Si Bongsu pulang ke kampung ketika PKPB

Assalamualaikum... Hai Semua...


Adik aku duduk dengan aku sepanjang PKP. Patutnya asasi dia di Asasi-Dengkil tamat pada 24.04.2020 iaitu 4 hari sebelum puasa.
So memang dia pasang angan-angan nak berpuasa sebulan dan raya kat kampung la kan.
Maklumla sebelum ni dia duk asrama since 13years, so jarang dapat puasa lama di rumah mak.
Tapi. perancangan Allah tahun ni sebab PKP dia puasa kat rumah aku sebab terkandas tak boleh balik kampung.
Namun...
Puasa kat rumah aku pun tip top la..  Hahaha..
Cuma tak meriah sebab kami bertiga sahaja. Hehehe...

Masa ada kebenaran merentas negeri dari 07-10hb Mei 2020, terus la aku cari tiket. Masa tu takde tiket online. Kosong.
08hb aku online lagi sekali masuk FB Sani Express, baca latest info.
Ada kebenaran untuk kenderaan awam rentas negeri, terus la aku call Sani Express di Klang Sentral.
Sembang hal tiket & syarat2 balik naik bas untuk musim PKP ni serta pasal kebenaran balik kampung.
Aku beli tiket pada 08 Mei. Dan suruh adik aku install apps rentas negeri.
Pastu ada la baca di FB page rentas negeri, tanya member2 pasal QR barcode.
10hb Mei masa sahur, aku suruh adik aku isi details & request QR barcode sebab bas gerak mlm nanti. QR Barcode valid selama 24jam sahaja.
Aku pun screenshot jugak QR barcode tu incase kalau system hang nanti.

Syarat naik bas musim PKPB:
1. Kena screen suhu badan. Tak boleh lebih dari 37.5
2. Kena pamerkan QR Barcode kelulusan gerak rentas desa dari apps ATAU kebenaran surat dari Balai Polis kalau takde phone canggih apps bagai tu.
3. Kena pakai masak
4. Pakai hand sanitizer yang disediakan.
5. Berpakaian bersih
6. Jarak penjarakan sosial.


Bersiap untuk balik ke pangkuan keluarga tercinta

10 Mei 2020
Untuk berbuka buat nasi ayam hari tu.
Aku siapkan bekal kek pisang & susu coklat dutch lady incase kalau tak sempat bersahur di kampung esok pagi bila sampai.
Hantar si bongsu ke hentian bas.

11 Mei 2022
Dah mula rindu si bongsu. Huwarghhh..
Takpe, adik aku lagi rindu kat family kat kampung ye.

Sendu... Dah takde sorang kat kerusi ni. 


Aku takde la sedih sangat tak dapat balik kampung raya tahun ni.
Sebab adik beradik lain pun xdapat balik. hahaha
Kalau semua berkumpul, aku je yang tak dapat balik, mungkin la sedih..sikit je la..

Janji kalau ada cuti panjang lepas ni, covid pun dah settle. Aku nak balik Terengganu. Tu je

OK. Bye
XoXo

5 comments:

ezy.fia said...

xpela.. utk tahun ni jeee..
insyaAllah raya haji nt meriah la kita beraya.. =)

iam.umifuzy said...

"Aku takde la sedih sangat tak dapat balik kampung raya tahun ni.
Sebab adik beradik lain pun xdapat balik. hahaha "

ayat dengki hahahaa...#gurauje baru fair n square kan..kah kah kah

Sha Mohamed said...

Aamiin..
semoga tahun depan kita dapat berpuasa dan beraya bersama keluarga..
Terengganu tu, Sha pun nak pergi..

Sunah Sakura said...

sama lah, kalo habis pkp nanti, covid da ok, nak balik juga ke kampung halaman jumpa family..rasanya da setahun tak balik kampung..

mummy_ayu said...

semua nya sedih..tak dpt berkumpul beraya mcm biasa :-(