Abang nikah ketika cuti CNY 2023

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku dulu 2013 pun nikah masa CNY.
Kali ni abang atas aku nikah pun masa CNY.
Mak aku seminggu datang ke KL kali ni.

Sabtu 21 Jan 2022
Mok Ayoh & 2 adik beradik aku datang dari Tganu... Sampai di rumah abang sulung aku di PutraJaya pada pukul 3.00 petang. Aku dan suami pulak hari ni mengemas bilik MIL selepas setel balik cuci kaki di Klinik Puchong. Settle bagi MIL makan semua, pukul 5.00 petang kami suami isteri ke rumah abang sulung untuk jumpa mak dan adik beradik. Pukul 9.00 malam kami balik ke Kapar semula. Adik-adik aku pakat mintak aku tido sana, tapi aku nak balik Kapar urus MIL esok paginya dan plan cuma nak tido di homestay untuk majlis kawen nanti saje.

Settlekan MIL dulu sebelum g rumah abang sulung


Bersembang dengan ayoh

Anak saudara di rumah Pak Ngahnya

Ahad 22 Jan 2022
Pukul 1 tengahari aku sampai rumah abang sulung. Belikan mak bubur & ubat sakit tekak. Mak tak berapa sihat. Pastu kami 8 beradik masuk homestay. Abang sulung tak duduk homestay (Rumahnya 2minit aje dari homestay, hehehe). Aku kalau nak makan aku balik rumah abang sulung aku. Ada la makannya nanti.. Hehe

Bilik gegadis bujang.

Homestay selesa ada 5bilik. Suami balik ke Kapar pukul 6.00 petang untuk bagi makan MIL. So aku sorang la tido di homestay. Suami xtido sana. Sebilik la aku dengan adik perempuan aku tu..
Riuh rendahla anak2 sedara bermain dalam dan luar rumah. Sakan..
Malam tu, kami keluar jalan-jalan sekitar masjid besi putrajaya tu, eh ada plak insiden anak sedara jatuh. Nasib baik takde apa-apa.



Anak sedara main kad. Hahaha

Selepas insiden jatuh.Nasib baik takde apa2 yang teruk. Just luka biasa.


Isnin 23 Jan 2022

Pukul 9.00 pagi suami datang. Majlis Nikah abang aku pukul 11.00 pagi. Eh, nak dijadikan cerita pagi tu jugak ada urusan solat jenazah so kami xde bergambar2 dia masjid.
Kami balik bergambar di homestay. Suami balik pukul 1 tengahari, sebab nak dia temankan maknya plak di rumah.

Eh, Pengantin Lama 


Selamat Pengantin Baru Razif & CikLina
Ni abang yang paling aku kerap gaduh dulu masa kecik, membawak ke sekolah menengah. hehehek

Kami dengan mok ayoh dan pengantin

Cukup 9 orang anak . Menantu sorang takde sbb pantang. Cucu takde 3 orang sebab mamanya pantang


Mommy Daddy



Selasa 24 Jan 2022
Pukul 12 tengahari check out. Kami kemas homestay siap vacuum sebab tahu ramai budak kan, mesti bersepah aje rumah kan..
Lepas check out, pergi ke rumah abang sulung makan tengahari di sana sebelum bergerak ke rumah masing2. Ada yang balik Tganu semula, ada yang naik ke Cameron, ada yang balik Seremban dan Puncak Alam. Aku tumpang abang ngah aku balik Puncak Alam. So, satu hari ni suami tak perlu datang kat parents aku. Aku suruh stay dengan MIL aje di rumah.


Bergambar sebelum keluar homestay


Bergambar sebelum masing-masing balik destinasi masing-masing



Rabu 25 Jan 2022

Kerjaaa..
Suami datang jemput aku di rumah abang pastu kami g kerja.

Mok Ayoh akan balik semula ke Tganu sabtu ini..
Semoga semua selamat dan dipermudahkan.

Pssst : Berkumpul macam ni, harap boleh berterusan sampai bila-bila. Terima kasih terutamanya kak family abang sulung & kedua yang banyak menyumbang bab makan, homestay & hal mok ayoh. Bila bagi duit, menolak. So aku bagi kat anak2 mereka la. 


Ok. Bye
XoXO

3 comments:

norhidana said...

tahniah dan selamat pengantin baru buat abang Hani, tapi kenapa gambar pengantin lama tu stokin sebelah lain-lain, sebelah coklat gelap, sebelah lg coklat terang heheheh.

Mesti seronok kan dapat berkumpul jumpa mak abah dan adik badik lain.

Suria Amanda said...

Seronok sesekali bila berkumpul kan...kenangan semua ni...

Warisan Petani said...

Tahniah buat mempelai dan seluruh ahli keluarga