Dah hampir 12 tahun bawak bekal ke opis
(Ada masa setiap hari bawak bekal/ada masa 1-2x je seminggu/ada masa xde bekal pun seminggu tu)
Ada masa aku sengaja tak bawak bekal sebab nak join opismate makan kat hawker.
Sebelum ni, suami & kak ipar ada bagi tupperware.
Tapi aku rasa tupperware macam payah nak hilang kesan minyak & bau lebih2 lagi kalau masakan jenis sambal gitu.
Tapi diakui tupperware memang tight dan tak mudah masuk angin.
Kalau letak keropok/kerepek, memang tak masuk angin.
Aku pulak bekal memang masak lauk masakan melayu aje.
Masak merah. Asam pedas,Gulai. Semua tu berminyak dan tinggalkan bau masakan.
Jarang2 ada sediakan bekal light2 menu mcm salad, sandwich, wrap (stok2 mknn yang tak berminyak)
Aku tengok satff cina opis aku ni banyak pakai bekas yang kaca/aluminium.
Jarang la nampak dorang pakai tupperware.
Terjebak jugak aku beli . Hahahaa..
So kali ni aku try beli bekal jenis kaca.
Nah sekali beli 4 set.
- Set kecil
- Set besar (1 compartment)
- Set besar (2 compartment)
- Set besar (3 compartment)
Beli sekali papan pemotong set dengan pisau & pengupas kulit buah
Tapi ni bekas2 yang murah aje la.. Hahaha..
Xde la jenama hebat2 yang tight giler tudung nya.
Tapi so far aku try, tudungnya ok aje tak tumpah.
Tapi diakui penutupnya still plastik dan susah jugak nak basuh.
Tapi Jarang2 aje kuah kena tudungnya. Kannn..
Harap memudahkan la untuk urusan cuci bekal.
Aku ni stress betul kalau lama berdiri kat sink tu cuci tupperware.
Sebab payah sangat nak hilangkan minyak.
Bekal kedai RM2 pun tak macam tu.
Psst : Ku anggap ini hadiah wedding anniversary ke -10 untuk diri sendiri. Hahaha
Ok. Bye
XoXO
3 comments:
cute je bekas2 kaca gini :)
happy 10th anniversary ya!!!
hyy boleh tahu beli kat mane ? i terpecahkan my mom pny bekal same like urs, also hpy anniversary!!
Cactus : I beli kat shoppee, taip bekas kaca kompartment. mesti ada
Post a Comment