Oh Ibu & Radio

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sekitar tahun 90an.
Or maybe tahun 1994-1996 macam tu, lagu Oh Ibu nyanyian kumpulan Exist tengah viral di corong - corong radio. 
Rumah kami tiada radio masa tu. 
Kami adik beradik especially dengan adik kecik akan gi bawah rumah jiran (rumah kayu bertiang) untuk menumpang dengar radio. 

Mok kemudiannya mintak ayoh belikan radio. 
Ayoh beli satu radio kecik bila dia dapat gaji. 
Masa tu memang sakan la kami duk dengar lagu Oh Ibu di radio sendiri. 

"Oh Ibu.. Ko disiram bayu pagi.. Kehilangan terasa kini.." lirik lagu yang selalu kami siulkan. Lagu yang menggamitkan kasih sayang ibu & anak. 

Dan sampai sekarang, mok aku masih ingat kenangan anak-anaknya duduk menumpang dengar lagu radio di rumah jiran. 

Kadang aku rasa macamana ayoh akhirnya terbuka hati nak beli radio. Gajinya cukup-cukup makan. Tapi masih ingin beli radio untuk halwa telinga anak-anak masa tu. Eh. Tapi tak jugak, ayoh jugak suka dengar radio lagu-lagu 60an. Tumpang sekaki la tu.. 

Aku tak tahu jika radio itu masih ada sekarang. Tapi memang kelihatan ada beberapa koleksi radio ayoh yang disimpan di rumah. Sekarang, tinggal kenangan. Radio dah tak dihidupkan. Ayoh terlantar di katil pesakit di rumah. Sekarang henpon menemaninya di katil. Youtube Lagu klasik 60an.


Ok. Bye
XoXO

6 comments:

Roziah @ Cie said...

Sedih dengar lagu ni selepas mak meninggal tahun 2010. Memang banjir la kalau dengar 😭

Mama Zharfan said...

shafahullah...
memang manis kan segala memori zmn silam..

ezy.fia said...

zaman sekolah dulu kalo ade ceramah motivasi nangis2 la dgr lagu oh ibu.. hihi..

Afzan said...

bila mengimbau kenangan zaman kecil dulu mesti rasa sayu rasa sebak,saya banyak ingat kenangan dengar radio sementara nak tunggu azan maghrib bulan puasa

anamizu said...

betul tu dulu susah sgt hidup.. mak & ayah struggle nak besarkan anak-anak.. kalau ada radio lama tu, simpan buat dekorasi vintage..

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Kadang tak habis pikir, income yang didapat orangtua zaman dulu terkadang tak banyak, tapi masih bisa beliau memenuhi kebutuhan keluarganya kan. Salut lah.

Saya jadi nak dengar lagu ibu by Exist ini. Band exist saya tahu. Tp tak pernah dengar lagu Ibu.