Mandi Sungai di Sungai Kanching Selayang.

Assalamualaikum... Hai Semua...


SABTU, 20 OGOS 2022


Si Rosma DM di IG ajak g mandi sungai balik hari (tak bermalam).
Dia awal2 dah tahu kami suami isteri tak boleh bermalam di luar sebab jaga mak mentua di rumah. hehehe. Tu yg dia plan nak g mandi sungai sekitar sini aje.
Plan asal nak ke Sungai Pertang di Kuala Kubu Baru kalau tak silap.
Kemudian last minit masa dalam kereta tukar nak ke Sungai Kanching Selayang aje sebab lagi dekat.
Kami dari Meru naik highway latar aje terus sampai.

Dulu ms baru kawen kami duk Selayang, aku ajak Encik Suami g mandi sungai di Sungai Kanching ni takde plak dia nak layan. Pua laaa...


Pukul 8.30 gerak dari Meru.
Smpai sekitar 9.00am kat sana. 
Kereta park luar, so agak jauh la nak menapak ke dalam.
Tiket masuk RM 3.00 seorang.
Dalam tu ada kedai kalau nak makan. Siap ada pelampung, jajan2 orang jual.
Kami beli ais kat situ.


Kami siapkan pinggan, cawan, sabun basuh pinggan, air masak, cutleri & tikar


Photo sebelum gerak ke sana



Thanks Rosma sediakan nasi lemak.


Sepinggan nasi lemak di sungai


Orang pun start ramai lepas kami siap setup tempat pasang tikar.
Sekitar kul 10 lebih, orang berpusu-pusu datang.
Takde tempat berpasir untuk park tikar.
Namun nasib baik ada batu yang landai. Kami boleh la hampar tikar dan letak barang.
Btw... Banyak MONYET ye....

Siap rebut-rebut makanan dari pengunjung.
Serbu dan kacau makanan pengunjung,
Mula-mula tengok orang lain yang kena.
Last-last kami kena jugak.
Kami tinggalkan barang pergi mandi sungai, dalam duk ralit tu monyet datang.
Monyet larikan tupperware telur & timun.
Jadi rezeki monyet la beberapa bijik telur tu.
Sempat la pengunjung lain tolong bantu amik tupperware kami semula.
Lawak plak. Huhuhu








Nah. Perangai macam monyet. 
Macam ini la.
Suka merampas orang punya makanan. Hahaha










Air tak dalam pun, tetap nak Encik Suami ada.
Sejenis yang apa-apa je mesti nak laki ada. 
Rasa kalau jadi apa2, laki akan tolong..Hahaha








Kami melepak depan air terjun.
Air tak dalam. Sekitar betis aje.
Sesuai la untuk aku yang tak reti berenang ni nak berendam.
Macam badak air.


Oh ye, Encik suami tak berapa sihat. 
So, pukul 12 tengahari kami turun untuk salin baju dan makan nasi lemak kali kedua sebelum balik.
Tempat salin pakaian tak berapa selesa.
Banyak bilik persalinan yang takde kepala paip, yang rosak kepala paip dan pakai air takung sahaja.
Bayaran untuk ke bilik persalinan/toilet RM 0.50
Cermin walaupun kecik tapi ada 3-4 cermin kat basin. So takde la nak berebut guna kan.

Cuaca macam mendung masa kami turun dari air terjun.
Elok je lepas kami siap salin baju cuaca terang semula. 
Time tu pengunjung masih ramai yang baru datang.
Pengunjung yang datang dari pagi, rata-rata semua dah turun sebab cuaca mendung tiba-tiba masa tu.


Bergambar kenangan dengan Encik Suami.

Terima kasih dalam keadaan sakit2 pun nak jugak bawak i mandi sungai.


With Rosma si kaki jalan


Bergerak balik sebelum zohor dah sampai rumah.
So apa lagi, membasuh la kain2 yang dah menimbun kat bilik tu.
Suami batuk dah seminggu ni. Test semua negetif. Musim orang demam dan batuk sekarang ni,.


Ok. Bye
XoXO

3 comments:

norhidana said...

cantik air terjunnya, tapi akak jarang ke air terjun.Bila ada makan-makan lagi meriah kan, penat main air lapar kan

Mama Zharfan said...

i dh berkurun tak gi mana2 air terjun...aging factor kot hahhaah zmn2 muda2 dulu ada jugak lah pegi waterfall ni

Syazni Rahim said...

Bestnya gambar yang dihujani air tu!