Sambung rutin cuci kaki MIL

Assalamualaikum... Hai Semua...



Sejak aku keguguran, agak lama kami tak gi cuci kaki mak mentua (MIL) di Klinik Puchong.
Adalah dekat 2bulan.
Sebab balik berpantang kat kampung.
Pastu sabtu ahad suami kerja cari duit lebih untuk IVF ke-2
So, cuci sendiri kat rumah.

Dekat 2bulan tak cuci kaki, kulit-kulit mati banyak dah tak dibuang. 
So klinik la kali ni untuk gunting kulit mati.





Ahad lepas ke klinik.
Awal-awal pagi gerak.. Kononnya nak dapat giliran awal.
Rupanya bila sampai di sana, dah ramai orang kat sana.
Dapat no 7,8 macam tu la.
Sedangkan jam baru pukul 8.30 pagi. Huhuhu.

Ni klinik Walia Puchong.
Bukan klinik kerajaan, tapi menunggu lama tau.





Oleh kerana giliran lambat lagi.. Suami ajak isi perut dulu makan roti canai.
MIL dah minum susu kat rumah.
MIL duduk dalam klinik.
Nak book tempat.
Kerusi roda kalau dah keluar, nak masuk semula dah susah sebab orang dah ramai.
Berlanggar-langgar kerusi kat sana. Hehehe





Selama 5tahun urusan cuci kaki, tapi baru 3tahun cuci kaki klinik ni.
Inilah rutin aku.
Menunggu di Kedai Dobi sebelah klinik sebab dalam klinik penuh orang.


Sabtu ini pulak g klinik insyaAllah kalau tiada aral melintang.
Gambar luka terbaru lupa nak snap. Tapi alhamdulillah luka semakin ok, mengecil


Ok. Bye
XOXo

3 comments:

Mama Zharfan said...

moga2 diperkenankan doa han utk dpt zuriat,berkat han dan suami menjaga MIL tu..barakallah fiikuma jami'an

notie said...

Semuga di permudahkan. Aamiin

BabuIvy_Ingging said...

Hi puan, ada x progress luka MIL puan yang baru. Dan nak tanya memang kalau luka diabetes kadang kadang dia akan keluar nanah dan merah juga ka kalau da hampir mengecil? Adakah doktor akan membesrkan luka tu semula?