Lama tinggalkan laman blog kesayangan hamba ini.. Kehidupan diteruskan, cuma kesibukan hidup ni melupakan seketika nak update life kat sini as kenangan.
Banyak perbezaan tahun 2024 dan 2023 yang lalu. Kalau 2023 terlalu banyak kesedihan pasal keguguran, pasal failed mengandung di hujing tahun lps, pasal keje berpisah dgn teman2 yang super duper baik. Namun 2023 lepas banyak juga kebahagiaan seperti berkumpul balik kampung dihujung tahun lps.
Namun tahun ni 2024 banyak kesedihan diganti dengan kebahagiaan. Dan banyak kebahagiaan diuji kesusahan sedikit.
2024
Tahun ini tak banyak sangat yang hebat2 berlaku. Banyaknya kehidupan berasaskan bakti pada suami membantu jaga ibunya. Diakui tahun ini aku kurang pulang ke kampungku sendiri. Faktor kesihatan, faktor kewangan, faktor masa segalanya menjadi sebab.
Aktiviti bersama adik beradik hanyalah ketika cuti umum. Raya, hari merdeka, raya korban. Masih berkumpul kami suami isteri. Raya puasa tahun ni, boleh jugak aku pulang ke kampung raya kedua selepas ada yang bantu menjaga mentua semasa ketiadaan kami balik kg. Balik Raya berkumpul sama2 adik beradik aku yang tinggal merata-rata berkumpul 1 bumbung. Menghabiskan masa, rapatkan silaturahim. Kesihatan ayoh tahun ni masih sama. Masih keluar masuk wad. Sungguh, aku cuma mintak Allah bagi kekuatan pada mak. Kerana dia je penjaga utama sang suami yang uzur. Itu ini sang suami hanya nak isteri yang urus.
Berpeluang menghabiskan masa 2H 1M bersama kawan merupakan satu satunya trip healing aku tahun ini. Bercuti ke sungai di kawasan sekitar UPSI memberikan banyak kenangan bersama kawan.
Hujung tahun direzekikan sesuatu yanf sangat menjadikan kami bersyukur. Oh ye 2024 mendapat 2 lagi khalifah Allah menjadi anak saudaraku. Pengalaman pertama abang dan adik aku jadi parents.
Semoga 2025 lebih indah dan membawa lebih banyak kekuatan kami dalam rumahtangga, bakti kepada kedua orang tua di kedua dua side, hubungan dgn adik b3radik family, kesihatan yang baik, lebih bagus dalam menyempurnakan tanggungjawab.
Eh dah la.. Banyak sangat dah ni kata kata aku ni.
Maklumla.. Aku menulis ketika menunggu suami di KK. Suami demam.. Melepek la aku menunggu di luar ni. Dalam sana ramai orang kong kong kong batuk. Musim demam.
Psst : Selamat tahun baru semua. Aku doakan semua mendapat apa saja yg dihajati. Kesihatan membaik. Hubungan suami isteri diberkati.
Ok. Bye
XoXO
7 comments:
Moga yang indah menanti di tahun 2025 nnti buat Han dan suami ya.
Selamat tahun baru Han...Moga yang baik2 je untuk kita semua...
Moga yang baik2 je untuk tahun 2025..aamin
moga yg baik2 ajer utk kita semua..aamiin
selamat tahun baru 2025 , dik.. semoga baik-baik semuanya buat kita semua di tahun mendatang, aamiin
Semoga tahun baru membawa seribu rahmat dan kebahagiaan buat semua 🤲🏻
Bila kita meningkat usia, ibu ayah kita juga makin uzur. Inilah ujian yg nak tak nak kita hadap. Akk dah lalui... Semoga Allah permudahkan buat Han seisi keluarga 🤲🏻
Selamat tahun baru, moga yang baik-baik untuk Han dan keluarga. Moga dipermudahkan semua urusan.
Post a Comment