Declutter & Recycle baju

Assalamualaikum... Hai Semua...


Koranggggg.. Bila last korang sorting baju dan buat declutter?
Kami ni dah lupa bila last kami buat declutter pakaian kami.
Kami suami isteri ni selalu beli pakaian.
Di mana?
B.U.N.D.L.E
Ye.. Bundle.
Baju murah so kerap la kami beli kalau berkenang.


So, kali ini kami buat declutter untuk buang baju yang dah lama tak pakai, baju yang konon sayang tapi tak pakai pun, baju yang konon akan kurus tapi takde kurus-kurus pun.
Hasilnya 3 plastik besar baju yang kami taknak.
Aku buang baju-baju yang lebih 1tahun aku tak pakai.
Baju kurung zaman belajar yang dah tak muat aku buang walaupun sayang.
Taknak tengok lagi sebab serabut.

Baju sejuk banyak aku buang. Sebab rasa lepas ni macam takde peluang dah eh nak pergi oversea eh...
Hahaha..
Kebanyakan baju2 sejuk ni dapat free. So aku rasa tak sayang la nak buang.

Aku usha-usha dan nampak tong recycle masa gi Puncak Alam ketika jogging dulu.
So, amik peluang la sambil-sambil jogging/cari makan kat Puncak Alam, kami terus hantar pakaian recycle ni masukkan dalam Tong Recycle tepi jalan.



Nahhh.. 3 plastik baju hasil declutter kami ni





Kerja memasukkan pakaian ke dalam tong



Penat declutter, mohla kita tambah tenaga.
Singgah makan di Debunga, Puncak Alam
Sini banyak lauk.. Suka sangat


Untuk suami, dia nak yang manis-manis sahaja
Termasukla manisnya aku dalam hidup dia. hahaha



Ok. Bye
XoXO

3 comments:

Lydia Miza said...

sayangnya baju sejuk..tapi betul la.kalau rasa tak pakai lebih baik usir dia dari rumah kita,hehe..LM baru asingkan pakaian aish dan syahim tadi. slow slow buat tu pun sebab bosan

Tinta Farah D said...

Saya hantar kat tong Mydin dekat dengan rumah, bila dah buat rasa lapang sangat, sebab tak da barang terkumpul.. hehee

Mama Zharfan said...

MZ kerap la letak baju dlm tong recycle tu...tiap kali kemas wardrobe..tahun ni ajer dh few times laaa buat ops declutter tu tp mcm baju masih byk jugak dlm almari/drawer heheheh