Banjir 2024

Assalamualaikum... Hai Semua...


Penghujung tahun banyak negeri terjejas banjir. Pantai timur antara yang terburuk. Tahun ni adik lelaki aku antara yang menjadi mangsa banjir kali ni di Dungun Terengganu. Dan ini kali pertama banjir tinggi di tempatnya yang tak disangka. Pernah je air di halaman rumah, air masuk di bahagian dapur. Tapi kali ni air paras pinggang. Dan dibahagian belakang iaitu dapur, air agak tinggi beberapa kali dari atap rumah. 

Adik aku hanya sempat alihkan kenderaan, alihkan dokumen. Yang lain xsempat. Tapi esoknya ada beberapa org opismate dia dtg nak angkat mana barang yang boleh dibawak lari. 


Di bahagian dapur kawasan perumahan dorang

Di bahagian depan

Tak ketinggalan di kawasan Meru berhampiran rumah aku. Di pekan meru dan sekitarnya memang selalu menjadi port banjir. Jika hujan 2jam pun sini cepat banjir. 

Semoga mudah segala urusan.




Kami adik beradik selalu tanya khabar dan insyaAllah akan tolong membantu mana yang patut especially bab kewangan nnti. InsyaAllah. 

Semoga Allah memelihara kita semua. Semoga Allah murahkan rezeki dorang. Lapangkan kehidupan dorang. 
Aminnn.. 

Rumah aku di bandar K. Tganu tak dilanda banjir. Namun bimbang pada angin kuat sebab berhampiran kawasan pantai. Kak ipar aku turut terjejas banjir di kawasan office dia.

Keadaan di Kelantan dan Utara turut berduka dengan banjir. Semoga Allah permudah semua urusan mereka yg terlibat.