Masih beraya & Tambah baik rumah

Assalamualaikum... Hai Semua...


Minggu ni agak santai dan tak sebizi rumah terbuka last week.
Sabtu sepatutnya ada sepupu suami nak datang rumah.
Kami plak yang ke Seremban.
Kami arrange hari lain dia plak yang tak free.
Mentua ada aje kat rumah, cumanya maybe dia segan nak datang kalau tuan rumah tak ada.

Sabtu tu memang plan nak buat potluck rumah adik aku di Seremban.
Orang lain semua kat Selangor.
Dia kat Seremban sorang.
So nak memeriahkan raya dia, kami beramai2 plan ke sana.
Taknak susahkan tuan rumah, dia dengan anak kecik yang tengah melasak.
So, kami masak sikit2 sorang.
Kak ipar masak makaroni cheese & ikan dori masam manis/paprik.
Aku masak sambal udang , ikan selayang goreng & sayur.
Alhamdulillah, tak de membazir. Sedang elok cukupnya.



Takde gambar ramai2 dengan adik beradik lagi.
Ada yang dah ke hospital sebab mentua masuk wad.
Ada yang taknak bergambar sebab tak sihat


Antara yang bergambar


Dengan anak2 sedara dan keluarga abang sulung


Malamnya, balik ke Selangor semula.
Ke rumah kawan suami di Meru.
Dekat aje dengan rumah. 





Kami tetamu last balik.
Hahaha



Sedap nasi dagang dia sediakan.
Menambah aku dinner malam tu. Hehehe.

Ahad plan nak bawak mentua balik kampung/rumah sedara tapi tak jadi.
Kami duduk kemas pokok2, declutter mana2 pokok yang taknak.
Buang barang yang taknak guna. Kerusi roda yang dah rosak, barang2 yang taknak tapi lori sampah tak pungut, so kami kena buang dekat tong sampah besar kat luar.
Haaa.. bila dah kat luar singgahla kami beli mee mamu , air kelapa, air coklat...

Isnin semalam, suami repair floor trap bilik air.
Ni rumah second hand, so floor trap punya simen dah tercabut, so lipas selalu naik ikut situ.
Cepat2 aku suruh suami repair dan buat ganti baru.
Sikit2 nak tambah baik rumah ni. Alhamdulillah.

Ok. Bye
XOXo

1 comment:

ezy.fia said...

alhamdulillah.. raya dgn adk beradik plop kat sana..
aku dh abis beraya..
hihi
duk bz ngn program sklh plop..