Asbab urusan TTC, Aku tak dapat balik Tganu masa Raya Haji.
So, tak dapat la attend majlis kawen adik perempuan aku.
Sumpah sedih sangat tak dapat attend majlis kawen dia.
Tapi sebab taknak dah tangguh IVF, so aku teruskan jugak FET walaupun 2minggu sebelum adik aku kawen.
Makanya tak dapatla aku balik kampung masa kenduri. Huhuhu.
Bayangkan betapa kecohnya bila "Seorang Kakak" tak balik untuk majlis besar ni.
Mesti la orang tertanya-tanya.
Kalau family aku memang tahu pasal aku wat IVF walaupun bukan direct aku maklumkan. hehehe.
Masa hari majlis adik aku tu, hari sama yg aku check up dan tahu aku hamil 4weeks (Tapi gugur 3minggu lepas tu)
Tapi semua mmg support la aku..
Dan kekecewaan tu tersangatla besar sebab tak dapat balik masa adik kawen kan..
Untuk adik aku, aku sponsor buat Guest Book jer.
Majlis ni mak aku jadikan majlis kesyukuran.
So takde salam kaut.
Kalau sebelum ni, kebanyakan majlis kawen kami buat di dewan ataupun kat rumah sendiri.
Tapi kali ni buat kat homestay.
Nanti aku bagitahu kenapa buat kat Homestay.
Anak saudara yang kelam kabut membantu angkat pahar bawak ke homestay.
Masa hari raya aidiladha.
Anak sedara eksaited tengok upacara penyembelihan
Oleh kerana tak balik, aku dan suami tulis dulu ucapan di Guest Book yang kami sponsor.
Lepas tulis, aku kirim kat bakal adik ipar untuk dia bawak ke Terengganu masa majlis nanti
Guest book yang aku DIY sendiri
Adik aku ditunangkan sebelum akad nikah
Macam aku dulu pun sama.
Ditunangkan sebelum akad nikah sebab kekangan kedua keluarga untuk datang banyak kali sebab jauh
Pengantin bersama Mak
Ketibaan pengantin untuk bersanding
Upacara potong kek
Seluruh family kecuali kami suami isteri takde. Hehe
:(
Ni sebab kenapa buat kat homestay.
Sebab ayah aku uzur.
Kalau buat kat dewan (seperti kebiasaan majlis kawen kami), mesti susah nak berbaring.
Ni kat Homestay, masuk dalam rumah senang terus jumpa ayah yang terbaring kat katil.
Kalau buat kat rumah kami pulak, agak susah sebab sempit, ruang tamu padan anak menantu baring je.. Laman pun takde untuk bukak khemah
Aku rasa sedih giler.
Macam ni agaknya orang2 yang duk oversea takleh balik masa family wat kenduri.
Kalau setakat duduk negeri lain, orang akan usahakan jugak balik kampung kan.
Semoga Aima dan pasangan mendapat rumahtangga yang sakinah, mawardah, warahmah.
Diberi kekuatan untuk menghadapi apa saja masalah.
Dimurahkan rezeki.
Mendapat zuriat segera.
Bahagia hingga ke hujung nyawa bersama-sama.
Ok. Bye
XoXo
1 comment:
Tahniah buat pengantin sekeluarga
Post a Comment