Puasa ke-4 ketika urus abang aku yang accident tu, puasa hari tu paling kering kontang tekak.
Sumpah.
Pukul 2 petang lepas jumaat tu masih menunggu di Zon merah yang panas dengan haba compressor ekon di hospital.
Terdetik nak berbuka. Tapi SABAR.
Namun, di akui mulut ni kuat la berzikir "dahaganya".
Pukul 6.30pm settle hantar kak ipar balik rumah dia.
Sebelum balik rumah sendiri, kami singgah bazar. Kat bazar pun aku dah merengek kat suami aku cakap dahaganya.
Aku : Nak air ni satu.
Peniaga pun amik plastik nak letak air. Firasat aku awalnya, aku ingatkan dia akan letak dalam cup, sebab nampak dia dislay semua air dalam cup.
Aku : Sorry... Boleh ke saya nak letak dalam cup.
Peniaga : Oh.. Boleh2. Lincah bersahaja dia mengendalikan customer.
Aku : Maaf sgt2 menyusahkan ye.. Senang drive nanti nak minum kalau dalam cup.
Kata-kata aku refer nanti nak berbuka nanti senang kalau dalam cup berbanding plastik.
Peniaga : Eh kak.. Jangan la bagitahu tak puasa. Katanya berseloroh sambil gelak-gelak malu..
Eh.. Bila masa pulak aku kata aku tak puasa. Dan kalau bab tak puasa ni aku pun malu la kalau nak bagitahu orang. Huhuhu ~ Kito pun malu tau.. Hehehe
Eh serba salah pulak aku dengan salah faham dorang.
Padahal kitanya ni nak balik jauh ke Klang. Dah tentu berbuka kat dalam kereta tadi. So lebih mudah guna cup dan nak letak dalam cup holder dalam kereta tu kan.
Kita dah ler nak pitam dah sebab kepenatan seharian di hospital. Nak pitam pulak malu dengan dorang. Hahaha.
Ok. Bye
XoXo
4 comments:
Hahaha... Yg jual air tu pun.. Kemain lagi keluarkan ayat penyata... Tak baik betul
hehehe diai tak tawu kita tu dah nak pengsan kepanasan & kedahagaan hehe
hahaha misunderstanding ler tuuuu
hahahha ptt Hani ckp saya ddk jauh bang sampai rumah mmg dh lps azan gitu...
Post a Comment