Kononnya bulan Sept nak start makan ubat untuk buat next FET (Frozen Transfer Embrio) bulan Oct.
Rupanya bln 9 period ting tong selepas gugur hari tu.
Last period hujung Ogos.
Bulan September period lambat, period muncul lewat 11 hari.
11 Oct 2023 - can consider as Period Day 1.
Tapi tetap la buat persediaan sikit-sikit sebelum ni.
Jogging & Briskwalk.
Padahal balik jogging, melantak mee sotong foodtruck. Hehehe
Briskwalk kat Puncak Alam you...
Bukan sebarang- sebarang nak pi lari tepi perumahan kita je, Tapi nahhh start kereta pegi Puncak Alam nak berlari.
Lebih kepada nakkan suasana dan udara luar je.
Aku ke taman pada hari weekend je.
Weekday tak buat.
Kalau nak exercise pun, akan buat kat rumah je la.
Ramai geng-geng suami suruh kami pindah ke Puncak Alam, kawasan Melayu katanya.
Kami tengok poket kami dan lupakan niat tu.
Tahun 2023 ni keras sikit bagi kami. Dugaan itu ini. Masalah itu ini.
Bermula la journey telan 1 lagi tambahan ubat ni
XoXO
1 comment:
Allahumma yassir
Post a Comment