Haaa.. Finally..
Aku siap jugak gantung katil arwah FIL yang dah kami tak gunakan.
Sape yg follow blog ni mungkin tahu aku dah re-arrange bilik MIL.
So, katil arwah FIL di keluarkan.
Sebelum ni, ada jugak katil macam ni satu lagi (katil MIL sebelum dapat katil baru yang lain)
Katil MIL yang dulu kami buat tempat gantung bunga.
Kali ni katil arwah FIL pun kami buat tempat gantung bunga.
(Tamakkkkk kan perempuan ni, semua nak jadikan tempat pokok bunga dia.. hahaha)
Kalau dulu, aku letak kat side sebelah luar beranda (dekat tempat motor)
Kali ni akku letak di side sebelah dalam pulak, dekat tempat melepak di beranda.
Besi katil aku letak kali ni di side sebelah dalam pulak, dekat tempat melepak di beranda.
Ni pulak besi katil lama MIL yang aku gantung dulu. Sekarang MIL ada katil lain.
Nanti nak beli banyak2 pasu putih macam ni.
Port melepak di beranda.
Biasa ada tetamu duk merokok di sini
(Sebelum ni kerusi ni ada dalam rumah dalam bilik, tapi aku keluarkan semua dan letak sini)
Aku DIY sendiri aje, sambil berdehem2 kat suami biar suami notice isteri tengah bertungkus lumus kat beranda ni tengah DIY. So dia akan bangun dari tengok TV dan tolong hehehe.
Kesian moto suami takde tempat nak menumpang duduk.
Kesayangan
Sekarang tengah gilerkan kaktus ni.. Hehehe
So, jadi la port pokok kaktus aku.
Semua guna barang2 yang ada kat rumah.
Kebetulan, ada kayu2 shelf dari kabinet lama, so aku guna as papan untuk letak pokok kaktus.
Nanti nak letak pasu putih kat besi katil dan letak banyak-banyak pokok lidah jin.
Untuk hias & gantung kat besi katil ni..
Ada orang panggil pokok lidah mentua.
Aku panggil pokok lidah jin.
(Senang, jaga pokok ni payah mati)
Senang jugak membiak.
Ni la aktiviti aku kalau free.
Duk membelai pokok.
Ok. Bye
XoXO
8 comments:
kreatifnya...cantik nampak kemas pula tu tak ada la katil tu jadi besi buruk kan berguna juga
Rajinnya menanam pokok, semua menjadi pulak tu..Aihhh, tangan akak ni jenis panas..Tanam pokok, mmg tak menjadi..hehe
Terbaik ni…kreatif dan rajin 👏🏽
Guna pasu putih tu nampak lebih kemas.
cewahhhh kreatifnya, kak ana kan Han, siap jual sedekah orang basikal anak dulu sebab sempit ruang pokok bunga kat porch lagipun basikal anak dah tak main dah,huhu sampai gitu sekali adoiyai :)
wahhh makin meriah kebun dia ya.... balik rumah atau hujung minggu rasa tenang je tengok tu kan
i pun suka laa bab2 tanam pokok ni :)
kemas jer us susun2 esp kaktus tuuuu so far i cuma obses dgn roses heheh
wah cantik lah
kemassss tersusun elok!
nt kalo ade umh sndiri nk wat gni.. hihi..
berangan dulu/..
Post a Comment