nuffnang

JANA DUIT

💟 BANTAL FELT MURAH 💟 CUSTOMIZE

Assalamualaikum... Hai Semua...

Korang.....
Apa khabar semuanya?
Kami nak share kot2 ada reader yang tengah cari bantal ataupun hadiah untuk kawan2..
Boleh order kat
FB : Nur Aina Mardhiyah

Jom terjah bantal - bantal yang pernah diorder oleh customer dia ..


















Boleh order untuk hari guru, hari jadi, anniversary, cenderamata ingat-ingatan..
Order untuk lelaki pun boleh. Buat tema team bola sepak dia ke, nama negeri dia ke.
Bantal Terengganu laku betul..

Ig: @hana_collection_hijab
Id: AHH_NAI_IM_SFS
Whattsap : 011-40300457
FB : Nur Aina Mardhiyah

Ok. Bye
XoXO

Rumah Kesayangan : Jam DIY di dinding

Assalamualaikum... Hai Semua...

Kat dinding ni memang jadi mangsa DIY kami.
Letak frame la.
Letak board sample kain la.
Kali ni DIY jam pulak..

I means completekan DIY jam ni bagi siap sempurna gitu laaa..

Alaa.. semua bajet murah2 je.
Sebab ada yang guna barang terpakai, ada yang orang bagi free barang-barang tu.



Paham tak no kat dinding ni?
Ni kerja laki i la .
Yang nak lain dari yang lain katanya..
Nah..

Enjin Jam tu dari kedai DIY.
Tapi no tu dah lama kami buat.
No tu memang cat kat dinding.

Psst : Siapa paham no ni? Pe fesyen macam tu? Hehehe.
Tekkkkkkkk!!!!


Ok. Bye
XoXO

RESEPI : APAM BERAS (NASI)

Assalamualaikum... Hai Semua...

Dah lama teringin nak buat resepi ni.
Oleh kerana dah beli periuk kukusan boleh la aku try kuih ni.

Terkenang kan ada nasi lebih dalam peti ais, terus lah buat.
Resepi screenshot dari FB.






Aku buat warna asal. tak letak pewarna dan makan tanpa kelapa.
Tang mana nak cari kelapa kalu kat perumahan sini. 
Nak kena keluar, malas.



Ni hasil peram 2 jam
Sebab tak sabar


Ni bila peram 3 jam

Hasilnya.

Sedap jugak. Secukup rasa. Manisnya pun sedang-sedang.

Ok.Bye

RESEPI : SPAGETHI BOLOGNISE GUNA NUGGET DAGING

Assalamualaikum... Hai Semua...

Aku ada satu pek nugget daging,
Aku tak sure sebab tak sedap sangat.
Sebelum ni aku guna  dah untuk buat begedil.

So, kali ni guna untuk buat spagethi bolognese je la..
Tak payah beli daging cincang, guna je nugget daging ni.

Spagethi Bolognise cara saya..

Bahan :

Setengah pek spagethi.
Minyak Zaiton
Bawang putih 2 ulas. dicincang halus
Bawang besar sebijik dipotong dadu.
Sekeping cheese
5 ketul cendawan tin
Setin sos prego tin
Sebiji tomato - separuh kisar, separuh lagi potong dadu.
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili boh
6 ketul nugget daging - kisar
2 batang sosej
Sedikit herbs (Oregano, basil,etc)
Sayur : lada benggala jer.
Garam

1. Rebus & tos kan spagethi

Untuk kuah :

1. Tumis bawang putih dan bawang besar guna minyak zaiton.
2. Masukkan cili boh. Tumis sekejap
3. Masukkan daging kisar, tumis hingga daging garing sedikit.
4. Masukkan sos prego, tomato blend, tomato dadu, sayur, sosej, sos tomato & cendawan. Letak garam
5. Masakkan sekejap. Letakkan cheese. Sebatikan sehingga cheesa cair.
6. Hidangkan. Letakkan herbs sikit sebelum makan.


Kenapa eh gambarnya tak boleh dipusing.
Sengal

Nak cepat. Buat pizza roti.



Resepi ni sedap berbanding resepi biasa yang aku gunakan. Lebih suka tumis dengan cili boh dan letak sos tomato sikit.

Lagi banyak tomato best sikit sebab nampak banyak sikit kuahnya.
Nak buat pizza pun senang, letak je kuah ni ni ats roti dan letak topping. Boleh la sambil2 makan spagethi..

Psst : Minggu ni minggu western menu je..

Ok. Bye.
XoXO

RESEPI : KEK SPAN PANDAN SANTAN (RESEPI MAS COTEK)

Assalamualaikum... Hai Semua...

Rasanya kek ni jadi viral hari tu kat group masakan di FB.
Nasib baik dia cakap blh gunakan jus lemon.
Cream of tartar pun aku tak tahu apabenda.
Tu yang aku guna lemon je la.





First trial menjadi elok tesktur kek nya..
Walaupun aku salah masukkan bahan B ke dalam bahan A.
Sepatutnya masukkan bahan A ke dalam bahan B.


Eh, jangan terkejut.
Aku memang guna periuk nasi..
Aku takde loyang kek.

Aku guna periuk nasi kecik.
Double boiler letak dalam periuk nasi besar.
Huhuhu

Terbalikkan macam ni semua kek tak jatuh/bantat


Oleh karana aku just oles planta je dalam periuk ni, makanya payah sikit nak keluarkan

kek comot sikit sebab terlekat


Namun teksturnya ok

Keknya lembut dan berspan jer.


Namun second trial, keknya kurang menjadi.
Tak jadi lembut dan berspan.
Jadi macam bantat (Takde rongga span)
Gambar dah terdelete.
Second trial ni aku kurang sebijik telur (means guna 4 bijik telur)
Guna gula pasir.
Cara pukul bahan tu aku tak sure ada silap ke tak.

Ok. Bye