IVF 1 JOURNEY : Pengalaman FET dan keguguran di bulan July 2023

Assalamualaikum... Hai Semua...


21 JUNE 2023

Hari FET

FET dijadualkan pukul 11.30pagi.
Pukul 9.30 kena ada di hospital untuk jumpa doktor sign surat dan kena minum air banyak.

10.20 pagi masuk daycare. Dapat bilik terus kena salin pakaian OT Room.
Aku ingatkan bila tak bius, tak perlu la tanggalkan barang kemas.
Rupanya kena tanggal semua barang kemas & stoking kaki.
Pakaian dalam boleh pakai.
Pastu kena pakai baju bedah.
Masuk bilik OT. Nurse bantu baring dan terangkan proses FET dan pasal kualiti embrio.
Dalam 11.15 doktor masuk. Buat proses FET. Dlm 10 minit settle.

Semasa proses FET, mulut aku tak benti selawat dan zikir ya bari, ya mussawir, ya khaliq, ya latif.
Nurse suruh tgk kat screen, nnt nampak embrio. Sayu bila tgk, tu anak tu. Sambil mulut selawat.

AKU MASUKKAN 1 EMBRIO SAHAJA demi mendapatkan anak yang sihat dan tak berisiko

Kena duduk dalam sekitar 30 minit dalam bilik. Pastu di sorongkan keluar guna katil.
Masuk semula ke bilik.
Aku tahan kencing sekitar 30minit pastu bangun gi toilet.
KOS : RM900 (ubat & peralatan) Kos asal FET dah termasuk dalam pakej yang aku bayar dulu. So masa hari FET bayar ubat je.

Maka bermula la 2WW aku.

Sepanjang 2WW ni, makan je segala benda kecuali benda yang dirasakan/dimitoskan bahaya untuk kandungan macam nanas, betik, Tak minum caffein sebab takut darah rendah. Makan suku-suku separuh macam biasa)

Hari ke-1 = Aku baring je tapi makan kat meja makan.
Hari ke-2 = Aku masak sama2 dgn suami, kemudian baring.
Hari seterusnya pun sama, baring kecuali bangun makan, mandi & solat macam biasa.
Hari ke6-11 = aku sakit perut mild macam nk period pain & breast sakit.

Bergaya ke DayCare Room


Bersiap untuk FET proses



Balik rumah menjadi tugas suami untuk sediakan makan minum untuk tuan puteri



FET berjaya.
Lepas test HCG blood CONFIRMED AKU MENGANDUNG 4weeks.
Tapi 2minggu lepas tu KEGUGURAN.
Baby TAK SURVIVE due to GENETIC ISSUE


Masa scan, kandungan tak membulat
GENETIC ISSUE kata doktor


Scan selepas keguguran rahim dah clear.
Tak perlu cuci


Aku sangat puas hati dengan IVF aku.
Atleast aku try.

Jangan ditanya kos.
Kosnya boleh renovate rumah. hehehe..

InsyaAllah FET kedua menyusul selepas ini.
Plan nak masukkan 2 embrio pulak.
Hahaha.. mampu ke?

Aku rasa aku all out giler untuk IVF ni.
Duit mengalir macam air.
Lagi laju dari masa mula2 beli dan masuk rumah baru dulu.
Kalau masuk rumah, kita blh hold itu ini kalau takde duit.
Kalau IVF, xleh nk hold ubat, prosedur. 
Kalau takde duit memang aku meminjam sana sini.
Yang rapatttttt je tahu.


Ok. Bye
XoXO

1 comment:

Mama Zharfan said...

MZ doakan apa yg terbaek..moga2 ada rezeki u utk menimang zuriat insya Allah