31 Oct 2023
Ni follow up pertama untuk FET ke2.
F.E.T (Frozen Embrio Transfer)
Bulan 7 miscarriage dan doktor bagi pil yasmin untuk dimakan selepas period bulan kedua/ketiga lepas miscarriage.
10.10.2023 - Period Day 1
11.10.2023 - Period Day 2 dan start makan pil yasmin
31.10.2023 - Follow up pertama
Ubat Yasmin
Jumpa doktor scan dinding rahim ketebalan OK iaitu 6.7mm.
Aku kena inject di punggung (ke dalam otot). Agak sakit sikit la berbanding inject biasa masa kita demam (cucuk sekadar bawah kulit). Kalau inject ke otot memang sakit sikit la.
Doktor suruh tunggu Period bulan 11 (Day 3 period makan ubat PROGYNOVA 2MG )
Aku masih ada ubat balance dari IVF pertama.
So guna yang itu je. Jimat kali ni
Inject kat punggung :
What is Diphereline used for? This medication is used as adjunct treatment in assisted reproduction methods (most often as a supplement to hormone stimulation).
Masa IVF pertama ubat ini jugak disuntik 1month before FET
Note : Selepas cucuk ubat ni, kena pastikan FET dilakukan dalam masa sebulan
ubat injection harganya RM474 sejarum. Lemahhhh mak tengok harga.. Huhu
Balance Progynova 2mg aku ada sekitar 29bijik lagi.
Ruangan menunggu dan kena baring di sini untuk injection
Jadual makan ubat progynova
Next follow up kena bayar FET kos
FET : RM 2191
Thawing Embrios : RM 3450
Tak termasuk ubat & doktor consultation
Bill kali ni.
Agak mahal sebab ubat injection harganya RM474 sejarum
Encik suami please cari duit banyak-banyak untuk isteri.
Tenkiu mak sebab bagi dana sikit untuk FET kali ni.
Terharu laju-laju.. Sobssss
Semoga semua dipermudahkan untuk FET kali ni.
Harap membuahkan hasil dan baby dapat survive sampai selamat dilahirkan.
XoXO
10 comments:
morning di sini...
moga usaha kali ni membuahkan hasil ye.. aamiin
keep on strong!!!
alhamdulillah .. cik suami always support & be at your side...
Tenkiu Mummy Ayu.. HUGSSS
Allahu, mudah-mudahan ada rezekinya kali ni dear 🤲 akak doakan...
smoga ada rezeki baby dan dipermudahkan segala urusan utk FET....kwsp ada bole buat pengeluaran utk yg buat IVF ni..aritu tgk kwn guna portion kwsp tu..tp dia byr dlu claim kemudian
Insyaallah..
semoga Allah perkenankan doa Hani & suami.
semoga semua proses dipermudahkan.
Allah sebak pulak ammi masa menaip ni. Insyaallah Allah sentiasa ada
Selalu semangat kaaak ❤️. Tak mudah program ini memang, tapi saya doakan Kaka dan en suami sabar melalui semua dan program bisa berhasil. Dilancarkan juga rezeki kalian yaa 🤗..
semoga dikurniakan zuriat yang sihat dan comel nanti. InsyaAllah... ada rezekinya untuk orang yang tidak berputus asa
semoga ada rezekinya kali ni hani... amiinnn
Terima kasih semua atas ucapan. Sabar jap... Daku akan terjah blogwalking ke kediaman blog kalian... Hehe
semoga dipermudahkan urusan Hani dan suami & dikurniakan cahaya mata..amiin2..
Post a Comment