Lately. Cleaner bagitahu rumah sampah untuk bangunan opis ni selalu kotor.
Macam ada orang lain yang gunakan untuk buang sampah sekali.
Urusan sampah opis kami adalah sampah kering sahaja.
Jarang ada makanan.
Kalau ada pun cumala plastik makanan.
Rupanya di kawasan bangunan opis ni diadakan jualan bila petang/malam.
Sekitar keliling bangunan ni ramai peniaga yang berniaga.
Kita faham kesusahan orang mencari duit sekarang dengan niaga.
Tapi pembeli akan buang sampah merata/ sesuka hati
Masa cleaner tengah mengemas
Plastik makanan minuman berselerakan dalam ni
Selepas dah dikemaskan
Dah jadi macam tanggungjawab kami pulak nak kena sediakan tong sampah.
Nak kena mengemas/mencuci/clearkan sampah pembeli yang ditinggalkan dalam rumah sampah bangunan kami.
Pernah ada pampers dalam ni, bekas makanan minuman berterabur dalam ni. Jadi tugas cleaner pulak nak kena kemas sampah2 hasil pembeli yang membeli kat van-van peniaga di sini. Kesian cleaner jadi tambah tugas dia.
Ok. Bye
XoXO
5 comments:
Kesian cleaner kena kerja lebih
kat msia memang gitulah mentaliti bab2 buang sampah ni...mentaliti majority rakyat yg suka buang sampah merata2/bersepah2 ni adalah mentaliti tahap ke3 (mundurrrr)
Bab sampah nie.. Memang cukup stress lah....geramm je...
Urusan sampah, negara2 kita belum bisa seperti negara maju yg sangat mengatur pembuangan sampah mereka ya. Bahkan tak bisa buang sampah sembarangan di tong sampah pribadi milik orang lain.
Ntah sampai kapan kita bisa maju bab buang sampah ini.
Kene tulis notis la pasal pembuangan sampah, atau perlu ada tong sampah besar kt tempat orang meniaga tu. Ini ganggu lak tempat sampah opis kita... pulak tu jenis pembeli yang buang sampah merata memang hangin
Post a Comment