Shoppee Haul : Beli barang untuk rumah

Assalamualaikum... Hai Semua...


Perempuan ni, dapat beli barang rumah memang senyumnya melebar.
Tido pun dalam senyuman.. Hehehe


Dah lama duk usha2, akhirnya beli: 



Set mangkuk hidangan.
Ni bukan untuk tetamu pun, tetapi untuk kegunaan harian aku
Sebab takde mangkuk macam ni,
Senang nak isi lauk, ada penutup.
Pesyen aku, masak lunch untuk dinner sekali, atau untuk ulang2 makan lagi.
So senang, letak dalam ni, ada penutup terus tak payah guna tudung saji.
RM70 macam tu.

Oleh kerana kedai banyak tak buka, aku order hot glue gam stick dan pistol dia sekali.
Amik mask extention sekali.
Ni untuk project Alas kaki DIY aku yang tergendala sebab gam ni dah habis.


Beli sarung kusyen kerusi kayu.
Pilih je warna yang available.


Beli kusyen untuk kerusi kayu.
Sarung ni dijual dalam Set terus (untuk 6-7 kerusi)
Sedangkan kerusi kami cuma 3 sahaja.



Aku beli sekali alas kaki depan bilik air.
Lama dah cari saiz yang aku nak, bila jumpa memang terus beli la walaupun harga dia bagi aku agak sedikit mahal/lebih bajet
Saiznya : 60 X 200 cm
Harga dalam RM46
Muat2 cover depan dua bilik air ni so puas hati sangat.




Seagrass hari tu beli masa sale 7.7 


Tiba2 Encik Suami senyap takde membeli barang, rupanya duit dah surut dalam bank dia. hehe

Ok. Bye
XoXO

5 comments:

Amie said...

Set mangkuk hidangan tu cantik dengan penutupnya.

ezy.fia said...

paling bahagia dpt shopping brng umh..
aku plak xsabar nk nyopping jgk!.. haha

Mama Zharfan said...

cute nya mangkuk tu! i memang guna set ni kat rumah (corelle design country rose)--pandai u cari dan beli yg rege mampu milik...sbb corelle kalau kat supermarket memang mahal laaa (i dpt set tu pun sbb menang contest)

Azhafizah MN said...

Muka ada senyum dapat beli macam macam. hihi..Set serveware tu mudah ada penutup. Tak payah tudung saji bagai kan.

Kakmim said...

wow.. shopping sakan ye hani.. kalau sy pun suka yg bekas dgn penutup.. x payah nk letak tudung saji bagai