Amacam korang? Dah setengah bulan puasa. Aku selama ni tak minat sangat kuih raya, eh kali ni teringin betul kuih raya. Dah nak habis tart nenas pemberian kawan aku makan. Tenkiu geng! (Tu pun catu-catu makan sebab jaga gula, hehehehe).
Sedar-sedar dah lebih setengah bulan puasa. Lagi beberapa hari eh tiba-tiba dah raya kan.
15hari puasa, baru merasa berbuka di luar di rumah kawan. Lama dia tunggu nak berbuka sekali. Tapi sebab kami ada mentua di rumah, so susah nak berbuka di luar. So hari ke 15 tu merasa la berbuka di rumah kawan.
Day 15 IFTAR
Berbuka di rumah kawan. Dia masak nasi ayam. Banyak aku makan.
Maklumla merasa air tangan orang lain pulak.
Day 16 IFTAR
Suami beli kepala ikan merah RM21. Aku masak kari kepala ikan & sawi goreng tiram
Day 17 IFTAR
Suami kerja dan berbuka di luar. Aku berbuka makan leftover kari semalam & add on ikan tongkol goreng & ulam salad. Habiskan stok buah dalam peti.
Day 18 IFTAR
Eh terlupa nak snap photo sebelum berbuka. Bersiap bukan main awal hidang food depan TV. Hehehe
Aku masak sup sayur & buat ayam sambal pedas.
So photo balance makanan selepas berbuka je ada. hehehe
Day 18 IFTAR
Suami masak ayam kicap cili kering. Aku sediakan terung bersambal & sayur sawi.
Day 20 IFTAR
Suami nak berbuka dengan geng2 dia di luar. So suami tapaukan aku nasi arab & kuih muih sikit untuk aku berbuka di rumah.
Suami balik melepak jam 2 pagi terus bersahur habiskan makanan yang aku tak habis.
Day 21 IFTAR
Gigih nohhh sekali dengan periuk aku hidangkan.
Singgang ikan aye & ulam ulaman & budu.
Meehon untuk moreh & sahur
SAHUR
Di kebanyakan hari, sahur aku makan wrap telur aje.
Nak habiskan stok salad, tomato & carrot.
Kena pandai plan menu, sebab nak habiskan bekalan sebelum raya.
Pssst : Seminggu lagi nak raya. Tahun ni ape cerita persiapan raya korang?
OK. Bye
XoXO