan lada hitam je. Landak ni adik aku yang kerja kat Gua Musang bawak balik. So sape yang nak makan, dia makan. Sape yang tak lalu nak makan, tak payah makan. Konsepnya mudah!


4 SYAWAL

Sambung raya di kampong mak dan start beraya di sekitar rumah jiran kampung










Tak semua masuk bergambar.
Lagi ramai yang memilih untuk buat hal sendiri.


Mak dan Ayah hanya ada 3 orang anak perempuan.
Si kakak yang paling rendah.
Sebab? Aku sentiasa jadi kakak (tulang belakang. huhuhu)


Ke rumah mak saudara.
Makan tapai.

Mesin menenun songket di rumah makcik.
Dulu sebelum kawen, mak aku terror la tenun songket..


Akhirnya jubah ni dibiarkan kosong tanpa hisan bunga.
Amik keputusan untuk tidak terlalu sarat dengan perincian di baju.


5 SYAWAL

Pukul 10 pagi dah balik KL.
Sebelum balik singgah hospital jumpa anak sedara yang demam tu.
Tapi tengahari tu dia dah boleh balik..
Balik KL Konvoi dengan abang sulung separuh jalan pastu semua hilang macam tu je..huhuhu..
Kami sampai dulu kat Klang, sejam pastu baru dia sampai Putrajaya.


Anak sedara dah sihat. Dah boleh balik.


Makan jem dari Bentong ke Gombak.



6 SYAWAL

Dah kerja.
Adik beradik aku semua bercuti ke Pulau Redang termasuk mak dan ayah.
Yang kena kerja, melopong la di opis bila tengok gambar bercuti di Whattsap.
Alahai..





7 SYAWAL 

Kerja dan Bertambah kerja di opis.. Haaa..ni habuan nya bila naik cuti.

Selingan :

Abang Sulung.
Raya di Rumah Mertua di Kajang


Abang Kedua
Raya di Rumah Mertua di Seremban.


Gambar raya family Terengganu masa first daya raya..
Time ni tinggal yang bujang je kat rumah..
Yang dah kawen semua di rumah mertua..
Aku dapat gambar dari group whatssap saja..








Ni saja ahli keluarga yang ada.
Sorang lagi yang tukang amik gambar ni.
Dari 9 anak, hanya 5 di rumah.
4 orang di rumah mertua.

Sesi bersalam-salaman :









Selamat Hari Raya,,,
Maaf zahir batin semua... 
Bytheway, kami takde tema warna untuk raya tahun ni. 
Tahun ni hanya 2 hari di Terengganu. Tak sempat nak beraya di rumah kawan-kawan. 
Rumah saudara pun tak habis pusing.


Ok. Bye

PERSIAPAN RAYA : Nak DIY flowers untuk hias jubah atau x?

Assalamualaikum...


Dulu masa tahun pertama (2013) raya dengan suami, gigih aku DIY hias baju kurung moden guna bunga yoyo warna putih. Kenal tak bunga yoyo??


Sources : Google
Bunga Yoyo


Tahun kedua raya dengan suami, takde hias langsung baju raya.
Sebab jubah hijau yang sepatutnya pakai raya tu hilang. Rupanya posmen tu letak baju tu dalam peti surat opis. Peti surat opis ni jarang digunakan sebab kebiasaannya posmen hantar terus ke opis instead of masukkan dlm peti surat. 
(Peti surat plak jarang kami check) Silap aku la kot.

So tahun ini aku akan pakai jubah yang mak aku beli kat Mekah (bulan February), dalam hati rasa nak hias letak bunga ala-ala bunga teratai.
Contoh kat bawah. (xtahu orang panggil bunga ni bunga apa) bunga api kot..hahaha.

Sources : Google
Bunga teratai (nama aku letak)


Dalam waktu yang sama, rasa macam taknak baju tu terlalu crowded dan nak sesimple mungkin. Atau mungkin letak sekuntum dua bunga kat lengan sahaja..

Tengok la macamane nanti..

