FAMILY DAY 2016 : GAMBANG WATER PARK

Assalamualaikum... Hai Semua...


Banyak betul undangan majlis kawen, rumah terbuka pada 30-31 July hari tu..
Tapi oleh kerana dah booking awal nak ke Company Family Day maka tak boleh la nak cancel...
Kang kena denda RM300 kang.. leleh ayer mata wei..

Treasure hunt company suami pun tarikh ni jugak..
Tapi aku dah tanya suami awal2, nak g tresure hunt atau family day aku?
Dia pilih nak g family day. So jangan banyak songeh lagi lepas dah booking yer..

Kami pilih untuk naik bas yang company sediakan sebab malas nak drive..



Sumber : Disini




30 JULY 2016 (SABTU)

8.30am - Gerak dari KL
12.00noon - Tiba di Gambang Resort.
1.00pm - Makan tengahari.
2.00 - 4.30pm - Mandi di Waterpark
4.30pm - Check in & Rest.
6.30pm - Makan Malam.
9.00pm - Aktiviti bebas

31 JULY 2016 (AHAD)

8.30am - Breakfast
10.00am - Supposedly trip to Safari. Aku tak pergi. Melepak kat bilik packing untuk balik.
12.00noon - Check Out & Lunch
1.00pm - Balik KL
5.00pm - Sampai KL dan balik HOMEMANISHOME..

Rindu rumah sendiri walaupun kemana kite pergi kan..

Nak compare family day yang last year di Bukit Tinggi, Pahang..
Makan kat Bukit Tinggi lagi heaveennnnn.. Heheh..Bab makan No 1.
Dari breakfast, lunch & Dinner memang kat Bukit Tinggi lagi terbaik dan banyak pilihan.

Bab bilik okey la. Not bad.
Bilik Deluxe Studio ni agak besar, so take time nak sejukkan bilik dengan aircond.
Ada balkoni so ada la tempat nak ampaikan pakaian mandi waterpark tu.
Kami dapat bilik di Block 3.

Kad bilik tak boleh flash malam lepas dinner tu, call reception tak berjawab busy kot.
Bila turun ke reception, technisen terus ikut ke bilik dan check.
Rupanya bateri flash kad di pintu tu dah low. Tukar sekejap dah setel.
Maintenance dia OK dan bertindak pantas.




Peraturan masuk Water Park.

1. Tak boleh bawak masuk makanan dan minuman luar kecuali mineral water. Dorang akan check beg & beg tangan. Makanan yang diambil akan disimpan dan boleh tuntut masa keluar nanti.

2. Semua benda yang disewa macam pelampung, pondok, loker ada deposit. Deposit akan dapat semula kalau semua benda tu dipulangkan dengan keadaan baik.

3. Tempoh sah tag nama satu hari, kalau nak keluar boleh masuk semula. janji tag tak rosak dan boleh discan. Sama jugak dengan Safari Park.

4. Dalam waterpark area, semua tak guna duit. Kalau nak belanja sila top up tag anda. balance duit boleh refund semula. Tapi dalam sana makanan dan minuman mahal la. Standard la tempat macam tu.

5. Tempat salin baju banyak, jangan risau.. Tapi kalau orang melimpah2, memang kena tunggu turn jugak la untuk salin baju..

6. Dalam Safari aku tak boleh komen sebab tak masuk.

7. Kalau korang datang ramai2. sewa pelampung satu pun dah okey.. Gilir2 guna.. Sebab nak menjaga pelampung sehari suntuk penat jugak wei.. Kalau tinggal merata nanti hilang dan deposit burn. Lagipun semua mainan kalau nak main guna pelampung, korang nak kena angkat pelampung panjat tangga.. Berurat keting wei!

8. Kalau datang time peak season macam weekend mahupun cuti sekolah, kena beratur untuk main certain2 mainan. Memang beratur lama.. Hanya 1-2 mainan la yang akan kena beratur lama.. Aku beratur 45 minit untuk main benda alah tu. Ntah apa namanya.

Aku tak komen pasal tiket dan pakej sebab tiket yang kami dapat ni memang under company..

ANTARA PERMAINAN DI WATER PARK


Slide untuk kanak-kanak.
Sources : Google

Cabana yang kena sewa kalau nak duduk tu.


Aqua Play

Aqua Play


Wave Pool

Glacier River
Mula-mula santai, pastu ada ombak..
Best jugak

Lane Racer

Slide kanak-kanak.
Tapi orang dewasa pun boleh naik kalau main dengan anak2 kat situ..
yang ni kena naik pelampung.

Ni antara mainan yang ada kat bawah2 sana dengan dengan area kanak-kanak.
Untuk lebih extreme kena naik atas sikit la..
Sana kebanyakannya dewasa la yang naik gelongsor panjang2 tu..
Seriau aku..
Naik benda alah tu, jantung terasa tercampak keluar.



Kami menginap di Deluxe Suite di Cannabean.
Ni antara view bilik.
Untuk couple dapat bilik ni,











Opsss... 
Dah letak barang baru ingat nak snap photo


Dalam bilik ni dah ada iron and board.
Tapi bilik untuk geng2 single takde pulak iron. Terpaksa dorang g bilik iron.




NI antara yang sempat aku tengok di websitenya :

Facilities / Services

  • Wooden cabanas for rental
  • Multiple entry lockers for rental
  • Single, double and family tubes for rental
  • F&B Outlets
  • Kiosk
  • Prayer room
  • First aid room
  • Gift Shop
  • Top Up Counter
  • Washroom
  • Shower Room


Operation Hours

  • Wednesday & Thursday 
  • From 11:00 AM - 6:00 PM
  • Friday, Saturday, Sunday, Malaysia School & Public Holidays 
  • From 9:30 AM - 6:30 PM 
  • Park is CLOSED every Monday & Tuesday EXCEPT during Malaysia School & Public Holidays

Tickets 
  • Adult: RM 32.00. 13 years and above
  • Child: RM 22.00. Child above 90cm until 12 years old
  • Child below 90cm entrance is FREE

Habislah 2 hari 1 malam ktorang kat sana..

Psst : Kebanyakan gambar dari sumber google &website gambang sendiri.

Ok.Bye

1 comment:

ezy.fia said...

aku xprnh sampai lg sni.. teringin jgk nk main air.. hihi