IVF 1 Journey : Pengalaman Hysteroscopy prosedur buang polips & keputusan lab

Assalamualaikum... Hai Semua...


Masa scan hari ke 6 period selepas OPU (November 2022), doktor sahkan aku masih ada polip. Polip muncul selepas aku on ubat hormon cucuk perut untuk besarkan dan banyakkan telur. Sebelum ni sepanjang TTC 10 years, rahim aku ok xde isu polip. Atau besar kemungkinan mungkin ada tapi polip tak bertindak balas kat ubat yang aku amik sepanjang IVF ni (ubat cucuk perut nak banyakkan dan besarkan telur ni)

Pasal  Hysteroscopy, boleh baca di link ni :

Dapat bilik sama masa OPU dulu.
2minggu lepas OPU, masuk semula bilik ni untuk Operation buang polip


KELENGKAPAN KE HOSPITAL :

Aku tak tahu nak bawak apa. So aku bawak item yang aku rasa perlu untuk keperluan diri aku.

1. Dokumen warded - Diperlukan RTK Covid test. result test darah suami isteri (ikut hospital & borang admit ward)
2. Pad & Extra Panties - Incase ada pendarahan lepas operation (Memang ada pendarahan sehingga beberapa hari selepas prosedur)
3. Minyak Angin - Untuk healing kalau ada mual-mual lepas operation.
4. Kain batek - Untuk salin pakaian dalam toilet atau hendak ke toilet.
5. Tuala muka - Untuk kegunaan cuci muka atau ke toilet.
6. File dokumen TTC - Standby kalau nurse nak apa2 dokumen.
7. Food & Drink - Aku bawak bekal siap dengan buah & kek lagi you..hehe 

Aku bawak bekal sendiri


PERATURAN SEBELUM OPERATION
1. Tidak memakai sebarang item mengandungi bahan kimia seperti minyak wangi, sabun, deadoran dan sebagainya yang berkaitan.
2. Tidak memakai barang kemas & tidak make up.
3. Puasa sekurang-kurangnya 6jam sebelum.
4. Pakai baju Operation Theaster (OT) yang disediakan. Buka semua pakaian termasuk pakaian dalam.
5. Untuk prosedur ni, doktor kata tak perlu makan ubat cuci perut sebelum operation (pil untuk buang air besar)


Polips masa scan.
Photo from google

Photo from google

Catatan sehingga prosedur buang polip.
25 NOV 2022 - Start cucuk perut
29 NOV 2022 - TVS scan tengok telur & kelihatan ada 1 biji polips (masa ni masih on ubat cucuk perut)
03 DEC 2022  - TVS scan tengok telur & kelihatan ada 2 biji polips(masa ni masih on ubat cucuk perut)
06 DEC 2022 - OPU Day
14 DEC 2022 - Period Day 1
19 DEC 2022 - TVS scan nampak masih ada polips. 
20 DEC 2022 - RTK Test sebelum operation
21 DEC 2022 - Hysteroscopy ataupun prosedur buang polips di jalankan.
27 DEC 2022 - Post Operation Follow Up Visit, dan kena makan ubat 2bulan.
27 FEB 2023 - Akan jumpa doktor lagi untuk TVS Scan nak tengok dinding rahim selepas makan ubat.

Prosedur di hari  Hysteroscopy :
7.30 am - Register at admission kaunter. 
8.00 am - Masuk Day Care Ward. Salin baju OT (operation theater). Tiada barang kemas, mekap, gigi palsu.
8.15 am - Prosedur dijalankan pastu ditolak masuk wad semula.
2.00 pm - Balik rumah

Nurse OT datang bagi penerangan 

Macam biasa, nurse dan doktor bius akan check history kita, penerangan serba sedikit. Lepas masuk OT Room, tangan kanan diletakkan mesin check blood pressure, tangan kiri masuk jarum untuk ubat/air. Topeng oksigen diletakkan kat hidung. Pastu gelap. Padam. 

Sedar2 nurse kejutkan cakap prosedur dah siap. 
Sakit macam period pain. Tapi perut tak bloated mcm OPU dulu. Tapi terasa sakit period pain mcm kuat. 


Bersiap untuk masuk OT


Suami masih bekerja.
Buat IVF ni banyak cuti kena amik.
Orang ingat takde anak cuti banyak.
Tak pun sebenarnya.

Berbanding OPU, operation buang polip hari ni aku rasa agak tak bermaya lepas aku sedar, kepala pening sikit (Tapi memang dah hampir 2minggu kepala aku berat aje, pening aje) , loya mcm angin. Dulu masa OPU siap aku habis makan bubur dgn selera nya, tapi lps prosedur kali ni aku tak lalu nak makan. Itu pun aku paksa makan sebab takut masuk angin, sebab perut dah start pedih kat ulu hati mcm lapar. 

Masih mamai2 masa masuk bilik.



Pukul 2 petang boleh discharge. Aku beli nasi goreng tapau makan kat rumah. Makan pun dah berselera sikit walaupun half aje nasi habis. Half lagi aku habiskn masa dinner. 2hari lepas prosedur ni, aku banyak rehat sampai tertido petang2 (sedangkan kebiasaannya aku memang jarang tido siang hari) 
Agaknya tubuh terlalu penat 2bulan ni semenjak start IVF. Kemudian OPU & Hyteroscopy surgery gap cuma 2 weeks aje.

Hospital bagi bubur


Aku takde berpantang makan. Aku makan aje semua benda sumber protein, karbo & sayur-sayuran.

Pada 27 DEC 2022 masa Post Operation Follow Up Visit, doktor review report dari lab sampel polip aku tu.


Keputusan selepas operation:

Endometrial polyp - a small 2mm focus of endometroid intraepithelist neoplasia (complex endometrial hyperplasia with cytological and ercitectual atypia) is seen. The background shows an endometrial polyp with simple endometrial hyperplasia and squamous metaplasia. Their is no evidence of malignancy.


Dulu doktor kata incase kalau dah ok dengan keputusan operation (sel polip tu bukan kanser & tak bahaya), aku boleh berehat 2 bulan dan FEB boleh transfer embrio (FET)

Tapi selepas dapat keputusan lab dah check sampel polip tu, doktor terangkan yang hyperplasia aku jenis complex (which is ada kemungkinan boleh muncul semula). So doktor cadangkan untuk aku makan pil hormon dulu selama 2bulan (untuk clearkan saki baki polip, cantekkan dinding rahim & taknak dinding terlalu nipis mahupun terlalu tebal)

Masa makan ubat ni, doktor kata kemungkinan tak akan period atau kalau period pun hanya sedikit darah yang keluar.

Antara yang sempat aku google berkaitan ubat ni:

What is Provera medroxyprogesterone used for?

Medroxyprogesterone is used to treat amenorrhea (unusual stopping of menstrual periods) and abnormal uterine bleeding. It is also used to prevent endometrial hyperplasia (thickening of the lining of the uterus or womb) in women who are taking conjugated estrogens.


Makanya doktor estimated FET aku pada  bulan MEI (which is selepas raya). Jan & Feb 2023 makan ubat selama 2bulan. Mac & April 2023 doktor suruh rehatkan diri dan fokus untuk puasa dan raya. Selepas raya baru nak buat FET.


Notes : IVF aku dah settle. Ni just throwback. IVF aku berjaya cuma baby gugur pada 7weeks due to genetik isu



Ok. Bye. 
XoXO

No comments: