Umur aku dekat
40 ni, barulah aku menitikberatkan sunscreen atau sunblock untuk daily use.
Agak
terlambat kan…
Sebelum
ni, aku hanya gunakan sunscreen untuk aktiviti macam ke pantai, aktiviti luar
& berjemur.
Untuk
harian, memang on off guna. Tak konsisten.
Lagi la
dulu tak berduit, pakai mana yang ada je. Teringat masa zaman sekolah berkawad
petang di sekolah sampai muka sunburn teruk. Kemudian masa praktikal di tempat
pembinaan tepi pantai, muka cepat sunburn & kusam.
Kenapa
kena pakai sunscreen? Masih ada yang tak tahu kepentingannya ye…
KEPENTINGAN
MEMAKAI SUNSCREEN/SUNBLOCK
Kita perlu
memakai sunscreen setiap hari untuk menghalang cahaya UVA dan UVB dari
menembusi ke lapisan kulit. Ianya membantu mencegah penuaan dan dapat
mengelakkan kulit muka menjadi kusam serta gelap.
Aku nak
share 1 Produk sunscreen yang aku gunakan sekarang iaitu Hansaegee Nature Aloe
Vera Sunscreen SPF 50+ PA +++
Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50+ PA +++
Cara
Memilih Sunscreen Terbaik
6 ciri – ciri Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature :
2. Tekstur Ringan & Moisturizing.
3. Sunscreen untuk kulit berminyak.
4. Sunscreen tanpa white cast.
5. Sunscreen untuk semua jenis kulit.
6. No Harmful Ingredients.
1. Sunscreen SPF 50+ PA+++
Aloe Vera
Sunscreen ini ianya perlindungan sunscreen SPF 50+ PA+++ terbaik. Tinggi dan
bagus sangat digunakan lebih-lebih lagi untuk sebarang aktiviti luar.
Sunscreen SPF 50 yang bagus untuk mengurangkan sinar UV ke kulit kita
2.
Tekstur Ringan & Moisturizing.
Tekstur sunscreen
aloe vera ini ringan di kulit bila disapu. Tak terasa seperti kulit tak boleh
bernafas.
Kandungan utama
sunscreen iaitu aloe vera boleh melembapkan kulit.
Sangat
selesa ye.
Rata di permukaan kulit. Tak bercapuk pun. Bestnya..
3.
Sunscreen untuk kulit berminyak.
Kebiasaannya suncreen biasa akan membuatkan kulit berminyak, tapi Hansaegee
Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50 ini tak berminyak . Bila kita apply di
kulit muka rasa tak melekit. Syok wei.
Ianya jugak tidak menyumbatkan pori – pori kulit. Sesuai untuk
mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. Sangat selesa tau..
Tiada kesan tompokan minyak
4.
Sunscreen tanpa white cast.
Korang perasan tak, sesetengah sunscreen kalau kita pakai, YaAllah…
bercapuk kat muka, nampak pucat. Tapi dengan krim siang terbaik Aloe Vera
Sunscreen tak bercapuk, senang sangat blend di kulit dan sekata dengan ton
kulit. Takde la fenomene krim lagi cerah dari warna asal kulit muka. Hehehe
Muka tanpa sebarang mekap. Tak Nampak bercapuk pun kan..
5.
Sunscreen untuk semua jenis kulit.
Bahan utama iaitu Aloe Vera dalam kandungan sunscreen boleh
soothes irritating skin. So takde rasa gatal2, takkan timbul kemerahan dan tak
buatkan kulit kita tidak selesa.
Macam kulit aku mudah jadi bintik kemerahan bila salah guna produk
tau. Tapi bila aku pakai sunscreen ni, takde rasa gatal-gatal di kulit muka.
Sangat sesuai dengan kulit muka aku.
6.
No Harmful Ingredients.
Hansaegee Nature Aloe Vera SUNSCREEN yang bagus ini menggunakan
bahan-bahan semulajadi seperti aloe vera, Centella Asiatica dan ekstrak Morus
Alba Bark.
Ianya Sangat bagus untuk kesihatan kulit kerana ianya
Alcohol-Free, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free, Allergen-Free. Takde
ragu-ragu nak pakai. Ni semua kriteria penting bila nak cari sesuai produk
untuk kegunaan harian kita.
Aloe Vera Sunscreen SPF 50 terbaik mempunyai kandungan yang tak diragui dan selamat untuk digunakan.
Sebelum ni
aku ala kadar je apply sunscreen, janji pakai.
Rupanya banyak benda tak betul ye.
Sangat penting
ye untuk kita menggunakan cara yang betul untuk pakai sunscreen.
Meh, aku
share tips/cara pakai sunscreen dengan betul.
1.
Ada SPF - Pilih sunscreen sekurang-kurangnya
SPF 30 dan keatas. Lagi tinggi, lagi bagus as protection terhadap UVA dan UVB.
Bagi aku, ni benda pertama yang akan aku nilai.
2.
Kuantiti - Pakai sunscreen yang mencukupi.
Pakai seeloknya sebanyak 2jari (jari telunjuk & cari tengah) setiap hari
barulah kulit kita terlindung.
2 picit di jari sudai memadai.
Sering la reapply sunscreen selepas beberapa jam
3.
Rajin Reapply sunscreen
– Tolong la jadi seorang yang rajin untuk reapply sunscreen beberapa kali
sehari. Bila kita berada diluar and selalu expose pada sinaran UV, boleh
consider untuk reapply selepas 2-3 jam lebih. For those yang bekerja indoor dan
tak seberapa expose to direct sunlight, boleh reapply selepas 5 jam. Should be
no problem.
4.
Sunscreen pakai waktu bila? - Gunakan
sunscreen 15-30 minit sebelum keluar. Kenapa? Sebab sunscreen atau sunblock
perlukan sedikit masa untuk menyerap ke kulit untuk kadar perlindungan max.
Bagi masa untuk kulit terserap dengan semua sunscreen, baru la kita keluar
dengan happy ye..
5.
Rutin Penjagaan muka – Dulu
aku apply je ikut suka dan tak tahu turutan yang betul.
Please follow basic skincare routine seperti di bawah ni :
*pencuci muka > toner > serum > moisturizer >
sunscreen*
Langkah
mudah : Apply, Blend & Done.. Mudahnya..
Sunscreen harus digunakan paling akhir sekali kerana lapisan
terakhir itulah yang sepatutnya memberi perlindungan kepada kulit dari sinaran
UV. Setelah pakai sunscreen, barulah boleh proceed nak pakai makeup macam
biasa. Boleh keluar dengan yakin dan bergaya.
Sebenarnya duduk dalam rumah pun, kita still kena pakai sunscreen.
Cumanya tak perlu SPF tinggi kalau di rumah. SPF 30 dah memadai.
Sesuai untuk beraktiviti di luar tanpa risaukan kesihatan kulit.
Sepanjang temph
sebulan lebih aku pakai Hansaegee nature aloe vera sunscreen, kulit aku tak aku
gatal. Tu yang paling penting tau. Sebab apa? Sebab sebelum ni aku susah nak
cari sunscreen yang sesuai dengan kulit aku yang senang naik bintik merah kalau
tak sesuai dengan produk.
Ianya Sangat
selesa di kulit, takde bagi effect tebal dan rimas. Teksturnya tak berminyak
memang aku suka. Membuatkan kulit lembap dan lembut aje.
Timbul
kesedaran nak reapply sunscreen selepas beberapa jam. So, jangan lupa sentiasa
pastikan sunscreen ada dalam handbag kita.
Selamat
mencuba guyss
Kalau korang
tengah mencari sunscreen, apa kata terjah link2 di bawah untuk kenal produk
sunscreen ni lebih dekat :
🍁Brand:
Hansaegee Nature
🍁Website: www.hansaegee.com/shop
🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁Youtube
page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
11 comments:
Membalas kunjungan..
terima kasih singgah blog nieyl tadi..
SS sangat penting pakai kalau kita jenis bekerja diluar ataupun kalau nak keluar rumah untuk lindungi kulit muka kita ♥
Memang best! Saya pengguna sunscreen ni jugak! Penting pakai sunscreen...Saya guna time siang Dan malam jugak!
wah..bagus sgt ni.. leh cuba jugaks....produk ni memang best
sejenis akak yang tak pernah pakai...
Saya coba cari produk ini, ternyata memang tak masuk Indonesia. Padahal saya suka kalo suatu produk berbahan dasar Aloe Vera.
Saya pun terbilang telat pakai sunscreen kak. Tapi tak apalah, daripada tidak samasekali 😄
Dan susah memang cari sunscreen yg nyaman dipakai. Krn kebanyakan berat lah, bagai topeng lah, whitecast lah. Macam2 kekurangannya. Jadi kalo dah jumpa yg nyaman dan tak terlalu mahal, dah confirm tak nak ganti 😄
nice! MZ pun tak berapa rajin pakai sunscreen, tp MZ memang everyday wajib pakai liquid foundation sblm pakai face powder..rasanya most foundation dh ada sunscreen ker spf tu apa ker siap2 dlm tu hehhehe
Samalah saya pun agak terlambat untuk mengamalkan sunscreen.. Sekarang bila dah ada kesedaran memang wajib pakai even tak keluar ke mana. Thank you for sharing.
Setuju, penggunaan sunsreen ke sunblock ke memang penting dalam rutin skincare kita..bagus letak perlindungan pada bahagian penting iaitu muka..cuma kadang- kadang tu terlupa
ala apa bazir bazir tuuuu
pernah dah masuk cart ni tp x terbeli... tertarik sbb dia aloe vera based
Macam boleh belikan untuk Amani ini.. tq share ye..
Post a Comment