24 September ayoh aku masuk wad sebab leloh.
27 September ayoh boleh keluar wad.
28 September pagi, kak ipar wassap bagitahu mereka sekeluarga nak balik Tganu.
Aku terus la whatssap abang aku tanya boleh ke nak tumpang dorang balik. Hehehe..
Aku balik sorang sebab suami ada maknya untuk dia urus/jaga.
Plan nak balik kul 5 petang lepas dorang balik kerja.
Tup tup ubah nak balik pukul 2 petang.
Means pukul 1 nak kena g rumah abang aku.
So, kelam kabut la aku masak untuk MIL dan kemas rumah.
Suami tengah kerja, aku whatssap mintak izin nak balik Tganu.
Rupanya suami aku balik dari opis. Dia nak hantar aku ke rumah abang aku.
(Urusan mintak izin polis dah selesai sebelumnya)
28 September 2021
2.00 pm - Balik kampung tumpang kereta abang aku.
9.00 pm - Sampai Tganu.
Ereen dan Azka
First time jumpa
29 September 2021
5.00pm - Takde aktiviti. Duduk rumah je, pastu jalan2 round dlm kereta je.
Round2 dalam kereta saja
30 September 2021
5.00pm - G makan laksa sarang. Aku pernah makan dulu. Keluarga abang aku tak pernah makan, repeat kali ni makan ramai-ramai. Sebelum naik kereta nak balik, g bertenggek kejap tepi pantai ambik gambar. Pantai depan kedai je (tak ramai orang)
Laksa Sarang di Pantai Kuala Nerus
Bergambar sebelum balik
1 Oct 2021
3.00pm - Teman adik aku cari barang steamboat
8.00pm - Buat steamboat
9.00pm - Suami aku sampai dari KL. Buat surprise tiba2 muncul kat tempat parking rumah aku.
Terkejut aku. TQ sebab sudi balik jenguk orang tua aku. Suami last balik kampung aku bulan September tahun lepas. Suami g balai polis mintak kebenaran. Jumaat pukul 4pm dia balik Tganu. So happy!
Tak sangka! MIL di take over oleh oranglain plak jaga 3hari ni je (Jumaat, sabtu,- ahad kami balik KL semula). Riuh rumah tiba-tiba cikmat sampai.
Geng kelam kabut steamboat dan BBQ ayam guna grill steamboat from shoppee
Suami snap photo ni, aku perasan ni belakang rumah aku, kenapa dia ada kat sini.
Rupanya memang betul -betul dia balik kampung sambil2 nak jemput aku balik KL semula ahad nanti.
Suami baru sampai dari KL.
Bergambar dengan mak ayah sebelum g bedal nasi kat dapur.
2 Oct 2021
10.00 am - G kenyir sambil bawak ayoh makan angin.
3.00 pm - Balik singgah makan di kedai kuala berang.
Selebihnya aku g cari keropok keping, keropok segera dan keropok lekor yang orang kirim/untuk buah tangan jiran2. Walaupun ada yang ke pantai mandi manda, tapi aku pilih untuk duduk rumah aje.
6.30 pm - Aku dengan mak siapkan pokok2 untuk aku bawak pulang ke rumah aku esok.
bergambar sebelum ke kenyir
geng pempuan
Bergambar di Jambatan Kenyir yang baru
Mok n Ayoh
3 Oct 2021
10am - Gerak dari rumah
11 am - Singgah rumah adik di Dungun.
11.30 am - Balik KL
7.30 pm - Sampai Kapar lepas bagi2 semua pesanan keropok orang/ bagi buah tangan kat jiran.
9.30 pm - Aku tanam pokok yang mak bagi. Sebab dah start keja full takde masa nak tanam nanti.
Bergambar sebelum balik ke KL semula
Semoga berjumpa lagi
Singgah di Dungun melawat adik ipar bersalin
Banyak pokok yang mak aku kasi sebab nak clearkan/kurangkan bilangan pokok dia. Dia dah takde masa nak urus tanaman hiasan dia
Tamat sudah perjalanan balik kampung dan habiskan masa dgn family.
Aku balik jenguk jugak orang tua di Tganu walaupun musim covid ni.
Follow SOP, jaga diri, buat segala pencegahan yang perlu di musim pandemik ni.
Saliva test - Negative. (Saliva test RM20 je, boleh uji dulu atleast sebagai langkah berjaga-jaga)
Ok. Bye
XoXO
13 comments:
amboii org KL bergmbr kat jmbatan baru..
aku duk ganu xsmpai lg sana.. haha..
alhamdulillah berkesempatan balik jenguk org tua..
rezeki sgt tu..
pndai mat wat suprise jemput bini dia ye.. haha
nanti dpt rentas negeri seronok la blh blk kg lg.. =)
Saya pulak yang rasa sebak sebab suami awak buat suprise balik jauh2 senyap2 je utk jenguk family dan bahagiakan isterinya :). Alhamdulillah.
so sweet tang en suami balik senyap2 tu... yelah lama dah tak balik kampung kan... rindu terengganu, dah setahun lebih tak balik kertah
bestnya dpt balik kg..moga2 saya dpt balik kg jugak next week
Salam ziarah..keluarga bahagia membahagiakan ibu bapa...
sweetnya bila dapat surprise suami datang tu...rindunya nak balik kampung suami tapi mak ayah dia dah tak de..tapi balik untuk makan angin pun best jugak nanti
wah meriah. penuh program yer... seronoks!
Alhamdulillah 🤲🤲 seronok jumpa parents 🌹🌹
best kan dpt jln2 dgn family
lama. tak ke trengganu ni
hati meronta ronta jga he hee
meriahnya rumah bila ramai2 pakat balik. Saya tak pernah lagi makan laksa sarang. Nanti jalan2 dekat sana boleh try hihi
Alhamdulillah..ada juga peluang dapat balik kampung. Seronok makan ramai ramai dan jalan sama sama. Siap pakej dapat bawa balik pokok bunga lagi tu :)
Walaupun sekejap jadilah kan dpt tgk muka org tua kita.
Part surprise tu besttttt.. Kalau ammi dha nangis dah bila org buat surprise gitu
Yang penting selalu jaga SOP
Post a Comment