Yeay.. Done re-arrange bilik MIL

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sabtu last week, lepas balik cuci kaki di klinik, kami duk ligan mengemas dan re-arrange bilik MIL nak sesuaikan dengan keadaan MIL sekarang. Gigih aku kelam kabut mengemas sebab petang tu nak pergi kat Mok Ayoh aku yang baru datang dari Tganu..

Dalam bilik, asalnya ada 2 katil.
1 untuk MIL.
1 untuk arwah FIL.

Kali ni kami keluarkan katil arwah FIL. 
Sebab nak luaskan bilik untuk masukkan 2kerusi roda & portable toilet chair.
Tilam extra kami lipat (untuk simpan stor)

Baju-baju aku susun semula dan labelkan.
Ada jugak yang aku gantung & ada yang lipat.
Senang nak ambil pakaian MIL selepas siap mandi.
Keperluan harian MIL pulak, aku letak tepi katil.
Contohnya : Ubat, minyak ubat, termos, susu, biskut2, bekal makanan.

Untuk rak kabinet, aku letak benda2 lain.
Contohnya : Ubat dressing kaki, bantal lebih, ubat2 extra, stok pampers & susu.

Baju-baju yang MIL tak suka pakai & barang arwah FIL (yang MIL nak simpan), aku humban semua letak dalam clear box.



Sebelum re-arrange, kita kena la come out dengan plan.. hehehe
Sambil2 boring duduk kat opis musim2 raya cina ni kan..
Aku suka come out dgn plan, so suami dah tahu kat mana nak gantung TV. 
Kat mana nak alih katil.


Keadaan SEBELUM.
Ada 2 katil

Keadaan SEBELUM.
Ruang jadi agak sempit sebab katil ada 2
Dulu TV sebelah sini


Keadaan SEBELUM.
Baju2 ada aku gantung sini.
Ada cadar2 yang tak berapa kering, aku jemur kat sini.


Takde lerrrr kemas dan cantek sangat. tapi boleh la...



SELEPAS
Ruang menjadi luas sedikit sebab dah keluarkan 1 katil.
Aku pun dah labelling drawer baju.
Rak kabinet masih kosong sebab ada barang yang kami tak sorting lagi.


Aturan cara makan ubat aku lekatkan kat dinding.
Bila mintak tolong bagi makan ubat, jangan jawab tak tahu.
Sebab sepatutnya kena ambik tahu walaupun tak duduk sebumbung dengan mak..


TV alihkan letak depan katil.
Sebelah katil aku letakkan semua barang keperluan MIL senang dia nak capai


2 kerusi roda aku letakkan dalam bilik.
Dulu letak kat ruang tamu tepi TV (Mencacatkan pemandangan betul)
 So sekarang park sini.


Ini ala kadar aje kemas nya. Sebab lepas tu MIL akan kemas sendiri mana2 yang dia nak simpan sendiri. Banyaknya di sangkut aje kain2, telekung, tuala kat kepala katil aje.
Senang nak capai.

Sekarang tetamu direct datang ke bilik MIL kalau datang melawat.
Melainkan kalau MIL nak bangun dan duduk atas kerusi roda untuk ditolak ke ruang tamu.

Alhamdulillah. 
Settle. 
Aku duk pikir nak buang mana katil satu lagi tu?
Patut ke aku buat rak pokok bunga lagi? Hahaha..


Ok. Bye
XoXO

8 comments:

Suria Amanda said...

Dah kemas dan nampak luas sikit tu..yang penting MIL selesa kan...

Farrah MF said...

Alhamdulillah, selesai kemas. Lebih selesa dan ruang pun lebih luas.

Afzan said...

insyaAllah mak selesa ruang pun dah nampak luas

mama sara nur @ Cik Nor said...

selesa ibuayah
alhamdulillah

Mama Zharfan said...

alhamdulillah, dh elok sgt dah tu
btw, cutenya u lukis plan sblm kemas2 tuuuu creativenya!!

norhidana said...

untuk keselesaaan mil dan juga kita yang nak keluar masuk mengemas juga untuk tetamu yang bertandang kan

Ujie Othman said...

siap ada lukis plan, cantik lukisannya!
Alhamdulillah lega dah susun atur semula kan. Lebih luas.
Katil tu cer try bagi sesiapa. Kalau ada pekerja asing sekitar situ pun boleh offer barang kita yang tak pakai.

AiniHalim said...

Nampak selesa dan luas lagi. senang nk bergerak..