Proses Rumah : Apa tu dipanggil "duit keluar seperti air"

Assalamualaikum...
Hello prengggg...


Apa itu duit keluar seperti air..

Dulu selalu dengar blogger duk cakap "duit keluar seperti air" masa dapat beli rumah baru/pindah rumah baru/pindah masuk rumah sewa baru.
Sekarang dah dapat merasainya.Betul dapat merasainya.. sobb..sobb..sobb..
Tambahan pulak musim nak raya ni..nangis..

Start dengan 3 % downpayment keluarkan untuk deposit rumah.
Gigih keluarkan duit dari ASB.
Kemudian nak sediakan duit 7% pulak untuk balance dia masa sign S&P.
Duit 7% ni kami pinjam duit adik beradik dulu sebab duit dalam KWSP hanya boleh dapat lepas 2 minggu sign S&P....
Dapat je duit KWSP terus bayar hutang mereka nanti.
Terima Kasih sebab sudi pinjamkan duit pada kami....

Kemudian, nak sewa lori, isi minyak kereta lagi duk ulang alik ke rumah baru sebab nak cuci rumah. Maklumlah weekend jer kami jenguk rumah baru time tu.

Cadangnya dulu, mana yang rosak/tak cantek suami nak repair dulu.
Macam frame pintu yang dah dimakan anai-anai, nak pasang kipas dalam bilik tidur, pasangkan water heater dan nak beli dapur baru untuk letak kat cabinet dapur yang sedia ada tu.

Tup-tup tu semua tu menjadi angan-angan sebab kekangan duit.
Duit KWSP tu dah TERHABIS kat benda lain. hihik. biasa la..
Kalau duit ada kat tangan, ada jer benda lain yang mendahului keperluan kita.
Korang mesti mengerti kan?

Kemudian, suami start kerja nak bangunkan kabinet kat rumah ni.
Kabinet sebelum ni ada papan dan banyak aksesori takde.
Kabinet ni kami amik yang kontractor nak buang, so banyak barang dan aksesori lain lagi yang kami nak kena beli.
So beli la mesin potong kayu, mesin kertas pasir, drill. Tu pun habis dekat RM400 macam tu la.
Beli skru bagai, pastu boleh la bangunkan sikit kabinet tu.

Kami takde bajet nak tukar tiles bilik air..
Tiles sedia ada kami cuci guna acid tiles saja..
Nanti kami up entry pasal acid ni yer.

So penangan "duit keluar sepeti air" tu dapatlah kami rasa sekarang sebab dulu masa kawen banyak yang DIY sendiri so bajet tak guna banyak/melampau-lampau.

Tapi alhamdulillah, rumah ni tak banyak sangat masalah.
Apa yang utama semua dah ok, just pending mana-mana yang tak penting tapi kami nak ubahsuai dan naik taraf sikit.
Makanya untuk raya takde shopping sangat barangan raya.


Ok. Bye
XoXO

Rumah Kesayangan : Beli Kipas untuk Rumah.

Assalamualaikum...
Hai semua...

Hari selasa Nuzul Quran....
So cuti Nuzul Quran ni, kami sempat ke Houses of Lighting di Puchong...
Sana banyak barangan seperti lampu, kipas, loceng dan water heater. ...
Ya Allah..ramai sangat orang datang hari tu, aku rasa sebab nak raya mesti ada yang nak menghias rumah dan tukar barangan elektrik macam lampu dan kipas...


Alamat dia : 
No. 33-35, Jalan BPU 6, Bandar Puchong Utama, Puchong, 47100, Puchong, Selangor, 47100
03-5882 3790

Business Hours:
Tue - Sat : 10:30am - 8:00pm
Sun : 12pm - 5pm
Mon : Off



Sources : Google

Facebook is here : Link

Tambahan pulak mungkin ada yang masuk rumah baru macam aku ni. hehehe..
Tu yang aku tengok sorang-sorang borong bukan main lagi.. Ramai nya orang...
Mana yang ada anak kecik, lagi kesian sebab duk menangis-nangis rimas....


