Ya Allah.. Terlupa aku kesah besday tahun ni

Assalamualaikum... Hai Semua...


Baby September is here..
Haiiii korang..

Tahun ni birthday jatuh pada hari weekend - Ahad
So aku ada plan la nak keluar dan makan kat luar.
Sebenarnya lebih kepada nak spend time dengan encik suami.

Tup-tup suami kena kerja pagi ahad yang indah tu.
Suami balik sekitar jam 3 lebih, kemudian sambung kerja part time kat rumah sampai malam.

Suami insist nak ajak keluar sebab nak jugak celebrate besday aku walaupun masa tu dah pukul 8.30 malam.
Aku yang pada awalnya malas dah nk bersiap keluar, aku keluar jugak la untuk ada memori2 simple sempena hari jadi ni katanya... gituuuu..

Suami bawak ke Port makan di Puncak Alam.
Port baru katanya.


The Portload by Pulut Pulut




Best tempatnya.. Rileks je..  Santai-santai..
Ada lampu-lampu, banyak tempat duduk. Boleh pilih nak dibawah bumbung mahupun tempat duduk berbumbungkan langit sahaja.
Ada banyak stall yang jual makanan best kat sana.


Sources : Photo from Google


Sources : Photo from Google


Sources : Photo from Google


Aku makan mee ala-ala mee celup. Entah apa namanya menu ni kat papan kedai tu.
Suami pulak ambik mantau with creamy kepah macam tu.

Mee celup aku bg 9/10. Sedap tapi tak pedas walaupun ada cili tumbuk dia.
Mantau creamy butter clamp tu aku kasi 9.9/10. Bagi aku sangat sedap.
Kuah dia best dan creamy. 

Butttt.. Air kat sini aku bg 4/10 untuk kopi ais & horlick ais.
Terlalu biasa rasa airnya. Tak pekat, tawar macam ingrediant sikit.
Aku minum kedai biasa pun lagi best dari kopi sini.
Aku tak bandingkan dengan kopi di kopitiam tau, sebab tahu akan jauh ketinggalan. Sorry!


Overall untuk melepak sini lagi aku akan repeat dan nak try menu2 lain lagi

Sempena ulangtahun kelahiran, dan bermacam dugaan tahun ini untuk kami. Semoga Allah kuatkan semangat aku. Semoga Allah tunaikan semua impian2 aku. Aminnnn


Ok. Bye
XoXo

2 comments:

Mama Zharfan said...

happy bday! moga tercapai segala hajat dan impian..aamiin

Jaja Ahmad said...

Happy birthday sis. Port lepak ni yang kat belah Hillpark sana tu ehh. Nak try la bebila 😊