Selamat Menyambut bulan Ramadan 2023

Assalamualaikum... Hai Semua...


Selamat menyambut bulan Ramadan semua...

Minggu terakhir sebelum ramadan, plannya nak la shopping keperluan masak untuk bulan Ramadan.
Barang kering dah siap beli di SpeedMart.
Barang basah tak sempat nak topup. Sabtu ahad bizi. Tak sempat ke Pasar.
So, rabu nanti la beli di Pasar Malam.
Ala beli Ayam & Sayur aje.
Kalau ada ikan sungai beli sekali untuk MIL.

Beli terus untuk 2minggu atau kalau boleh tahan sebulan, cari terus untuk sebulan. Senang. Hehehe..
Mungkin sesetengah orang kata tak fresh kalau barang simpan sampai 2,3minggu.
Tapi bagi kami takpe la, janji ada dalam peti.
Senang. Cumanya tengok setakat mana muat peti la.. Hehehe.
Rasanya muat max stok untuk 2minggu aje.

Maklum la Aku ni mek lembik.
Berjalan musim "puasa" memang lembik.
Tahap macam kebulur pucat muka2..
Tu yang aku nak terus shopping untuk puasa & raya sebelum puasa start.
Hehehe..

Semoga Ramadan kali ni membawa seribu kerahmatan untuk kita semua.
Mengeratkan lebih hubungan keluarga.
Yang mana ada mak ayah, datang jenguk la mak ayah.
Yang mana mak ayah kat kampung, pulangla balik berpuasa dengan mak ayah.





Pssst : Ada orang tu, dah TERPAKAI baju raya semalam. Hahaha. Penangan nak pergi kenduri kesyukuran kawan.. Nasib baik baju raya murah, nak  beli 1 lagi la.. Hahaha


Ok. Bye
XoXO

4 comments:

Fieza Sani said...

Sama lah kita, jenis suka beli bahan mentah kalau boleh biar penuh dalam peti ais tapi tengok semuat mana yang boleh masuk. hehe. Memang ada orang tak suka buat stok bahan mentah lama dalam peti ais sebab tak fresh tapi saya suka bila buka peti ais ada benda nak di masak..

Afzan said...

saya pun meklembik tak nak keluar cari barang bulan puasa...so seblm puasa kita dah siap2 semuanya

Mama Zharfan said...

bab lembik tu sama laaaa
haaaa weolls satu family dh shopping bj raya sedondon ari ahad lps sbb tak mau kuar shopping bln puasa hahahah

norhidana said...

akak niat ada tapi malas, sebab tak tau tahap apa keerajinan nya akan datang tu nanti hehehheh