Sources : Google

Kalau Sabtu, Ahad and Public Holiday memang penuh orang...
Seolah-olah orang kat sini memang kerja melawat kedai ni jer.. hihikk (termasuk aku)..
Bila korang masuk. korang takkan tunduk lagi..
Sebab korang akan mendongak tengok kipas dan lampu sampai la korang penat. hahahaha..
Ada yang dipampangkan harga, ada yang tak. Kalau takde harag, kena tanya!


Sources : Google

Sources : Google

Banyak sangat jenis lampu dan kipas kat sana. Macam-macam design ada.
Nak yang petak, nak yang bulat, nak yang bujur, nak yang panjang, pendek.. Semua ada.
Yang penting, bawak duit banyak baru best shopping.hahaha..
Pimpin tangan suami sekali, so baru la senang nak merayu nak lampu mana, nak kipas mana...


Macam-macam yang lighting yang macam ni.ada.


Lampu dinding comel.
Aku beli yang atas.
Nampak moden sikit. hihik.
Suami pun agree nak yang ni.

Kami beli kipas biasa jer.
Jenama Panasonic
Aku pun tak tahu kenapa aku tak amik KDK
Padahal KDK ni brand popular untuk kipas

Macam-macam lampu pagar ada di sini.
Ni yang paling moden dan latest.

Kalau yang dah design lama dia akan jual murah-murah

Pening duk mendongak tengok lampu dan tag harga

Downlight pun banyak ada.
Nak yang bulat, yang petak
Yang berbunga, yang kosong
Sila pilih yer cik 


Rambang mata bagi si isteri.
Gelap mata bagi si suami

Lampu kartun untuk kanak-kanak pun ada tapi tak banyak pilihan sangat
Dalam 10 item ada la kot yang sempat aku survey

Down light modern.
Sangat awesome

Kipas pun ada banyak brand. Macam alpha,deka, KDK, panasonic..
Yang display kat ceiling dan dinding pun ada. Tapi tak sebanyak lampu yang melekat kat siling.
Tapi jangan risau sebab ada gambar dan spec dipaparkan kat kertas.
kalau takde tag harga kena tanya la. mana tahu boleh tawar harga.

Jenis kipas dan harga

Jenis kipas dan harga untuk panasonic dan KDK

Kipas yang ber"REMOTE" control

Kipas jenis hub

Panasonic Fan

Masa kitorang sampai, mula-mula kitaorang survey dulu kipas mana yang kami nak. 
Survey sampai puas hati. 
Bila dah tahu apa yang nak dibeli, baru pergi dapatkan salesperson untuk melayan kita. 
Sebab tak boleh nak suka-suka hati cari salesperson di saat ramai orang ni. 
Time dengan sales person tu baru korang tanya kalau ada apa yang nak tanya, then confirm the order..


Dorang akan bagi no kat korang.
No ni akan dipanggil masa nak bayar kat kaunter


Dorang check barang depan kita
So, apa yang defects kita boleh tukar la
Macam lampu, mentol dorang akan try hidupkan tengok nyala ke tak.
Kalau kipas, dorang just kira item cukup tak dalam kotak tu.
kang tak cukup meroyan pulak kami suami isteri ni

Then bayar kat kaunter.
No kami tak dipanggil selagi tak siap checking QAQC 
Harga kat sini kalau bayar cash murah RM1-2 berbanding bayar guna card.

Ni hasil shopping kami
5 kipas siling panasonic = RM128/ no
2 Lampu dinding = RM49 / no
3 kaki penyangkut kipas siling = RM28/no

Sebenarnya penyangkut kipas siling dah ada dalam kotak set kipas - saiz 1 kaki. 
Kalau nak yang saiz lain kena beli la.
Sebab bilik kedua kami siling tinggi, makanya kena cari penyangkut yang lebih tinggi.

Kami beli kipas yang biasa dan murah jer. 
Walaupun berniat nak beli yang beremote bagai.
Ada pendapat cakap yang remote cepat rosak. 
Bagi aku, tu semua atas nasib dan cara penggunaan kita.. 
Takpe la..beli yang biasa jimat sikit. 
Total lost baru RM820 termasuk mentol.
So. duit lebih boleh buat upah orang pasang kipas. 
Haaa..Jimat di situ ok.


