Ni merupakan tahun pertama aku buat kuih raya (selain corn flakes).
Sebelum ni pernah buat corn flakes madu masa kat kampong dengan bantuan adik2.
Tapi kali ni kena buat sendiri, dan dibantu oleh suami serba sedikit.
Aku ni seorang manusia yang tak reti kalau bab buat biskut2 raya ni.
So, semalam ahad yang indah seawal jam 7pagi aku dah start masuk dapur pagi tu.
Aku start buat kuih cornflakes madu yang super duper senang bangat.
Siap buat cornflakes madu, aku try la nak buat semperit. Ni first time aku buat sendiri. Dulu aku pernah buat kuih ni kat rumah jiran.
Tolong2 jer. dah lama, tahun 2000 dulu zaman anak dara tang tang tang. huhuhu..dah lama benor dah.
So, semalam ahad yang indah seawal jam 7pagi aku dah start masuk dapur pagi tu.
Aku start buat kuih cornflakes madu yang super duper senang bangat.
Duduk sorang2 secara comel sorang kat sini untuk buat kuih raya..
Suami time ni kat laman tengah pindahkan anak pokok ke dalam pasu besar.
Aku buat sekotak dulu.
Pastu lepas siap, buat sekotak lagi.
Aku tak buat sekaligus 2 kotak sebab nanti cornflakes madu keras tanpa sempat masukkan dalam acuan kertas...
Proses memasukkan cornflakes dalam bekas.
Oleh kerana buat sorang2, semua aku dah siapkan awal2.
Bekas kuih aku dah buka siap2 satu persatu.
tinggal masukkan cornlakes je.
Tak nak kelam kabut.
Buat sambil terliur.
kalau buat malam dah boleh makan sekali.. huhuhu
Bau butter dan madu sumpah sedap giler..
Susun secara comel sebelum dibakar
Lepas dibakar.
Oleh kerana aku ada oven, aku bakar la sikit cornflakes ni untuk bagi rangup
Assistantku
Aku guna bekas mana yang ada jer untuk simpan corn flakes ni..
yummmmy
Siap buat cornflakes madu, aku try la nak buat semperit. Ni first time aku buat sendiri. Dulu aku pernah buat kuih ni kat rumah jiran.
Tolong2 jer. dah lama, tahun 2000 dulu zaman anak dara tang tang tang. huhuhu..dah lama benor dah.
Aku pergi beli bekas ni..
Bajetnya macam boleh isi banyak2..
Rupanyaaaaaaaaaaa.....
Huwarghhhhhhhhhhhhhhh..
Stress aku dengan laki aku guna benda alaha ni...
Benda ni memerlukan kudrat kuat untuk tolak keluar.
Aku tak larat, suami buatkan pun dia give up.
Kuih jadi tak cantik sebab masa tekan benda ni tangan ketar2 sebab tolak kuat sangat omboh penekan acuan ni.
Menyesal beli yang ni.
Dah la mahal
Sumber : Google
Patutnya beli yang murah macam ni.
Baru RM2.50.
Tapi semalam sempat siapkan kuih semperit jugak la walaupun guna acuan yang hazabbbbb tu.
Suami yang tolong tekankan acuan..
Sakit-sakit tangan dia.
Malam tadi, lepas berbuka makan kuih semperit ok je rasa dia.
Memang betul2 cair di mulut.
Walaupun rupanya akan kesiannnnn..
Semalam aku gunakan kacang jer sebagai hiasan tengah kuih semperit.
Aku takde ceri ataupun manik gula.
Hasil semalam. Buat kuih dari pagi sampai malam
Tenkiu kat encik suami sebab tolong siapkan bakar semperit semalam.
Aku dah terbungkang tidur depan TV pukul 1petang lebih sebab penat berperang dengan acuan semperit tu. haissshhhh..bencik bila ingat balik.
Adunan semperit agak kering sebab aku tak tahu pulak kena tutup dengan kain lembap nak elakkan adunan kering.
Al maklumlah...resepi amik kat gooGle dan main redah je buat sendiri.
Suami cakap, ok la... percubaan pertama.
Next week ada lagi 2 kuih nak buat.
Famous Amos Chocolate Cookies dan Lidah Kucing. Ntah menjadi ke tidak xtahu la. redha dan berjuang le ye..
Semalam lepas solat zohor, gigih pulak adun bahan untuk meroti. Try buat roti sarang lebah. So far menjadi gak walaupun tak guna tepung roti. Aku guna gandum je.
Gebu jugak dan Sedap.
Cuma tak bape garing atas dia.
Aku takut nak bakar lama sebab takut keras..
Semalam masak awal untuk buka puasa. Kalau hari kerja 6.30pm baru masak. semalam pukul 5.00 dah masak. Pukul 6.30pm dah rehat depan tv. Suami tolong bakar ayam dan tengok tengokkan ayam dalam oven.
Semalam memang betul-betul penat.. kesiannnn.. Penangan kuih raya.. Patut la mak aku lagi rela beli biskut raya dari buat sendiri.. Mana dia nak perang dengan anak-anak, mana nak belai kuih raya..
Selamat berbuka semalam dengan sup sawi, kerang sos pedas, ayam panggang rosemary, air white fungus longan dan roti sarang lebah.
Semalam weekend pertama di rumah sendiri.
Last week kan balik kampong.
Ok. Bye
10 comments:
Ya Allah..rajinnya Hani!
Lama tak baut cornflakes madu tu since sume anak dara dah kawen haha. tp mcm tkut nk makan gak sbb last buat and mkn, malam raya sakit gigi sampai pagi raya. sedih :(
Wahhhh...bgusnyerlah....kagum ngan hani...rajin
Amboiii..cantiknya semprit tu...colorful! Hihi.. nk resepi conflakes madu tu...guna butter and browwn sugar x? I suka buh kacang and kismis sekali kalo buat cornflakes tu. Nyum2
Terliur tgk semperit..kale ceria
imah..rajin sebab semua biras buat kuih raya sendiri..taknak la ketinggalan kan..huhuhu
niza:haah..ianya manis sikit.bahaya kalau gigi ada masalah.mudah sakit gigi sebab manis.
cik mah : tahun ni rajin.tahun depan xtahu laaa..huhuhu
miss N: resepi dia guna cornflakes, madu, butter dan 2 sudu gula biasa.
Sha : hehehe... saje buat kaler ceria sikit..
rajinnya... daku tunggu hujung2 puasa je beli kuih mesti murah hehehe
rajinnye kamu.. haha
aku mlm raye nt bru nk buat kek..
ari kamis sblom raye tu still keje lg aku.. huhuuu
hani, mmemang susah sket acuan yg besar tu..lama2 mmg terbiar terbuang..
klu nak beli yang berbaloi, hani beli yg nozzle tembaga kaler gold kt kedai bahan kek harga dalam rm8++.. beli yg 9 petals (9 bintang) nanti boleh guna untuk pelbagai jenis, semperit boleh, creampuff boleh, nak deko kek pun boleh, just tambah piping bag je la.. klu guna piping bag, boleh letak banyak adunan, sekali jalan je.. klu yg rm2 tu, skali buat dapat 4 biji..
just cadangan berdasarkan pengalaman.. kalau dh ada oven tu, mesti lepas ni rancak nak membaking kan.. hehehe..
Rajinnya.
Sha satu apa pun tak buat lagi.
Post a Comment