Dressing kaki MIL ke Klinik di Pelabuhan Klang pulak.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Masa Raya Puasa hari tu, kami mintak MIL dijaga oleh adik beradik suami yang lain selama seminggu sebab kami balik Tganu ayoh aku masuk wad.
Plan asal aku balik sorang ke Tganu dan suami jaga maknya.
Tapi sebab ayoh aku masuk wad, suami ikut aku balik Tganu sekali nak melawat ayoh aku.

Masa ipar jaga MIL di rumahnya, ipar bawak MIL cuci kaki di klinik berdekatan rumahnya di Port Klang. 
Sebelum ni, kami memang pergi Klinik Walia di Puchong (MIL selesa dengan doktor kat sana)

Bila kami amik semula seminggu selepas dorang jaga, MIL request nak sambung cuci kaki kat Klinik di Port Klang. Sedikit jauh la berbanding rumah ipar, tapi takpe tetap kami usaha bawk ke Port Klang untuk cuci kaki. Kami bawak cuci kaki seminggu 1X atau 2X bergantung pada kelapangan ke Port Klang (sebab kalau weekday kan kami keje).

Nama Klinik : Klinik Utara
Alamat : 58, Jalan Permai 1b, TAMAN PENDAMARAN PERMAI, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor

Antara ubat dan foam yang digunakan.





Keadaan luka terkini
Mei 2023



Kos cuci : RM 30-35 untuk saiz luka MIL & RM 80 untuk harga span (suami beli span tu).
Span tu besar (RM 80), tapi suami potong saiz ikut saiz luka. So boleh guna sekitar beberapa kali sebab luka MIL tak besar kat tumit tu. Span tu tutup kat bahagian luka sahaja selepas cuci dan letak ubat.

Kita tengok perkembangan kat klinik ni macamana.
Note : Kami kesana cuma 1-2x je, akhirnya kami rujuk ke Klinik Walia Puchong semula.
Dulu MIL ke klinik ni pun sebab masa tu dijaga oleh abang ipar selama 1-2minggu. 

Psst : Sekarang bulan June, cukup 5 tahun jaga MIL di rumah kami dan seusia dengan luka kat tapak kaki ni. Masih tak bertutup lukanya. Habis ikhtiar dah.. Huhuhu

Ok. Bye
XoXO

4 comments:

Mama Zharfan said...

lama betul nak sembuh luka tu....shafahallah...moga ur MIL cepat sembuh..aamiin

Nurul said...

Salam sis.. cuba try pergi klinik warrison dekat puchong utama. Kat situ memang tempat rawatan luka kencing manis. Mak saya da dua kali buat rawatan kat sana . Dua luka .. ni kali ke tiga baru naik luka baru . Tapi da takde duit nak buat rawatan . Nak cuba cuci sendiri pulak.

Han Hanni said...

Nurul : Sy dh pergi Klinik Warison tu 5tahun lepas ketika baru-baru jaga MIL masa tu. Doktor nak 12K untuk ubati kaki MIL. MIL taknak. 12K dorang akan cuci setiap hari sehingga sembuh tak kira bape lama tempoh masa pun. Cuma 12k itu aje kena bayar. Tp kekangan msa jauh Kapar ke Puchong setiap hari, so kami xbuat kat sana. Kami g klinik dekat rumah aje. Cuma skrg la g klinik Walia di Puchong smeinggu sekali hri Sabtu

SayangLathifa said...

Salam SIS, boleh ikhtiar ke klinik Shah alam di tmn sri muda Shah alam. Dia injek mmng berkesan sngt. Ramai yg suggest klinik tu.