Hari ni aku bekerja.. 
Suami kat rumah sebab hari ni ada pemasangan kipas. 
Kami upah orang pasang 4 kipas siling. 
1 kipas kat dapur suami pasang sendiri sebab dah ada cangkuk sedia ada. 
Kalau baru nak install, kena la panggil orang pakar sebab tak reti nak pasangkan cangkuk.


Psst : Korang..cepat serbu sana.. 

Entry sebelum ni pasal pindah rumah dah hilang, aku terdelete entry tu...Kejam!

Ok. Bye
XoXO

Hadiah untuk Suami.. Wah.. Hadiah Raya ke?

Assalamualaikum...
Hello prenggggggggg !!


Amboi..kemain lagi nak berhadiah bagai dengan suami..
Aku dah lama plan nak beli hadiah ni untuk suami.
Beli dengan opismate aku..
Abang dia jual..







Nahhh... Raya ni kita balik mana??
Kuikuikui :)


Ok. Bye

Rumah Kesayangan : Perjalanan pahit sebelum jumpa rumah ni

Assalamualaikum...
Haiii geng !!


Perjalanan pahit sebelum jumpa kediaman ini.

Korang yang selalu intai-intai blog aku mesti tahu/perasan berkenaan perjalanan aku nak beli rumah yang dulunya pernah kecundang....


Rumah Pertama:
Rumah terbengkalai di Sungai Buluh RM65-75K yang owner letak.
Rumah yang hazab tapi kami nak beli sebab murah.
Namun akhirkan memang dah tersurat bukan rezeki kami.
Alhamdulillah, kami tak tergesa-gesa bayar deposit atas nasihat lawyer kami.
Kalau tak, memang burn duit kami.
Tips : tolong dengar cakap suami dan jangan melulu buat keputusan sendiri..hik..


Rumah Kedua:
Rumah di Sijangkang, Banting.
Dalam internet gambar lain, bila pergi view tengok rumah lain.
Tu pun rumah terbengkalai yang masih tak siap dan dalam proses touch up.
Tapi projek dah terbengkalai. Dah tentu -tentu takde CF.
Nasib baik pergi view rumah dulu. Dalam internet harga RM110K.

Dan satu rumah kat Sijangkang jugak, tunjuk view bukan main cantek lagi.
Rumah banglo kecik, tup tup bukan rumah tu yang nak jual tapi rumah lain.
Rumah Banglo kecik tu mesti almost 400K kot sebab design cantek.
Tips : Jangan percaya bulat-bulat apa yang dipaparkan dalam intenet. Sila pergi tengok rumah.


Rumah Ketiga:
Rumah di Balakong. Tu kawasan India..
Owner pun India. Rumah siap renovated besarkan sampai kebelakang.
Tambah bilik jadi 4 bijik tapi bilik tu size kecik-kecik semuanya.
Siap ada anjing, nak kena samak kalau beli rumah tu.
Rumah tu ceiling rendah dan panas sikit la kot.
Ceiling memang dah renovated.
Dapur sempit tapi dah fully cabinet tapi aku tak berkenang dengan dapur dia ni sebab takde ruang tingkap direct ke dapur.
Kalau nak masak, kena buka lampu dan pengudaraan keluar jauh dari dapur.
Aku view malam masa tu, aku tengok rumah tu macam panas jer.
Rumah ni dalam 165 - 175K. Lebih kurang 30 buyer view rumah masa tu.
Aku pun nyaris-nyaris nak letak deposit 3% dah kat agent sebab nak chop rumah.
Duk delay-delay akhirnya jumpa rumah lain yang lagi ok.
Alhamdulillah tak bayar deposit cepat kalau tak,memang rugi.
Tips : Please.. jangan tergesa-gesa kalau ada rezeki tak kemana.


