Selangor banjir.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Jumaat 17 DEC hujan je memanjang sehari suntuk. Kejap lebat, kejap slow. Tapi seharian hujan turun je..
Sedangkan khamis tu pun hujan hampir satu hari.
Oleh kerana jumaat aku tak keje, so aku memang lega sangat sebab tak perlu redah hujan.
Suami pulak pegi keje naik moto sebab mudah nak g site. 

Sabtu start banjir merata-rata tempat. Dan heboh sana sini pasal banjir.
Oleh kerana aku duduk Kapar, dan sini bukanlah tempat yang ada penempatan perancangan yang teratur, aku rasa memang tinggi risiko untuk banjir.

2malam aku tido tak lena, tengah2 malam bangun sejam sekali intai longkang depan dan belakang rumah takut air melimpah. Sebab 2 hari dah hujan.
Al maklumla kami rumah setingkat aje. Kalau banjir, memang takde tempat nak alih perabot.
Terus teringat dokumen2 penting kat mana, nak bawak lari ape je kalau banjir

Sources : Di sini
Banjir di Meru, Klang

Sabtu pagi tu, suami dan MIL bersiap nak g Puchong untuk cuci kaki (dressing kencing manis), tapi jiran india tegur dan bagitahu banyak jalan tutup. Hatta dia sendiri pun terkandas, tinggal kereta di tepi jalan di Meru. So, kami tak jadi keluar ke Klinik Puchong. Hari tu just cuci kaki kat rumah aje.

Rupanya Allah peliharakan kami, sebab ramai yang stranded tak boleh balik rumah lepas kerja sabtu tu.
Andaikata suami dan MIL keluar, maunya depa kena bermalam di pusat banjir kat mana2/ bermalam dalam kereta tepi jalan.

Banyak rumah kawan2, kenalan, budak opis, sedara yang kena banjir. 

Isnin aku dan suami cuti sebab takde laluan keluar. Kami tak berani nak redah banjir takut rosak kereta. 
Selasa selepas 2 hari tak hujan, aku dan suami baru masuk opis.
Meru dah biasa banjir kalau hari biasa, walaupun kami biasa redah banjir g keje. Tapi kali ni teruk, sampai takut nak lalu.

Semoga kuat semangat dan dipermudahkan urusan semua yang terlibat dengan banjir.
Semoga baik2 semua nya..
Terima kasih kat geng2 yang tak putus2 tanya keadaan aku kat sini.

Ok. Bye
XoXO

6 comments:

ezy.fia said...

kesian tgk mangsa2 bnjir..
ilang hrta benda sekelip mata..
semoga sumenya tabah hadapi dugaan ni.. ='(

norhidana said...

hujan memang hampir 2 hari nonstop, tapi akak tak jangka sampai jadi banjir teruk di belah klang, meru, shah alam sana. Sebab banjirnya sangat teruk, rasanya tak pernah seteruk itu banjir di sana sepanjang akak duduk di kuala lumpur ni. moga semua mangsa bersabar dan banjir cepat surut

mama tisya said...

smoga dipermudahkan segala urusan smua mangsa banjir

Mama Zharfan said...

stay safe. Allahumma yassir

nayfatimahrasyid said...

Allahhu... Semoga tabah semua nyer

Cik TK said...

Sekarang juga masih musim hujan. Moga air tak naik balik. Apa pun, stay safe ya!