Makan di Kedai Kopi Buruk, Terengganu

Assalamualaikum... Hai Semua...


Throwback : Makan di kedai Kopi Buruk masa balik mengundi dengan adik-beradik.

Lepas setel mengundi di Terengganu, esoknya Ahad kami balik KL.
Pagi Ahad tu, kak ipar ajak makan di Kedai Kopi Buruk sama-sama


Kedai Kopi Buruk, Terengganu

Address523, Jln Kuala Berang, Kampung Wakaf Beruas, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu
Jumaat tutup


Aku ni jarangggg sangat nak gi makan kedai2 Viral sebab takut que menunggu terlalu lama.
Cuaca pagi tu mendung macam tanda2 nak hujan.
Takde seat kat dalam pada mulanya sebab penuh.
So lepak duduk seat luar sambil2 ada adik-adik yang sibuk bergambar.
Tapi lepas tu alhamdulillah dapat meja kat dalam muat2 untuk kami 7 orang.
Anak sedara pun behave je masa dalam kedai.

Lepas tu Masing2 merenung menu nak makan apa.
Sebab sana takde nasi-nasi, roti canai tu.
Ada mee kari & makanan Tganu macam laksa, laksam & roti bakar.

Kami order mee kari, laksa Tganu & roti bakar.
Dan beberapa jenis kopi.
Kopi dorang sedap.

Vibe kedai ala-ala kedai lama.
Banyak barang2 lama dipamerkan.
Kenangan la kalau bagi kami budak2 80an,90an.
Banyak benda yang masa kecik kita nampak, eh ada kat sini.





Sources : Google


Sources : Google


Sources : Google

















Review :
Mee kari sedap.
Laksa pun ok (atas cara ko bancuh cili & garam & belacan)hehe
Kopi dia padu.
Roti dia bagi aku sedikit kering. Sebab aku pernah makan roti bakar yang lagi best.
Tapi so far semua ok



So far apa yang boleh direview, servis cepat sebab makanan terhad. 
Ada keropok lekor rebus panas2 dia serve.
Variety makanan tak banyak kalau nasi nasi minyak, nasi lemak & nasi dagang memang takde kat sini setakat ini.
Air kopi dia sedap bagi aku.
Bagi yang nak makan ringan-ringan taknak heavy boleh try roti bakar, tu pun kenyang bagi aku.
Kedai punya vibes memang syok habis.
Tapi kedai  viral mmg selalu full la.
Kakitangan masa aku pergi sangat membantu dan baik.
Parking banyak sebab di tepi jalan besar kan, boleh parking tepi2 jalan tu.


Ok. Bye
XoXO

2 comments:

Mama Zharfan said...

menarik nya kedai ni..
terliur kepok lekor la plakkkk
hani...kampung u kat wakaf beruas ker?

Han Hanni said...

Mama zafran : Kampung di bandar KT. Ni sblm blk KL, singgah makan sini dengan adik beradik