Rumah Keempat:
Rumah tersayang di Klang.
Jauh sangat dari tempat kerja sekarang (almost 40km).
Tapi takpe sebab kalau ada rezeki kerja area sana aku akan tukar kerja.
Urusan jual beli pun lancar sebab agent cina yang baik dan lawyer yang sangat membantu.
Rumah ni yang berkenang dan cantek dari rumah sebelum ni.
Kawasan pun still ada melayu walaupun India ramai. Masih banyak pokok-pokok di sekeliling.
Dengan harga below 180K memang berbaloi dengan dapat landed house.
Rumah pun dalam good condition.

Perjalanan makan masa 1 jam (kalau jammed) ke tempat kerja. Redha. 
Tapi kan... macam tak banyak beza jer. 
Dulu duk Shah Alam pun satu jam perjalanan. 
Kadang-kadang 2 jam. So?? Takde beza duduk jauh atau dekat. 
Melainkan kalau betul-betul duduk sebelah opis.hihik. 
Duduk kat Selayang, kalau naik kereta pun satu jam sebab jammed.
Walhal Selayang ke opis hanya lah 18km SAHAJA.


Psst : Semua terkejut aku beli rumah jauh.. TAPI..hakikatnya tu je yang mampu aku buat..
Gambar rumah ni tak publish lagi.. TUNGGUUU..


Ok. Bye

Selamat Tinggal Rumah Selayang

Assalamualaikum...
Haiii...


Hari ni dah 3 hari stay kat rumah baru...
Betul-betul stay rasanya adalah sehari sebelum puasa.

30 June 2014 bagi semua kunci kat owner dan dapat balik deposit (90%)
10% lagi owner akan bank in kalau takde tunggakan apa-apa bil lagi.




Last week suami tolong iklankan rumah ni untuk dapatkan penyewa baru.
Owner rumah ni busy katanya, so mintak suami iklankan.
Nasib baik suami aku jenis suka membantu.
Kalau aku, aku bengap sikit bab iklan-iklan kat mudah ni.

Sehari dua lepas iklan dah dapat penyewa baru.
Siap view rumah lagi.
And now dah confirm masuk.

Penyewa baru pun dah start masuk 1 July hari tu. Pasangan suami isteri jugak.
Berbahagialah kalian di sana yer...

SELAMAT TINGGAL RUMAH SELAYANG

Bilik Utama
Gigih aku sapu carpet ni sebab takde vacuum
Owner baru nak masuk tak payah nak kemas sangat.
Just tinggal sarang labah-labah sikit kat hujung syiling yang aku tak mampu capai dengan penyapu.

Bilik Kedua a.k.a Stor aku
Pun dah siap sapu bersih-bersih dan tinggalkan tikar getah sekali.
Nanti senang penyewa baru nak duduk.
Lagipun rumah baru aku dah full tiling

Dapur.
Dah siap cuci, sapu mop bagai.
Kat lantai simen, aku siap potong tikar getah dan letak sini untuk  penyewa baru
Dulunya guna carpet yang tuan rumah tinggal

Ruang Tamu tersayang


Tinggal rak TV dan meja jahit aku yang pink kuning tu.
Nak buang, tapi penyewa baru tak kisah kalau kami tinggalkan sebab dorang boleh guna katanya.
Suami aku dah offer siap-siap nak bawak turun bawak ke tong sampah.
Langsir kami tinggal at least penyewa boleh guna sementara pasang langsir dia sendiri

Rumah yang penuh dengan kenangan.
Rumah pertama kami selepas kawen.
Rumah yang paling murah kami survey dulu dan berkeadaan ok.

Rumah yang menyaksikan suka duka kami sebagai suami isteri.
Rumah tempat duk bergurau senda, gelak tawa, nangis duka bagai

Rumah yang mana suami suka membantu di dapur.
Rumah yang mana suami suka tertayang-tayang ke hulu ke hilir dengan tuala sebelum mandi
Rumah mana yang isteri merajuk sembunyi dalam bilik...
Rumah yang mana suami sangat risau bila isteri ditinggalkan kerana outstation

RUMAH NI TETAP KAMI KENANG..


Psst : Pasti rindu rumah ni nanti. 

Ok.Bye
XoXO