Zumba with opismate

Assalamualaikum... Hai Semua...


Opis ada buat Zumba.
So, merasa la aku zumba beramai-ramai.
Biasa sorang2 je aku berjoget dalam bilik tidur malam-malam konon nak aktif la.
Feeling macam eh teruk sangat kalau aku tak ber'exercise'
Maklumla seharian kat opis cuma duduk aje kat kerusi.
Tu yang aku berjoget zumba jugak sesekali ikut youtube masa dalam bilik tidur.

Bila company ada buat zumba, cepat2 aku register.
Lagi pulak timing dia buat masa dalam waktu bekerja 1 jam sebelum balik.
So tak perlu balik lewat.

Sayangnya, cuaca tak berapa mengizinkan.
Duk berzumba la kami dalam keadaan gerimis, dan beberapa kali tukar naik ke stage ramai2 sebab hujan. Tapi stll have funnnnn...
Kita rasa geng perempuan ni gigih.
Nahhhh.. yang lelaki pun blh tahan "we want more.. we want more"
Hehehe.

Berpeluh jugak la walaupun 1 jam je zumba dalam keadaan cuaca sedikit hujan.
Seronok sebab ramai-ramai.

Ada lagi kelak aku join lagi.



Find me??
Celah mana duduk?
Seronok have fun 


Psst :  Dulu zaman duk hostel masa degree, kalau ada aktiviti senang robik, aku join ye walaupun sorang2 takde geng. Sebab seronok bila buat sama2 kalau buat sorang 10 minit pun dah rasa penat.


Ok. Bye
XoXO

4 comments:

mummy_ayu said...

wahh..meriah!!

norhidana said...

dah lama tak berzuma, syok jugak kalau join kan

Mama Zharfan said...

best tu dpt berzumba!

ezy.fia said...

aku paling suka aerobik..
pantang kat sklh ni ade buat aerobik mmg laju aku join..
sorg2 pon xpe.. jnji blh aerobik..

kalo zumba xpernah try lg.. haha