Aku paling banyak baju raya adalah 2 pasang setahun masa kecik-kecik dulu.
Baju kurung satu..
Baju T-Shirt dengan seluar satu..
Since dah besar (10-12tahun) baju raya hanyalah sehelai sahaja iaitu Baju Kurung...
Lepas umur 13 tahun aku tak mintak dah baju raya sehinggalah aku start kerja..
Masa dah kerja sendiri ni start beli baju raya balik. 
Tu pun bukan tiap tahun beli baju raya. 
Ada tahun yang skip dari beli baju raya, terutamanya baju kurung.

Psst : Aku pelik orang yang beli baju raya sampai berhelai2, agaknya muat ke almari dia kalau setiap tahun 5 helai baju baju kurung baru. Cer cerita sikit???


Ok.Bai
XoXO

Italy Herbs

Assalamualaikum...


Masa ke AEON hari tu, terjumpa Itali Herbs yang aku rasa boleh guna untuk spagethi, pizza mahupun ayam bakar..
Yang bestnya..1 botol ada 4 jenis herbs.










Ok. Bye

Jadual Raya Tahun Ini

Assalamualaikum...


Kalau panjang umur, raya next week aku akan beraya di Perak (rumah mertua) dahulu.
Raya kedua baru balik Terengganu (sama macam 2 tahun lepas).
Tahun lepas, raya ketiga baru balik Terengganu.
Sampai terlepas nak jumpa semua adik beradik aku yang balik rumah mertua pulak lepas tu.(Kesilapan yang takkan aku ulangi)
Tahun ni amik cuti 3 hari. Memandangkan raya jatuh hari Jumaat dan Sabtu, rugi la sebab sabtu memang confirm2 dah cuti. tak untung!.
Aku plan nak balik malam sehari sebelum raya. Lepas berbuka terus balik.


ADIL DAN SAKSAMA

Ni tahun ketiga raya di Perak dan bila diutarakan soalan kepada aku dan suami:
"Raya mana tahun ni?"
"Perak"
"Hahhh..Perak lagi?"
"Tak gilir-gilir ke?"

So far, kami suami isteri takde la nak bergaduh itu ini kalau pasal raya.
Bagi aku raya kat mana pun sama jer. Janji suami aku duduk sebelah aku, berkepit dengan aku.. Hehe..

Adik beradik aku amalkan konsep "gilir-gilir giliran raya" tahun ni rumah mertua tahun depan rumah mak sendiri". Kawan cik suami pun semua amalkan "raya ikut giliran".
Cuma aku dan suami yang takde "raya ikut giliran".
Ikut pada keadaan. Kalau takde orang beraya teman mertua di Perak tu, kena la aku dan suami (anak bongsu) balik Perak. Tetapi memang lebihkan keluarga mentua. 

Tradisi Family aku di  Terengganu, semua akan berkumpul di Terengganu setiap 2 tahun sebab akan ada yang team raya rumah mertua kan.

Tahun depan semua akan berkumpul malam raya di Terengganu. So tahun depan kalau panjang umur suami akan merasalah raya pertama di Terengganu (hope suami takde adegan kesat air mata menangis nak balik Perak.huhuhu).

Suami cakap tahun depan kena raya Terengganu pulak. Sebab last year dah terlepas berkumpul sama2 dengan semua family. Suami pun takut kalau family aku terasa hati dengan kami sebab asyik balik Perak je. (Sebab sesetengah umat manusia selalu pikir yang suami akan mendesak isteri balik ke rumah mak dia je kang.)

Tapi aku tak decide lagi untuk tahun depan, kalau takde adik beradik suami yang balik raya Perak tahun depan, mungkin aku raya Perak lagi la..Memang diakui raya rumah sendiri lagi meriah kan.
Sebab aku kakak sulung.

Mak aku cakap "bila kaknie takdop, pandai pulak adik2 buat kerja".
Sebab selama ni memang aku jer yang buat semua tu.


Ok. Bye
XoXo

Resepi : Roti Sarang Lebah simple dan sedap.

Haiii...
Assalamualaikum...


Sebelum ni aku pernah makan roti sarang lebah kat opis lama aku. 
Isteri kepada salah seorang staff niaga roti ni. 
Rotinya sangat lembut, sedap dan manis dengan caramel kat atasnya..
Puas hati makan. 
Berebut aku makan dengan staff lain. 
Kalau lambat telan air liur la ko tepi dinding ketap gigi..

