Kesah Raya 2023

Assalamualaikum... Hai Semua...


Persiapan Raya tahun ni :

Sebelum ni eksaited jugak buat persiapan raya.
Sehingga la kes ayah aku masuk wad, kami suami isteri plak demam, terus ke laut mood raya.

Tapi takpe. kita teruskan je la mengenang kenangan raya tahun ni.

PERSIAPAN :

Bekas Kuih Raya.
Suami kirim kat anak sedara dia untuk beli bekas kuih raya.
Murah2 je.
Yang penting, transparents dan nampak isi dalamnya. Senang nak tengok.

Kuih Raya & Kerepek & kekacang.
2,3 jenis buat sendiri.
2,3 jenis beli.
Ada yang orang bagi

Pakaian Raya.
Aku punya dapat baju raya awal2 sebelum puasa lagi.
Suami pulak pakai baju sedia ada. Baju baru tak sempat beli last minit dekat raya demam.

Duit Raya.
Kirim kat kawan tukar kat bank.
Ada jugak yang aku g kat bank sendiri.

Turn balik kampung.
Dari awal tahun, suami mintak raya kat Kapar aje dengan maknya.
Tup2 ayah aku masuk wad sebelum raya. so kami balik Tganu la jugak lepas settle raya dengan mentua kat sini. Raya kat sini dulu baru raya kat Tganu plak. Plan asal aku balik sorang Tganu, ni ayoh aku masuk wad suami aku nak balik sekali.

Menu Raya.
Ini jenggggg bila dikenang.
Aku dengan takde deria rasa masa memasak.
So, tak tahu rendang rasa apa. sambal rasa apa.
Lantak situ

Cuti?
Aku takde amik cuti sebelum raya.
Rapaaaaatttt keje hingga hari terakhir.
Cuti amik lepas2 raya masa nak balik Tganu.


HARI RAYA PERTAMA

Suami demam.
Aku dah ok dari demam. Cuma deria rasa je takde.
Bersiap dan hidangkan menu raya.
Ajak MIL makan, dia taknak. Dia nak tunggu anak2 lain datang beraya ke rumah aku dan MIL nak makan dengan mereka.
Aku dengan suami makan aje berdua.
Sepagi kami tunggu adik beradik suami datang.
Pukul 2.30 petang baru adik beradik suami datang sekeluarga.
Masa tu baru la MIL makan la bila anak tu datang.
Pukul 5 petang, satu keluarga lagi datang.
Pukul 6 petang, kakak suami sekeluarga datang dan bermalam kat rumah kami.


Bergambar dengan MIL

Dan bersalam raya di bilik MIL

Bergambar dengan suami yang demam.


Menu kami rendang kerang & ayam masak kicap versi simple


Bekas kuih raya 



Menjadi jugak ketupat palas first time aku buat  ni



Tetamu yang sempat bergambar.
Semua sedara suami dapat beraya dengan maknya.


Sementara tu, di Terengganu sambutan raya syahdu.



Sumpah. Gambar ni aku sayu sangat tengok.
Subuh2 raya, mak gi hospital beraya dengan ayoh.
Bawak baju raya ayoh.
Adik bongsu aku hantarkan mak ke hospital.


Adik beradik di kampung lepas sembahyang raya, terus ke Hospital 

Adik2 bujang beraya dengan mak ayah di hospital
Baju raya ayoh sekadar letak atas tubuh ayoh.
Ayoh mintak baju raya nya di bawak ke hospital.


Adik beradik dan ipar duai yang sempat berkumpul dan beraya di hospital.



Adik lelaki bawak cucu terbaru mak.
5 bulan baru jumpa cucu ni.
Mak susah nak kemana2 skg tambahan lagi, adik aku duduk negeri lain.
Aku pun tak sempat tengok anak sedara yang ni kekangan kesihatan anak sedara yang 2x dah masuk wad.
Anak fragile lagi, tunggu besar sikit dan antibodi kuat kami dukung.



Adik beradik bergambar OOTD 



HARI RAYA KEDUA

Suami bertambah okey selepas malam tdi kami ke klinik buat kali kedua.
Mintak doktor cucuk sejarum.
Dan bekalkan ubat baru.
Ubat sebelum ni dah habis tapi demam tak kebah.


Tadaaa... Kalau masih ingat awal puasa aku jahit baju sendiri.
So inilah hasilnya. Hahahaha



Pagi raya kedua masak mee kari

Masak sendiri puas hati letak segala protein dalam tu. Hehe




Tetamu raya kedua - Kawan2 kami


Keluarga abang sulung datang ke rumah kami malam tu.



HARI RAYA KETIGA

Suami dah sihat sedikit, dan baru kami keluar jalan-jalan amik angin.

Nak ke rumah kawan2 beraya, semua masih sibuk beraya/bercuti dengan family. 



First time berbaju kain pario.
Pening jugak la nak mengikatnya.


Raya keempat aku start bekerja.
Tunggu abang ipar amik MIL, kami baru boleh balik Tganu untuk melawat ayoh di hospital.
InsyaAllah raya kelima balik Tganu jika tiada aral melintang.
Aku bagi semua adik beradik suami beraya dulu, sementara kami jaga mentua. Lepas ni, kami pulak balik Tganu menjaga ayoh aku di hospital.


Habis kisah raya dengan Mentua.
InsyaAllah lepas ni kesah balik Tganu pulak.
Semoga Allah memudahkan segala urusan ayoh dan keluarga aku yang menjaga orang sakit.


Ok. Bye
XOXo

3 comments:

mummy_ayu said...

selamat hari raya..
alahai..dugaan sungguh yer..demam raya plak
semoga cepat sembuh!!!

Mama Zharfan said...

salam eidul fitri
moga2 ur dad cepat sembuh, aamiin

Warisan Petani said...

Selamat berhari raya