Aktiviti pada cuti maulidur rasul

Assalamualaikum... Hai Semua...


Isnin cuti maulidur rasul.

Suami aku melepak malam tu dengan kawan-kawan di PJ.
Baliknya pukul 4.30 pagi.
So, pagi tu plan nak g melawat kubur bapak mentua cancel sebab suami tak cukup tidur katanya. Kakak ipar datang singgah ke rumah sebelum dorang balik ke Perak (Dorang datang ke Selangor sebab ada kenduri nikah anak saudara kami). Dah singgah sembang-sembang lepas makan, depa pakat nak g rumah sepupu di Puncak Alam. Sepupu suami sebelah arwah bapak. Sebelum tu dia pelawa ke rumahnya lepas jumpa di kenduri, tapi kami tak sempat pergi. So, kami pergi la hari Isnin tu. Gi kenal rumah dan nak sembang lebih lama sebab dorang lama tak jumpa. Ni kali pertama aku jumpa mereka.

Lepas lama bersembang.....
"Haa.. jom la.. Dah boleh slow gerak balik pulak" Biras lelaki aku ajak balik..

Pastu geng perempuan.
Bergambar depan muka pintu.
Bergambar depan pagar.
Sembang masa pakai kasut.
Sembang kat gate.
Sembang kat kereta.
Sorang dah duduk dalam kereta, sembang lagi..



Kak Tijah & Suami
Sepupu suami (sebelah keluarga bapak mentua)


Sessi sembang kat kereta pulak.
Depa cakap jawa, aku tak faham sepenuhnya..
Dengar aje la..huhuhu


Makna kata.. selagi geng perempuan tak habis sembang, geng lelaki kena la sembang jugak kat kereta.. Hahaha.


Ok. Bye
XoXO

5 comments:

ezy.fia said...

geng pompuan mmg gtu la..
nk balik nk balik..
pastu smbung borak.. smpai ke sudah borak.. hahahaha

Mama Zharfan said...

meriah sbb ramai nya sedara mara u ;)

norhidana said...

almaklum lama tak jumpa kan, itu yang sembang selagi boleh.Geng perempuan bila dah nyembang memang kat mana-mana, selagi belum gerak selagi tu borak heheehh.

Fieza Sani said...

haha..geng pompuan mmg camtu..bersambung-sambung boraknya dalam kata nak gerak tu..

Nina Mads said...

hahaha.. benda yg jd kt diri sendiri. bila tgk MIL kerap kena marah dgn FIL sbb bersembang dr pintu ke kereta. perempuan oh perempuan