Balik kampung jenguk parents

Assalamualaikum... Hai Semua...


24 September ayoh aku masuk wad sebab leloh.   
27 September ayoh boleh keluar wad.
28 September pagi, kak ipar wassap bagitahu mereka sekeluarga nak balik Tganu.
Aku terus la whatssap abang aku tanya boleh ke nak tumpang dorang balik. Hehehe..
Aku balik sorang sebab suami ada maknya untuk dia urus/jaga.

Plan nak balik kul 5 petang lepas dorang balik kerja.
Tup tup ubah nak balik pukul 2 petang.
Means pukul 1 nak kena g rumah abang aku.
So, kelam kabut la aku masak untuk MIL dan kemas rumah.
Suami tengah kerja, aku whatssap mintak izin nak balik Tganu.
Rupanya suami aku balik dari opis. Dia nak hantar aku ke rumah abang aku.
(Urusan mintak izin polis dah selesai sebelumnya)

28 September 2021
2.00 pm - Balik kampung tumpang kereta abang aku.
9.00 pm - Sampai Tganu. 

Ereen dan Azka
First time jumpa

29 September 2021
5.00pm - Takde aktiviti. Duduk rumah je, pastu jalan2 round dlm kereta je. 

Round2 dalam kereta saja

30 September 2021
5.00pm - G makan laksa sarang. Aku pernah makan dulu. Keluarga abang aku tak pernah makan, repeat kali ni makan ramai-ramai. Sebelum naik kereta nak balik, g bertenggek kejap tepi pantai ambik gambar. Pantai depan kedai je (tak ramai orang)

Laksa Sarang di Pantai Kuala Nerus

Bergambar sebelum balik


1 Oct 2021
3.00pm - Teman adik aku cari barang steamboat
8.00pm - Buat steamboat
9.00pm - Suami aku sampai dari KL. Buat surprise tiba2 muncul kat tempat parking rumah aku.
Terkejut aku. TQ sebab sudi balik jenguk orang tua aku. Suami last balik kampung aku bulan September tahun lepas. Suami g balai polis mintak kebenaran. Jumaat pukul 4pm dia balik Tganu. So happy!
Tak sangka! MIL di take over oleh oranglain plak jaga 3hari ni je (Jumaat, sabtu,- ahad kami balik KL semula). Riuh rumah tiba-tiba cikmat sampai.

Geng kelam kabut steamboat dan BBQ ayam guna grill steamboat from shoppee


Suami snap photo ni, aku perasan ni belakang rumah aku, kenapa dia ada kat sini. 
Rupanya memang betul -betul dia balik kampung sambil2 nak jemput aku balik KL semula ahad nanti.


Suami baru sampai dari KL.
Bergambar dengan mak ayah sebelum g bedal nasi kat dapur.


2 Oct 2021
10.00 am - G kenyir sambil bawak ayoh makan angin.
3.00 pm - Balik singgah makan di kedai kuala berang.
Selebihnya aku g cari keropok keping, keropok segera dan keropok lekor yang orang kirim/untuk buah tangan jiran2. Walaupun ada yang ke pantai mandi manda, tapi aku pilih untuk duduk rumah aje.
6.30 pm - Aku dengan mak siapkan pokok2 untuk aku bawak pulang ke rumah aku esok.


bergambar sebelum ke kenyir

geng pempuan 


Bergambar di Jambatan Kenyir yang baru

Mok n Ayoh

3 Oct 2021
10am - Gerak dari rumah
11 am - Singgah rumah adik di Dungun.
11.30 am - Balik KL
7.30 pm - Sampai Kapar lepas bagi2 semua pesanan keropok orang/ bagi buah tangan kat jiran.
9.30 pm - Aku tanam pokok yang mak bagi. Sebab dah start keja full takde masa nak tanam nanti.


Bergambar sebelum balik ke KL semula
Semoga berjumpa lagi

Singgah di Dungun melawat adik ipar bersalin


Banyak pokok yang mak aku kasi sebab nak clearkan/kurangkan bilangan pokok dia. Dia dah takde masa nak urus tanaman hiasan dia


Tamat sudah perjalanan balik kampung dan habiskan masa dgn family.

Aku balik jenguk jugak orang tua di Tganu walaupun musim covid ni. 
Follow SOP, jaga diri, buat segala pencegahan yang perlu di musim pandemik ni.
Saliva test - Negative. (Saliva test RM20 je, boleh uji dulu atleast sebagai langkah berjaga-jaga)


Ok. Bye
XoXO