Raya Haji 2022

Assalamualaikum... Hai Semua..

Selamat Hari Raya korang?
Dah start keja ke?
Amacam raya korang? Syok? 

Memandangkan suami dan aku boleh dikatakan kerap balik ke Terengganu kali ni sebab urusan kerja suami & ayah aku yang uzur, makanya raya haji kami tak balik Terengganu. 
Baru 4-5hari balik Kapar pastu dah raya haji. So, kami stay saja kat Kapar sambut raya. Penat drive masa balik KL pun tak hilang lagi. Lagi pulak aku rasa mesti jem LPT1 ni musim2 raya ni. So, kami decide nak stay kat rumah saja.

Ketika aku balik Terengganu masa ayah aku warded, mak mentua aku dijaga oleh ipar aku sebab suami seminggu sekali balik kampung hantar dan ambik aku dari kampung. Makanya mak mentua akan stay rumah kak ipar sebulan. 

Sabtu - Sebelum Raya 

Sabtu petang raya suami bantai melepak dengan kawan dia dari petang sampai ke lewat malam. So, takde la aku nak gigih start kereta g beli barang masak untuk rendang. Ada plak jemputan makan dari geng Uni dulu lagi la aku malas nak masak menu raya memandangkan hanya aku berdua saja dengan suami kan..

Pukul 1 pagi suami balik bawak GCB Mcdonalds. Lagi mau tanya kenapa aku gemuk? Hahahaha
Aku kat rumah melayan takbir raya kat TV aje la.

McD di jam 1 pagi..

First Raya

Pagi raya banyak kedai tutup, so kami masak maggie goreng saja, makan dalam bilik tengok neflix. Melepak tengok neflix hingga tengahari, pastu bersiap g jemputan rumah terbuka dari geng Uni. Duduk kawasan India, so takde la sekitar ni buat korban. Kalau nak, kena tumpang kampung lain area sini.

Thanks Chem & Angah atas jemputan.
Sedap semua menu nya.

Melepak sana hingga petang pastu suami ajak g Mitsui KLIA katanya nak cari jam sampai jalan-jalan ler. Ramai jugak orang musim raya ni. Semua berpakaian baju raya..



Selamat Hari Raya Aidiladha 2022

Makan pagi raya santai tengok neflix


Hadiri jemputan dari kawan

Berkumpul 3 keluarga

Ni semua geng lelaki yang pernah serumah dengan suami zaman bujang

Selingan : Kita tengok adik beradik yang sempat berkongsi gambar raya dorang.

Adik perempuan di Marang rumah mentua

Abang sulung di PutraJaya

Kak Ipar kedua di Seremban.

Adik lelaki di Seremban


Azka anak sedara yang obses dengan lembu


Kami pekena ais krim di Mitsui KLIA. Upah berjalan. Hahaha.. 


Second Day Raya.

Pagi tu suami kata nak ke rumah kawan dia. Ada besday party. Aku on aje.
Eh. sempat plak di suruh buat Sup Ikan dulu pagi tu.
Bantai dulu breakfast makan nasi putih dengan sup ikan.
Tengahari gi rumah kawan di Subang.
Makan2 pastu balik rumah takde nak melepak mana. Pikir nak berehat kat rumah aje.


Takde baju raya. Aku pakai baju zaman belajar dulu.
Nasib baik muat, tapi ketat la berbanding dulu. Hahahah.

Esoknya sepatutnya kerja. Tapi aku M>A>L>A>S..
Hahahaha.. Aku amik EL. Duduk rumah .


Selingan : Katil hospital dah sampai untuk ayah.


Selamat Hari Raya AidilAdha 2022.
Semoga mendapat keberkatan hendaknya.

Ok. Bye
XoXO

2 comments:

norhidana said...

jadi ada jalan-jalan di hari cuti kan, tahun ni hani tak balik ke terengganu ye... maintain la tu baju zaman sekolah masih muat lagi

Mama Zharfan said...

salam eidul adha
cantik la gmbr2 3 family kat gazebo tu