11 NOV 2023
Makan kenduri & jumpa sanak saudara belah suami. MIL la paling happy sebab dapat jumpa saudara maranya. Harap majlis-majlis macam ni dapat jumpa sedara maranya.
OOTD kenduri.
Outfit aku mix & match je. Konon nak senada warna dengan suami
Sepam dua gambar sebelum balik.
Selepas kenduri, kami g umah pakcik suami. Wak Ngun di Pasir Panjang, Sekinchan sana. Dia uzur dan terlantar kat katil dah. Setahun lepas, dia masih boleh berjalan masa kami jumpa di Kenduri kat Pahang.
Suami kata vibe macam raya sebab konvoi beberapa kereta pergi rumah pakcik
Selepas g melawat pakcik, kami jalan lagi ke Teluk Intan ke rumah sepupu suami, Kak Mah. Dia selalu ajak ke rumahnya, so kali ni kena la pergi jugak. Hehehe.. Dia pun dah sampai rumah kita kan melawat MIL masa raya. Best sana ada kandang kambing, tanam-tanaman...
Otw balik Klang, kami hantar Kak Nteh (sepupu suami) balik ke Pasir Panjang semula. Dapat la habuan sepasu dua tanaman pokok hiasan & sempat jugak aku petik kangkung & daun kesum. Gigih ye gelap-gelap malam tu, kami redah g petik.
Kangkung nasi lemak untuk esok hari
Daun kesum untuk aku tanam
Nah habuan hasil kenduri
Pukul 12 malam, aku keluar tengok bunga api dengan rumah. Sini komuniti 90% India, so deepavali memang meriah weiiiii.. Memang malam raya takleh tido sangat, sana sini bunyi mercun.
Meriah & nahhhhh cebisan mercun dah macam taburan bunga sakura di Jepun weiii..
Seronoknya kat sini. dorang sapu terus lepas main mercun.
Ko main, ko sapu.
Yang ni main, yang ni sapu.
Seperti biasa, awal pagi kami unlock pagar.
Sebab jadi kebiasaan dah, pagi raya dorang akan hantar jajan raya.
Selamat Hari Raya Deepavali &
Selamat Pengantin Baru Sapik & Isteri.
Semoga rumahtangga berkekalan hingga akhir hayat
Ok. Bye
XoXO
8 comments:
gi teluk intan balik hari tu...teluk intan tak jauh ke dari Sekinchan? Buta geografi betul ammi ni haha
1jam mcm tu aje amni..
wahh..penuh aktiviti
meriah tu raya deepavali hehhehe
Ni sama macam rumah kami kat Hutan Melintang tu. 1 row tu semua india..rumah kami je melayu 😂. Tapi aman je suasana. Takde bising². Aunty² jiran sebelah pun baik². Paling suka bila kitorang balik sana sebab nak cuit² sofea 😂.
Pasti seruuuu rasanya. Dulu saat masih di Penang saya jadi tahu ada perayaan Deepavali, Krn tak pernah dirayakan di Indonesia. Tak masuk dalam cuti umum juga. Mungkin karena etnis India tak banyak di sini.
Tapi saat di Penang saya homestay di Chinese family. Jiran semuanya Chinese. Jadi lebih merasakan perayaan yg berkaitan Chinese 😄.
Rindu lah merayakan event2 itu lagi
Wah, bagusnya kawasan kejiranan tu. Siap pandai main pandai sapu lepastu kasi makanan lagi. Betul2 harmoni ni
Post a Comment