Appointment MIL

Assalamualaikum... Hai Semua...


Last week, aku ambik cuti sehari temankan suami bawak mak mentua ke Klinik Kesihatan Kapar (KK) untuk check up. Sebelum ni kerap aku teman suami ketika masih di bangunan lama KK Kapar. Ini kali pertama aku join mereka check up di bangunan baru KK Kapar. Aku memang plan nak ikut kali ni, sebab nak tahu proses check up di bangunan baru. Kalau masa bangunan lama pun, memang aku dah master dah bab proses check up dia macamana. Hehehe..

Nasib baik aku teman, rupanya aku yang urus semua sebab suami bizi dengan phone call urusan kerja.. Hihi. Takpe memang aku yang nak amik tahu hal check up ni, senang nak pergi next check up kalau suami kerja, aku boleh pergi sendiri.


Sources : Google
KK Kapar yang dah dinaiktaraf


Sources : Google
Parking makin banyak, fasiliti makin selesa.

Sources : Bangunan lama
Dulu selalu berebut parking, pastu menuggu di luar sebab sesak kat dalam walaupun bukan musim PKP


Appointment pukul 10.00 am, tapi kami sampai pukul 10.30am, orang tak ramai sangat. 
Bagi kad dulu kat kaunter luar, dorang mintak IC pesakit. Kemudian masuk ke dalam untuk pendaftaran. Kat sana dapat nombor dan diminta ke Bilik No 6.

Sampai Bilik No 6 (kencing manis), letak kad dan tunggu no dipanggil. Masuk bilik No 6, nurse check berat dan bacaan gula. Oleh kerana bacaan gula bawah 4, kena ke bilik No 12 untuk minum air gula dah tunggu 15minit. Kemudian ke bilik no 6 semula untuk check bacaan gula kali ke2 (bacaan6.6).
Proceed ke bilik 3 jumpa doktor. 

Seterusnya ke kaunter appointment untuk dapatkan tarikh appointment seterusnya. 
Lastly pergi farmasi amik ubat dan balik.
Dalam masa 1.5jam dah setel. Alhamdulillah.


Menunggu giliran.
Selesa sangat KK Kapar yang baru ni
Banyak kerusi, sejuk, toilet selesa.
Tq kerajaan.

Moh la pulang ke rumah.


Eh kita singgah makan dulu la habuan balik klinik



Sebeban ubat

Aku yang urus mak mentua masa jumpa doktor. So memang aku bagitahu semua penyakit dan ketidakselesaan mak. Gatal, tak selera kan, itu ini. 
Nahhh puas hati dapat ubat itu ini.
Gunakan semua kebajikan yang gov bagi ni.
So dapat lotion & ubat sapu untuk gatal.


Kat dinding bilik memang aku siap letakkan aturcara makan ubat sebelum ni

 

Ok. Bye
XoXO

19 comments:

Lydia Miza said...

sejuk kerusi banyak dan tandas bersih tu best nya. bab tandassangat penting

nohas said...

parking banyak tu yg best, kalau x, stress pusing2 cari parking...

bagus facilities KK Kapar bangunan baru...

AzianKhalil said...

bestnya klinik baru kan... rasa macam have have gitu tengok semua benda baru..hahaha

fanny_dcatqueen said...

Wiihhh jadi baguuus bangunan dan fasilitas setelah di renovasi 👍👍👍. Pasien yang berobat pun merasa nyaman kan jadinya.

Banyak juga obat yang diberi ya kak. Apapun, semoga Mak mentua selalu sehat2

Warisan Petani said...

Biasa kalau pegi klinik atau hospital kerajaan, masalah utama nak cari parking

Puan Hazel said...

KK ni pun nampak tak crowded, mudah la urusannya ye alhamdulillah
Sihat2 selalu hendaknya Makcik ye 🤲

Jaja Ahmad said...

Biasa pi KK Kapar ni hantar kek je 🤭. Dari yang lama dulu sampai la yang baru ni. Yang baru ni mudah sikit nak parking kan sebab banyak parking belah belakang tu.
Moga sihat² je MIL hani ye 😊

Mama Zharfan said...

i selalu rasa kagum tiap kali baca entry u psl how u jaga ur MIL. barakallah fiik

Han Hanni said...

Betul.. Lebih2 lg bwk orgtua. Mmg nk keselesaan no 1

Han Hanni said...

Betul. Parking byk mmg rs lega. Tp klu kul8 rs parking penuh aje

Han Hanni said...

Betul.. Selesa betul. Ekon sejuk betul

Han Hanni said...

Terima kasih ats doanya

Han Hanni said...

Betul wak. Siap bergaduh dgn pak guard. Hehe

Han Hanni said...

Haah. Dah pindah bangunan baru utk kes2 follow up

Han Hanni said...

Betul. Parking belakang byk. Senang nk tolak kusi roda sbb jln tar berbanding parking tepi jln susah nk tolak kusi roda sbb ada rumput dan batu

Han Hanni said...

Betul. Parking belakang byk. Senang nk tolak kusi roda sbb jln tar berbanding parking tepi jln susah nk tolak kusi roda sbb ada rumput dan batu

Han Hanni said...

Terima kasih kak. Skdr membantu suami jlnkn tggjwb dia. Xde sape nk susah, klu kita xbuat kite pun sama mcm orglain yg xbuat. Doakan sy dipermudahkan

Muhamad said...

Salam puan. Maaf nak tanya. Kaki mil dah tertutup semua ke luka.saya juga baru operation di tapak kaki. Dalam 60% dari tapak kaki besarnya.lambat baik rupanya luka di tapak kaki ye.

Han Hanni said...

Muhamad : Hampir 6tahun, kaki masih belum bertutup. Skrg sebesar saiz duit 10,20sen macam tu. tp lamaaaa sgt tempoh nk kecik luka tu. Dan kdang2 luka tu akan mengeras kulit di keliling luka. Tu kulit mati, so kena buang. Dripada luka 100%, amik masa 6 bulan je untuk jdi sekitar 10% luka. Tp tu la, yang 10 % tu nk tertutup susah sgt. Sbb tu smpai skrg kaki xbertutup. Faktor usia pun ya. MIL dh 70 lebih.