DIY : Harga barang barang untuk DIY bunga telur

Assalamualaikum...


Share kat sini, maybe boleh jadi rujukan orang yang nak DIY bunga telur sendiri untuk majlis korang.
Aku nak DIY bunga telur untuk adik kepada kawan aku nak kawen insyaAllah bulan May nanti..

Aku beli semua barang ni kat Sayangku Perkahwinan kat area Rantau Panjang, Klang.
Kebetulan ke sana time tu, terus la beli:


1. SARUNG TELUR READY MAKE
RM 9.80/100pcs

2. LIDI TELUR/ LIDI SATE
RM 3.20 / 100 pcs

3. Riben 1/2 Inci (DARK PURPLE)
RM1.80/pcs
Pengcahayaan nampak macam warna dark blue pulak


4. Riben 1/2 Inci (LIGHT BLUE)
RM1.80/pcs

Kalau yang corak polkadot sudah RM3.20, tak mampu den.. hehehe

5. Riben 1/4 Inci (GOLD)
RM0.90/pcs

6. Riben 1/4 Inci (PINK ALA MAGENTA)
Pengchayaan nampak macam purple
RM0.90/pcs

7. DAWAI BUNGA
RM1.00/pcs
Size 28 sangat sesuai untuk bunga telur sebab lembut.
Lagi besar size lagi lembut

8. FLOWER TAPE / TAPE LILIT BUNGA
RM1.20/pcs


Senarai harga barang
Alhamdulillah.ada diskaun sikit masa beli kedai tu.


Untuk Kertas Tisu ni je yang aku beli di NSK Meru
RM1.40 /100 grams
Dalam tu ada lebih kurang dekat 100 helai jugak (aku kira ala kadar je hari tu)
Kalau yang 50 grams harga RM1.00
Kertas ni tebal berbanding tisu biasa
Ni ala-ala tisu burger
Tapi color yang available hanyalah YELLOW and PINK.(Redha..issskk)


Alhamdulillah.
Walaupun murah tapi still gebu menjadinya

Kalau ada bajet lebih boleh beli crepe paper yang sememangnya untuk buat bunga macam ni..
Tapi harga opkos lagi mahal dari tisu la..

The hasil
BUNGA TELUR theme PURPLE GOLD

Pengcahayaan malam nampak macam BLUE and GOLD
dah tukar 3 phone still sama
Tak gigih nak amik siang hari pulak. asyik lupa jer.
hahaha

Simpan semua dalam bekas setempat.
Senang nak buat kerja nanti.


Ada banyak lagi item kat wedsite Sayangku. Klik Sini kalau gigih.
Yang aku pergi Cawangan :

KLANG - No 31, 1st Floor, 31 MA, Jalan Sungai Nibong 14A/KU4.3, 1/2 Mile Jalan Kapar, Rantau Panjang, 42100 Liang, Selangor
Tel: 03 - 3291 7818
(Sebelah MyMydin)


Psst : Bunga telur purple gold untuk adik kawan aku. Yang pink blue untuk adik aku yang ntah bila nak kawennya. Saja buat dulu, nanti nak kawen, senang. Anggap je, aku sponsor bunga telur. hehe.. cuci tangan terus.. pang!


Ok. Bye
XoXO

3 comments:

NabilaHasyim said...

Satu kuntum, guna 1 helai tisu je ke?
Cantik ye, gebu.

Hr2 ank sepupu kawen, dia buat sendri juga.
Gigih betul..

Han Hanni said...

Nabila : Saya guna 2 helai tisu untuk satu bunga. Baru gebu. Satu helai tisu saya potong 3.
So, 2 helai tisu ada 6 potongan.
Saya just guna 5 potongan.

gebu sikit la.

Sha Nazri said...

Cantik!