Shopping kerusi roda untuk MIL & Ayoh.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Orang lain shopping stroller baby sampai dua sebab baby twin... Hehehee...
Kita plak shopping kerusi roda dua sebab orang tua masing2 dah semakin uzur.
Tapi kerusi roda yang kami beli ni paling murah la.. Hehehe..

Survey kat 2 tempat.
Big Pharmacy di Damansara Utama dan kedai Safe & Well di Lotus Setia Alam.

Mula-mula balik kerja singgah di Big Pharmacy. Untuk Ayoh aku dah dapat idea nak beli yang mana.
Sebab kriteria kerusi roda untuk ayah aku cumalah hanya yang sesuai untuk bawak ayoh aku bergerak. Itu aje. Takde nak specific ringan la, nak yang kecik la, nak yang mudah lipat ke..
Kami just beli untuk ayoh guna masa datang KL daripada Terengganu. Nak tolak incase ayoh nak ke toilet atau ke masjid masa abang aku nikah di Putrajaya minggu depan *(so exciteddd !!). Dan kerusi roda ni akan diletakkan kat rumah di kampung untuk kegunaan ayoh. Boleh la guna untuk kegunaan ke hospital bila lelah, nak jalan2 ke..


Di Big Pharmacy :

Pilihan tak sebanyak macam di Safe & Well (Lotus Setia Alam), tapi masih ada beberapa pilihan jugak la berbanding dengan pharmacy kecik yang lain.


Daripada kaca luar dah nampak bersusun kerusi roda.






Ini lebih kurang macam kerusi roda pertama yang kami beli dulu tahun 2018.
Tapi kerusi roda tu dah rosak.



Bila tutup, jadi kecil.
Lebih ringan berbanding yang biasa.
Tapi kali ni, kami tak beli pun kerusi roda jenis ini.


Tadaaaa.. Kerusi Roda untuk ayoh aku.
RM 275
(Paling Murah) Lebih kurang yang macam hospital guna.
Guna jarang-jarang je, so setuju untuk beli yang biasa-biasa je..


Gigih aku nak masuk peraduan ni lepas beli susu MIL.
Mana tahu rezeki dapat  Thermomix. Hehehe



Di Safe & Well :


Pastu kami ke Safe & Well pulak nak try cari kerusi roda atau kerusi mandikan pesakit kalau ada. Tapi kebanyakan kerusi untuk pesakit mandi/buang air rodanya tak seperti tayar kerusi roda. Roda tayarnya kecik dan tak sesuai untuk bawak MIL ke bilik air. So kami plan nak beli kerusi roda kedua aje la untuk MIL. MIL dah ada kerusi roda kat rumah (kerusi roda seat jenis kain bukan kulit so xboleh bawak mandikan MIL atas kerusi roda tu)



Di Safe & Well, lebih banyak pilihan kerusi roda & portable toilet chair


Stroller baby pun ada kat sini.
Kat sini jugak ada service untuk baiki kerusi roda & trade in (atas keadaan kerusi roda)




Yang kiri lebih ringan dan kecik (RM 379).
Seat kain so xboleh bawak masuk bilik air
 Tapi bila duduk, tak sesantai kerusi yang sebelahnya.
Kerusi satu lagi besar dan berat, tapi bila duduk sangat santai (RM 279)..
Seat kulit , saiznya besar so muat2 (agak struggle) untuk tolak masuk ke bilik air kalau ikut saiz pintu bilik air rumah aku.


RM379 untuk kerusi tadi yang kecik.


Suami berkenang yang ni RM479.
Sebab kecik dan sesuai untuk pintu bilik air yang kecik jika nak  mandikan MIL.
Tapi jenis ni takde yang seat kulit, cuma ada yang kain.
So xboleh la beli untuk kegunaan bilik air.


Finally kami beli yang paling murah untuk mandikan MIL
RM279
Kami cari yg kriteria seat kulit saja.
Saiz lebar, tapi kami nak tanggalkan rim bulat tepi roda tu untuk kecikkan kelebarannya.


So kesimpulannya, kerusi roda untuk Ayoh aku (RM275) & mak mentua (MIL) RM279 adalah dari jenis yang sama.
Harga berbeza RM4 sebab kedai lain-lain.
Yang jenis ni paling murah di pasaran & takde brek di tangan. 
Cuma ada lock di roda kalau nk kuncikan roda xbagi bergerak.


Aku pun dah hantar kerusi roda ayoh aku ke rumah abang aku semalam. Hari ni, dia akan balik Tganu untuk jemput mok ayoh aku ke KL ni untuk ke majlis kawen abang aku. Tak sabar nak jumpa mereka semua pada sabtu/ahad ni.
Plannya sabtu aku nak kemas bilik MIL dulu. so ahad baru nak g berkumpul di homestay dengan mereka. Takkk zabarrrrrrrnya.. ehehekk..



Ok. Bye
XoXO

3 comments:

norhidana said...

sekarang dah banyak kedai jual kerusi roda yang mampu milik kan, teringat dalam 10 tahun dulu payah nk cari kerusi roda yang harganya mampu milik gini. Mesti tak sabar kan nak jumpa family datang sini, tak sabar nak borak sambil melempiaskan kerinduan

Afzan said...

menyantuni melayan mak dan ayah seperti raja..InsyaAllah rezeki Hani&suami juga seperti raja-raja...Happy holiday Hani seronok dapat berkumpul ramai2 dengan adikberadik

Warisan Petani said...

Alhamdulillah banyak pilihan dan harganya pun berpatutan