Tahun 2021 oleh kerana lama sangat PKP, hanya sekarang baru sempat buat cermin mata untuk Encik Suami ni.
Suami aku ada 1 je spek, sebab yang latest sebelum ni rosak dah.
So tinggal spek lama yang dia pakai sekarang.
So, as pemakai cermin mata tegar, kena la ada 2 spek.
Kalau satu rosak, boleh pakai yang spare agar tak la kita jadi teraba-raba..
So, sabtu baru-baru ni pergi la buat spek kat kedai favourite kami :
Eye Trend Optical Specialist Centre / Eye Trend Shah Alam
35, Jalan Plumbum Y 7/Y, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Suami pilih frame yang sedikit kelainan dari sebelum ni.
Kali ni semua buat spek yang boleh gelap kalau kena panas.
Kalau cuaca panas, lense akan tukar menjadi gelap.
So, redup la sikit.
Aku pun tak ketinggalan nak cuba beberapa frame. Sebab plannya tahun 2022 nanti aku pulak nak tukar spek. Last tukar spek 2019. Tapi 2020 aku ada buat sunglasses.
Cuba je frame nak tengok keserasian.. Hahaha..
So dah ada la idea next time nak buat frame jenis yang macam mane..
Sape nak datang, boleh datang sini..
Eye Trend Optical Specialist Centre / Eye Trend Shah Alam
35, Jalan Plumbum Y 7/Y, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Jamin puas hati.
Layanan bagus.
Macam kami, memang kami spend lama masa untuk pilih frame.
Bab cermin/kanta, memang kami ikut je yang dorang suggest / kena dengan bajet. hehehe
Kalau pakai pastu ada tak kena macam pening ke, boleh datang semula...
Dorang akan adjustkan.
No problem.
Encik Suami kalau baca ni, ingat pesan ni..
Simpan cermin mata elok2..
Agar bini tak bising. Hehehe.
Agar bini tak bising. Hehehe.
Pssst : Korang yang pakai spek, berapa kerap korang tukar spek baru?
Ok. Bye
XoXO
5 comments:
saya hanya pakai reading glass, itu pun bila malam saja
aku last tukar tahun 2019..
ni xtukar2 lg..
rs mcm nk tukar jgk la spek.. haha
saya selalu tukar 2 tahun sekali sebab mahal 😀
Ammi br je tukar sebelum PKP3.0 haritu. Org kedai kata power turun. Tp skrg ni rasa blur pulak bila pakai
Akak pun rasanya dah kena tukar cermin mata dah ni...
Post a Comment