Assalamualaikum.. Hai sekmung..
Baru ada kesempatan nak share kesah tahun lepas bulan 12.
Asbab failed IVF - FET kedua bulan 12 hari tu, suami try hard nak memberi semangat dan ceriakan aku. Alaa.. Malu nak cakap, ada la sehari dua down pastu bini dah lupa diri. Hehe.. Kebetulan suami pun ada dapat jemputan kawen kenalan dia di Kedah, dia nak pergi la kenduri tu sambil bawak aku jalan-jalan ubah angin.
2H1M je mintak tolong adik beradik suami tengokkan MIL kt rumah kami.
Last kami ke Kedah adalah pada 10 tahun yang lalu masa kawan Uni kawen. Skarang adiknya pulak kawen.
SABTU, 16 Disember 2023
Bangun pukul 5.00 pagi masak sup & nasi untuk MIL. Jerang air sekali untuk termos mak siap2. Aku potong buah untuk bekal MIL. Alaaa.. macam rutin biasa selama ni jugak jaga MIL. Selesai solat subuh kami bergerak ke Kedah.
Member ajak makan di Ruma.Changkat di Changkat Jering, Perak. Aku ON aje. Sampai sana sekitar jam 10.15am. Mujur ada seat walaupun orang agak ramai.
Lunch pulak kami singgah makan di Kedai Nasi Lemak Royale di Alor Star, Kedah. Ni semua idea food hunting member, kami follow aje.
Sekitar 4.00 pm kami sampai di Homestay Cikgu, di Pendang Kedah. Homestay selesa dan ada swimming pool di tepi homestay 2bilik kami. Selesa.
Masa dihabiskan melepak tengok anak2 member mandi swimming pool dan aku membuta kat bilik. Petang tu, kawan yang duk Kedah datang melawat kami di homestay. Lepak sekejap je, depa pun busy sebab rumah ada kenduri kan. Malam tu gi makan kat rumah dorang.
Tenkiu Encik suami
Air kopi butter
Breakfast
Suasana kedai Ruma Changkat. Viral so orang agak penuh pagi tu.
AHAD, 17 Disember 2023
Good Morning Pendanggggg... Hahaha.. Bersiap untuk ke Kenduri dan check out . Pergi ke kenduri dan stay sampai jam 3.00 petang. Meriah kenduri dan banyak food. Semua best.
Jam 3 lebih gerak ke KL. Time tu kami dah seperate dengan member. Dia g jalan-jalan alor star. Kami terus balik KL. Kami sampai Kapar pukul 11.00 malam. Tapi kami singgah makan dulu kat sekitar rumah sebab lapar sangat dah.
Photo before check out
Bergambar kenangan sebelum ke kenduri dan pulang ke destinasi masing-masing.
Sekitar majlis, photo pengantin, suami& kawan2
Harusla mencemar duli singgah di pelaminan indah itu.
Makanan best
Apa? Pengantin sampai?
Pedulikkan.. Yang penting pengantin remaja purba ni tumpang lalu dulu.
Pengantin tiba ketika penulis blog sedang nganga menyuap nasi. hehehe
Bini masing2..
Last snap before kami balik Klang.
Pssst : Selamat Pengantin Baru Nabil & Najah. Semoga rumahtangga sentiasa dirahmati Allah dan berbahagia hingga akhir hayat. Dikurniakan zuriat secepatnya..Aaminnn...
Pesanan : Perkahwinan ni enaknya cuma 5%.. Selebihnya? Selebihnya ENAKKKKK BANGATTTT...
Ok. Bye
XoXO
6 comments:
Enjoy 2 in 1.. sesambil memenuhi jemputan walimatul urus sesambil jjcm tempat org
wah bestnya majlis
best dpt jln2 sambil attend wedding tu
Seronok jalan-jalan Kedah.
Kalau pi utara, susah nak move on bila dah balik selangor 😂.
Comel baju kenduri Hani. Cantikkk
bestnya jalan2.. aku tkde rezeki lagi nak ke luar negeri..
kihkih..
Post a Comment