Cuti Krismas di Terengganu : Part 4 (Day 7 bawak mak check up)

Assalamualaikum... Hai Semua...


28 Disember 2023 KHAMIS (Hari ketujuh)

Aku pilih untuk stay hingga hujung tahun. Sebelum ni plan nak duduk Tganu dari 22 - 26 Dec. Tapi pilih untuk stay sebab 28 Dec mok aku ada check up. 
Kali ni kami suami isteri teman mak check up di HSNZ. Abang sulung & wife teman ayoh kat rumah. Lepas settle urusan hospital, baru family abang sulung akan balik KL.






Balik hospital, kami singgah beli kuih di Kedai Che Tar.
Best.. Sini ada banyak kuih dan murah2 semuanya.



 

Antara yang disukai.


Kami sempat ke kedai roti dapoo arang viral.
2x datang memang sold out selepas 1jam.
Kami book pastu g collect aje. Mudah.
Rotinya sedap jugak. Aku suka.
Cuma kalau sampai sold out atau beratur panjang, takde la gigih nak usaha beli lagi.
Tapi kalau mudah, aku akan repeat lagi.



Family abang sulung balik KL hari ni. So tinggalla kami suami isteri kat rumahi.
 

Petang tu aku kemas rumah dan sorting barang2 perubatan ayoh.




Malam hari, kami suami isteri jalan kaki ke kedai area rumah untuk tapau sup. Bila tak ramai orang dah kat rumah, aku pilih untuk tapau aje.

"Bawok payung, kang hujan kekgi susoh" Pesan mok aku.

Maka macam gegadis korea dengan jejaka korea la kami berpasangan jalan bawak payung.. Hahaha.


Next will be Final Episod dah kesah balik kampung. 


Ok. bye
XoXO

2 comments:

Syazni Rahim said...

Semoga dipermudahkan urusan menjaga ibubapa.

Mama Zharfan said...

best kan dpt balik kg apatah lg spent masa berhari2 di sana...rezeki sgt2 tu