Ayoh warded kali ni agak teruk

Assalamualaikum... Hai Semua...


Lama tak bersiaran.
Banyak hal jadi..
Kat opis dah segan aku nak buka blog sejak pindah ke HQ.
Dengan laptop xleh connect wifi rumah.


Bulan June ni kerap pulang Terengganu.

Mula2 balik sebab suami ada kerja di Terengganu & dia jugak join kawan2 candat sotong lepas settle kerja nya. 

2minggu lepas tu, kami balik plak sebab ayoh aku masuk wad.. So kami balik Terengganu, tapi aku stay sana amik cuti seminggu dan duduk Terengganu 10 hari. Tapi suami stay just 4hari sebab kena kerja.
Gilir2 jaga ayoh waktu malam.
Next weekendnya, suami balik Terengganu semula sebab nak amik aku bawak ke KL.
Walaupun aku boleh naik flight, suami insist nak amik sebab nak jenguk ayoh di wad lagi sebelum aku balik KL.

Masa aku balik Terengganu awal2 bulan June tu, seminggu lepas tu memang dalam group whatssap family ada riuh pasal ayoh leloh aje bila malam xboleh tidur. Dgn mak-mak aku sekali la xleh tidur sebab ayoh aku riuh malam2 sebab leloh.

Ajak ke hospital taknak. pujuk berhari2 taknak ke hospital. Last-last abang aku dukung aje bawak ke hospital.
Last month masuk wad masa hari raya ke4 pun suami aku dukung aje bawak ke hospital time tu.


Family adik perempuan aku bawak ke hospital.


Mula-mula Ditahan wad ICU untuk doktor pantau sekitar 2 hari.
Pastu pindah ke wad 7 (still ditempatkan dekat dengan meja nurse). Sebab masih dalam keadaan membimbangkan.


Keadaan masa mula-mula warded
Just pakai topeng hidung

Kemudian sekitar 2hari lepas tu, ayah kritikal. Tak boleh bernafas puas walaupun pakai topeng hidung.. Masa tu tengah2 malam, mak baru beberapa jam balik berehat di rumah, abang aku yang tengah jaga ayah call katanya ayah teruk dan pucat, doktor dah ramai kerumun. Muka pucat, panic menyebabkan ayah xleh bernapas elok. Time tu jugak doktor nak masukkan tiub susu, bertambahlah panik dengan xleh napasnya. Makanya ayah aku teruk masa tu.

Aku plan nak balik Jumaat. Terus cancel dan balik tenghari khamis lepas bagitahu bos nak ambik half day cuti hari tu. Kemudian aku whatssap bos nak apply cuti seminggu untuk bantu jaga orang tua di ward. Bos sangat baik dan memahami.


Semua adik beradik aku balik khamis tu. Malam tu sampai, tak putus-putus adik beradik aku naik jumpa ayah. Bertukar2 orang. Terima kasih kat pengurusan hospital yang membantu memudahkan urusan. Sangat appreciate it.


Dari topeng hidung, terus dipakaikan topeng besar penuh muka dengan level oksigen yang lebih tinggi.


Adik yang datang kul 1 pagi sampai dari Seremban.


Beberapa hari tak boleh makan, makanya doktor masukkan tiub susu.
Merasa la kami jaga ayah kali pertama diberi susu guna tiub.
Keadaan sangat teruk dengan bibir kering dan lidah kering/pecah2..
Keadaan berlarutan sekitar 3-4hari.
Tapi kami keep bagi air zam zam satu dua teguk untuk elakkan kering di lidah. Sementara di bibir pakaikan pelembap.


Kami buat solat jemaah dan solat hajat.
Tak semua join sebab kekangan jaga anak kecil, dan ada yang dihospital.


Mak jaga siang hari.
Anak2 plak gilir2 jaga setiap malam.
Rasanya tak pernah ayah aku duduk hospital tanpa penjaga.
Ada je yang tunggu sebab nak emosi dia ok.
Kalau takde orang dia panik.

Waktu melawat adik beradik datang melawat berganti2.
Aku rasa sebab anak-anak semua balik, jadi ayah kuat semangat.


Sekitar seminggu di wad, baru ayah ditukarkan pakai topeng hidung semula.

Pakai topeng hidung semula.
Mak aku panggil topeng belalai gajah. Heheh
* ayah tengok telefon nak cari gambar cucu *


Pakai topeng hidung semula.
So, dah boleh start makan bubur
Hari pertama ayah beransur ok dan diubah dari topeng besar ke topeng hidung, time tu semua adik beradik aku dan start beransur balik ke KL/rumah masing2. Just aku yang stay seminggu lagi untuk bantu jaga di hospital/urusan rumah.

Kemudian ayoh bertambah elok, dipakaikan wayar oksigen bawah hidung.

Dah start pakai wayar oksigen bawah hidung saja.
Tapi ayah demam plak.
Oh ye.. Semua orang kat rumah aku demam.
Aku pun demam. 
Mak je yang masih bertahan tak demam.

Ada kuman dalam darah ayah dan kena on antibiotik.

Beberapa lepas tu ayah boleh balik.
Ayah yang mintak nak balik.
So, doktor bekalkan ubat antibiotik untuk dihabiskan di rumah.



* Selingan : Si kecik berdua baik saja perangai, orang tua sibuk nak urus tokki*

Tak boleh naik wad. Kesiannn..

Alhamdulillah.. ayah boleh balik.. Oksigen dah ok. Tinggal habiskan ubat antibiotik saja.
Hari aku balik KL paginya, petang tu ayah nak balik rumah.
Ayah stay hospital sekitar 15hari.




Singgah beli pisang goreng habuan makan petang.



Cucu dan ada tokki semula kat rumah.
Kacau tokki larikan chamber inhaler tokki. Hahaha



Tempat paling indah di rumah sendiri.


Adik beradik g farmasi nak tanya soal sewaan mesin oksigen.



Team adik beradik yang ada di rumah sehingga ayah pulang dari hospital.
TERIMA KASIH...
Yang sebenarnya susah..
Yang sebenarnya berkorban..
Yang sebenarnya lebih banyak berbakti..
Yang sebenarnya ada disisi.
Hanyalah adik beradik yang serumah/dekat dengan mak ayah..
Yang Jauh membantu dari segi wang dan sering pulang membantu.Sering tanya khabar.
Semoga Allah memberkati semua.
Semoga Allah memudahkan urusan semua.
Yang jauh Yang dekat. Yang ada yang tiada.
Semua membantu. Semoga Allah memberi pahala untuk semua.
Doakan aku semoga seluruh adik beradik & ipar duai bersatu padu.
Terima kasih kat ipar duai..
Terima kasih memahami pasangan yang hendak ke hospital, 
Terima kasih uruskan anak sendiri semasa adik beradik aku sibuk ke hospital.
Terima kasih ipar duai yang turut sama naik bantu urus rumah memasak dan mengemas.
Terima kasih semua.



Ok. Bye
XoXO