Nak mintak resepi dengan staff tu rasa tak lojik pulak, sebab dia kan niaga. 
Google je dalam internet berlambak ada resepi. 
Macam2 jenis bahan, macam2 jenis tips ko boleh ikut. 
Mana barang yang ko takde, ko nak gantikan dengan apa, semuanya ada kalau kau baca kat blogorang.

So, last week sunday sempat la buat ni..
Suami teruja sangat sebab ni first time makan roti buatan sendiri.


Roti tak berapa gelap caramelnya. Bakar tak terlalu lama


Bahan yang aku guna.

1. Aku takde tepung roti, maka aku gantikan dengan tepung gandum 2 cawan. Ayakkan tepung tu.
2. Aku takde yogurt, so aku gantikan dengan 1/4  cawan susu segar dutch lady. Kalau takde, korang boleh bancuh susu tepung jadikan 1/4 cawan bancuhan susu tepung tu.
3. 25 gram buttercup.
4. Garam sikit.
5. Gula 2 sudu.
6. Mauripan satu sudu kecil. Sebab aku takde dry yis lain.
7. Setengah sudu kecil baking powder. 
8. 1/4 cawan minyak masak.


Cara Penyediaan Doh :

  1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
  3. Masukkan campuran yeast dan susu ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
  4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah menguli doh tu. ( Aku guna mixer - then baru uli dengan tangan)
  5. Aku uli doh macam nak sental baju, tolak tarik tolak tarik macam tu,. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebu roti kita nanti.
  6. Lepas uli, biarkan doh naik 2x ganda. Tutup dengan tuala bersih..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya. Baru la amik doh sikit sebesar buah langsat, bulat2kan dan atur dalam bekas. (aku punya terlebih besar). Griskan bekas tu dengan sedikit minyak/planta sebelum susun doh bulat-bulat tu.
  7. Taburkan dengan almond flakes dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda..
  8. Aku setting 180C api atas bawah untuk oven aku.10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
  9. Lepas siap boleh letak sos butterstoch.


Bahan Untuk Caramel.
1. Setengah cawan gula perang.
2. Setengah cawan susu dutch lady.
3. Setengah penutup esen vanilla.
4. 25 gram butter.


Cara Penyediaan Butterscotch

  1. Cairkan butter dalam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
  2. Tuangkan susu sambil mengacaunya.
  3. Masukkan essen vanilla. Tutup api. 

Tips : kalau nak Nampak kuning atas doh, griskan sikit telur kuning sebelum bakar,
Tips : Kalau nak Nampak roti berkilat, lepas siap bakar, griskan sedikit planta.


Boleh la.. Main2 buat roti.. Untuk makan sendiri.Alhamdulillah.


Ok. Bye.
XoXo
I heart you

Rumah Kesayangan : Menambah koleksi peralatan untuk dapur

Assalamualaikum...


Masa aku resign hari tu aku claim semua point yang aku ada dengan company aku.
Dapatlah voucher jusco RM300. Yang sebelum ni dah claim RM300 jugak.


Aku sempat rembat oven ni.
Beli bulan 3 betul-betul sebelum GST
Harga dalam RM 320 macam tu la.



Ni pulak baru beli last week.
Harge RM13.
Semata-mata nak buat roti dan kuih raya.. huhuhu


Dah lama plan nak beli mixer.
Tengok mixer satu set harga RM152.
Tengok harga hand mixer (tanpa bekas) hanyalah RM102.
Hand mixer pulak ada diskaun.
Dapat cuma RM89.00
Brand Panasonic memang laku.
Banyak tempat yang takde.
Nasib baik jumpa kat Jusco area Cheras



Sebelum diskaun 

Dapat 4 benda alah ni.
2 untuk putar telur.
2 lagi boleh guna untuk uli roti.




Aku memang dari dulu senang dengan produk Panasonic.
Selain National.
Tapi sekarang payah nak cari National.

Kerana Jusco voucher boleh la beli, kalau tunggu duit sendiri nak beli benda alah ni semua, jawabnya assalamualaikum je la... ntah bila baru boleh beli ..

Ok. Bye