Iftar Week 2 (Balik Kampung jugak)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Alhamdulillah.
Minggu kedua puasa dimulai dengan balik Terengganu. Yeayyy..
Seronoknya. Khamis last week, lepas balik kerja terus shot balik Kampung.
Tapau sushi dari kedai kat opis.
Berbuka ala kadar di kereta kemudian singgah di RNR Kuantan untuk makan & solat.
Balik dengan adik perempuan aku sekali.
Bergilir drive sampai la ke hujung destinasi. Hehe
Bumi K.Tganu super duper panas yang ampunnnnn bu...


Kali ni balik bertiga dengan adik perempuan aku.


Minggu kedua masak pe je?
Jom... tengok..



Day 8

Makan dalam kereta.
Sushi dan Dunkin Donut



Day 9


Gulai ikan kering dengan nenas

Moreh makan dadih aje
Nostalgia betul jumpa benda alah ni


Day 10

Nasi minyak




Moreh makan benda alah ni. Sedap . COD aje sampai ke rumah.



Day 11

Kari ikan tongkol dengan terung bulat




Moreh makan fruit yogurt.
Pastu jalan2 sekitar bandar Terengganu.
Meriah moreh kat Primula Hotel.
Duduk2 atas tikar. Meriah betul. Tapi kami tak singgah. Just lalu aje sebab jem



- Gambar from FB seseorang.-
Sepatutnya singgah moreh sini.
Tapi masing2 dah mengantuk



Day 12

Balik KL. Berbuka dengan kawan. 


Day 13
Berbuka sorang di rumah.
Sebab suami masih di site.
Makan apa yang leftover di peti ais aje, aku buatkan nasi goreng & match kan dgn keropok



Day 14
Suami masak ayam pencen masak kicap
Aku masak sayur kacang botor goreng. Nak clearkn fridge.
Yong Tau Fu leftover dalam peti ais
Hari ni makan depan TV je


Tamat minggu ke 2 Ramadan.
Pagi ni ke opis, radio dah pasang lagu raya.
Lama aku tak dengar lagu raya masa drive pergi/balik kerja bulan puasa.
Sebab tahun-tahun sebelum ni, puasa mesti akan naik moto ke opis dengan suami.
Tahun ni drive. Tapi 2 minggu drive ni, hari2 aku stress sebab jem.

Selamat berpuasa geng.


Ok. Bye
XoXO

4 comments:

norhidana said...

ya ampun bestnya dapat balik kampung... akak balik terengganu time nak raya nanti je

Mama Zharfan said...

salam 19 ramadhan :)
i pun balik kg weekend ie jumaat-ahad
seronok dpt iftar kat kampung (jumaat&sabtu)

Warisan Petani said...

Tentu best dapat berbuka puasa bersama keluarga di kampung

Suria Amanda said...

Bestnya ada kampung....kampung SA dekat aje..itupun x balik berbuka kat kampung