Assalamualaikum... Hai Semua...
Ayoh aku sejak tua ada leloh plok.
Sebetulnya paru-paru rosak, sebab tu tak okey pam oksigen dan terasa leloh. Sedangkan masa muda takde leloh pun. Memang pakai inhaler ubat sedut leloh tu. Memang tukar sokmo di HBKT.
Beberapa hari lepas dalam group whatssap kul 11 malam adik beradik aku angkut ayoh aku bawak g hospital. Kena tahan wad awal pagi tu lepas beberapa jam di Zon Merah.
Terhutang budi kat adik beradik aku yang ada kat rumah. Semuanya yang bujang dan seorang yg dah kawen bulan Feb 2020 hari tu. Adik beradik besar2 semua dah kawen dan duk luar Tganu/ luar daerah K.Tganu.
Masa first pindah ke wad
Bila beransur okay
Aku bagi sumbangan sikit bank in duit kat adik bongsu aku bila doktor syorkan beli AeroChamber untuk lelah ni. Tak besar pun berbanding bakti/peluang adik beradik yang ada kat kampung tu. Boleh topup buat beli ubatan lain/keperluan lain. Alhamdulillah, adik beradik lain pun tak lepas tangan.
Nasib baik zaman lani ada group whatsap. Boleh tengok perkembangan/sharing dari pihak di kampung.
Sources : Facebook
Last balik masa September. Pastu bulan 10 dah start PKPB kat Selangor ni. Bulan 11 pun PKPB lagi.
Aku dah simpan cuti siap2 nak balik bulan 12. Semoga Allah permudahkan segalanya.
Aku duk Selangor. Suami Kg di Perak. Tapi sekarang mentua memang uzur dan tinggal di rumah kami di Selangor. So kalau ada cuti memang aku balik Tganu je skrg. Kalu dulu gilir2 balik kampung suami dan kg aku. Kg jauh ni kan, kalau cuti memang takde nak berjalan ke lain, memang pikir nak balik kampung je jumpa orangtua/family.
Duduk berjauhan ni. Bila balik kg baru nampak :
"eh, tua sangat doh ayoh aku"
"eh beruban penuh dah mak aku"
"eh koho kurus ayoh aku"
Kalau VideoCall tak nampak jelas semua tu.
Sebab tu saying GoodBye is NOT EASY setiap kali nak balik ke KL semula. Sebab entah bila akan berjumpa/berpeluk lagi antara satu sama lain antara ahli keluarga kita kan..
:(
:(
:`(
Mintak doakan kesihatan kedua orang tua kami. Mintak dipermudahkan segalanya.
Ok. Bye